Pages

Isnin, 11 Ogos 2025

Dan Perjalanan Darat Pun Bermula dari Lahad Datu - Kundasang - Sipitang

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan perjalanan ini sudah lama berlalu, sekitar 28 Mei 2025. Bersama gang kaki jalan, kami meronda ke negara Brunei Darul Salam dan seterusnya melepasi check point ke Miri, Sarawak. 

Petang Rabu, pukul lima petang kami memulakan perjalanan dan berhenti di Telupid sekitar pukul sembilan malam. Di Telupid, kami isi perut dan meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami di Kundasang.

28-29 Mei 2025 - Lahad Datu - Kundasang - Sipitang

Nasi Goreng Daging

Apabila sudah tertidur di dalam van, rasa liat sungguh hendak buka mata apabila sampai di Telupid. Oleh kerana perjalanan ke Kundasang masih jauh, takut perut lapar pula. Satu hal lagi, kalau sampai lewat malam belum tentu jumpa restoran atau warung makan yang masih dibuka. Baiklah makan di sini saja, di Restoran Amin Jaya, hentian bas Telupid.

Bihun Sup Ayam

Rasa macam makan sahur saja ketika ini.

Amie - Nasi Goreng Pattaya

Jus Lobak Merah

Kedudukan The Cottage Hotel

Sesampainya kami di tempat penginapan, jam sudah menunjukkan angka 12:15 tengah malam. Disebabkan mengantuk, tak dapatlah ambil gambar keadaan di The Cottage Hotel. Bersihkan diri, berus gigi, solat dan terus rebahkan diri di atas katil. Bilik tidak ada pendingin hawa sebab suhu sejuk semulajadi.

Gang kaki jalan.

Keesokan paginya, kami bersiap-siap awal sebab hendak tinggalkan The Cottage Hotel pada pukul enam pagi. Kami enam orang tetapi dalam gambar ini ada empat orang sahaja. Kiranya semua ada tujuh orang termasuk pemandu van.

Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Sri Nurain Restaurant & Catering yang terletak di Jalan Lintas Jaya, Kota Kinabalu. Ketika ini jam sudah menunjukkan angka 8:15 pagi. Jom kita sarapan. Ada pelbagai jenis kuih dan makanan lain di sini.

Pulut Panggang

Kuih Lenggang

Tapai Nasi

Nasi Lemak


Antara lauk makanan berat.


Video kenangan.



Pukul sembilan pagi, kami teruskan perjalanan menuju ke daerah Sipitang. Walau pun baru pukul 11:15 pagi tetapi Sipitang menyambut kami dalam keadaan panas terik!

Walaupun terpaksa berpanas, tetapi ambil juga gambar buat kenangan. 

6 ulasan:

  1. Saya belum pernah jumpa tapai pulut bungkus macam tu...

    BalasPadam
  2. wahhh nampak sedap semua tu kak...

    BalasPadam
  3. Seronoknya tengok geng kaki jalan ni la, rasa nak join sekaki, hihihi.

    BalasPadam
  4. Sedap plak tengok pulut panggang tu Kak Amie...gemuk2...makanan lain pun sedap betul...

    BalasPadam
  5. Selalu tapai pulut ni tapai nasi pulak. emmm macam best je tak pernah rasa

    BalasPadam
  6. Nak tak nak kena jugalah makan buat terisi perut. Nanti kalau tak jumpa restoran naya perut lapar. Mujurlah pagi tu dapat sarapan berat. Perut pun senang hati nak jalan jauh. Kalau dah travel tu tak kisah dah panas ke apa, janji dapat ambil gambar. hihi...

    BalasPadam