Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kalau hari Sabtu, selepas aktiviti kokurikulum kami jalan-jalan dulu cari makan sebelum pulang ke rumah. Kelmarin ada program kecemerlangan akademik untuk calon SPM. Pada masa yang sama ada pula aktiviti Gotong-Royong Madani murid tingkatan satu hingga empat di ladang sehingga pukul 11:00 pagi. Kemudian kami dikehendaki ikut taklimat insuran kesihatan dan selepas itu Amie ikut serta jamuan rumah sukan.
Firdaus pula terpaksalah ponteng aktiviti kokurikulum kerana menghadiri kelas tambahan di sekolah agama dari pukul 7:30 hingga 1:00 tengah hari. Sewaktu pulang dari sekolah agama, nampaklah muka letihnya dan katanya lapar. Paginya, Encik Suami sudah belikan nasi kuning dan kuih untuk bekalan ke sekolah agama. Nampaknya, tak cukup kenyang budak Firdaus.
Encik Suami kata, makan sajalah di Fajar, cari makan di Restoran Nasi Lemak. Rasanya sudah selalu sangat kami asyik makan di sini. Encik Suami kata kalau makan di sini, tak lama menunggu dan lagi pun apa yang dipesan, semuanya ada.
Tengok dalam galeri HP, ada gambar-gambar kami makan di sini. Kadang-kadang makan bertiga dengan Firdaus, kadang-kadang makan berdua dengan Encik Suami sahaja. Bolehlah jadikan satu entri, sekali harung sebab makan di tempat yang sama.
 |
Pernah sarapan di sini dengan Encik Suami, makan karipap pusing |
 |
Firdaus dengan wajah cerianya, walaupun pada mulanya nampak sangat letih balik dari kelas tambahan di sekolah agama. |
 |
Firdaus : Kentang Goreng |
 |
Minuman Longan XXL |
Kalau makan bertiga dengan Firdaus kami akan memesan minuman dalam jug. Harganya lebih murah berbanding satu gelas. Boleh minum sepuasnya. Biasanya kami memesan minuman longan.
 |
Minuman Longan |
Kalau berdua dengan Encik Suami, kami memesan minuman longan dan nanas. |
Longan & Nanas |
Oleh kerana banyak kali makan nasi lemak di sini, tidaklah Amie simpan gambar-gambarnya dalam galeri kerana lauk yang dipesan sama sahaja. Kalau tidak nasi lemak udang goreng, kami pesan nasi lemak sotong goreng.
Sesekali kami memesan Nasi Lemak Rendang Daging. Rendang dagingnya banyak, jadi seperti biasa minta bantuan Encik Suami untuk menghabiskannya.
 |
Nasi Lemak Kari Udang |
Waktu yang lain, teringin pula mencuba Nasi Lemak Kari Udang. Pun tak habis juga, dan minta tolong Encik Suami habiskan udang!
 |
Kari Udang |
 |
Nasi Lemak Udang Goreng |
Encik Suami memang jarang tukar selera! Nasi Lemak Udang Goreng sajalah yang jadi pilihannya.
 |
Udang Goreng |
 |
Nasi Lemak Sambal Paru. |
Tidak ingat pula entah bila makan nasi Lemak Sambal Paru. Seperti biasa, memang banyaklah sambal parunya dan sudah semestinya Encik Suami tolong habiskan.
 |
Sambal Paru |
 |
Wan Tan Ho Mi Sup |
Firdaus pula ada kalanya selera tak sama dengan kami. Dia lebih suka memesan masakan berkuah seperti Wantan Ho Mi Sup.
 |
Wantan Ho Mi Sup |
 |
Wantan Ho |
Encik Suami pun sama. Dia pun suka makan Wantan Ho.
 |
Banyak aksesori Wantan Ho. |

Tengok gambar karipap pusing ini terasa hendak makan lagi. Huurrmm.. memikirkan kena bersiap tukar baju dan sebagainya, malaslah nak keluar cari karipap pusing!
Baiklah pergi belakang rumah, tinjau-tinjau bawah pokok mangga udang kalau-kalau ternampak sebiji dua mangga manila jiran masuk ke kawasan rumah kami. Hari ini dapat kumpul tujuh biji lagi. Semuanya elok sempurna, masak lemak manis.
 |
Mangga Manila di hari minggu. |
Sejuk tekak dapat sedut air longan tu. Makanan semua meriah & menyelerakan.
BalasPadamsedapnya nasi lemak pelbagai jenis lauk...karipap pusing cantik kejadiannya...
BalasPadamNasi lemak di Restoran Nasi Lemak ni nampak sedap. Ada pelbagai pilihan lauk, bolehlah bertukar selera setiap kali datang.
BalasPadamNasi lemak rendang daging, sedapnya.
BalasPadamUwaaaah kenapa lauk nasi lemaknya buanyaaaaaak dan Macam2, sedap pulaaaa nampaknyaaa 😍😍😍😍. Kalau dah udang, saya pastiiiii akan pilih itu kak Amie 😍😍.
BalasPadamKaripap pusing itu saya sukaaa juga. Kalo karipap yg begini, di sini ada jual. Tapi biasa isinya bukan kari. Tapi bihun dan telur rebus, atau kentang dan ayam.
Karipap pusing tu nampak padat intinya... masakan tidak Kak Amie terbayang2 ye :D
BalasPadamCantiklah koleh minuman tu.. yg ada air nenas tu
Elok je tersusun tiga ketul karipap pusing tu. Besar size karipap tu, mesti puas makan. Dahlah sedap kan. Minuman longan dan nanas segar tekak haihhh kalau dapat minum. Elok juga tu order satu jug besar, puas minum dan jimat macam kak Amie cakap murah lagi harganya. Nasi lemak dia macam-macam lauk pauk yang kak Amie dah cuba. Tengok pun dah sedap, apatah lagi makan. Wantan ho ke mi sup ke, tetaplah nampak sedap kedua-duanya. Masih ada lagi rezeki mangga manila jiran gugur jatuh ke rumah kak Amie.
BalasPadamPelbagai lauk nasi lemaknya. Mesti sukar nak buat pilihan :)
BalasPadamWantan Ho Mi Sup tu nampak sedap la pulak.....
BalasPadamWah..canti gambar,minuman buat kita nak oder sama...semoga adik berkaca mata happy makan bersama tu
BalasPadamNengok sambal nasi lemaknya berkilat dan berminyak mesti sedap tu.
BalasPadamNampak sedap semua menu kat kedai tu kak, patutla encik suami akak suka ke situ. Karipap pusing dia tu nampak penuh betul.
BalasPadamFirdaus dan kentang goreng berpisah tiada ye...sedapnya wan tan hor tu...SA dari hari tu nak makan tapi x sempat2 lagi...
BalasPadamKesian Encik Majid asyik jadi tukang habiskan lauk je tapi saya tenguk dia maintain je macam tu. Firdaus dapat peberet dia terus ceria. Karipap dia isi padu tu
BalasPadam