Bismillahirrahmanirrahim.
Malam pertama kami menginap di The Cottage Hotel di Kundasang, Sabah. Malam kedua kami sudah berada di luar negara. Untuk penginapan di Brunei Amie tidak pasti bagaimana Nano uruskan, padahal Amie sebilik dengan Nano sepanjang tempoh kembara kami. Cuma Nano pernah suarakan sewaktu kamai di LD, risau tempah penginapan yang mahal sebab nilai mata wang tidak sama. Di Brunei, walaupun gunakan matawang dollar (BND) mereka tetap juga sebut ringgit. Tukaran mata wang ketika kami sampai 1 BND bersamaan dengan RM3.65 sen.
Coconut Bay Lodge Bandar Seri Begawan |
Pilih punya pilih, akhirnya Nano terjumpa Coconut Bay Lodge. Kata Nano, mungkin inilah tempat penginapan paling murah sesuai dengan nilai ringgit kita. Tak kisahlah kalau bukan taraf hotel. Yang penting ada tempat untuk berehat, bersihkan diri dan solat. Jadi, Nano terus tempah tiga bilik. Selepas itu, Amie tidak pasti adakah Nano bayar secara online atau bayar apabila sampai di sana.
Coconut Bay Lodge |
Apabila kami masuk ke bilik, Nano berteriak kegembiraan. Katanya, bilik kami seperti hotel juga kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Biliknya agak luas. Tidaklah terpaksa menyelit di celah katil sewaktu solat. Sudah tentulah Nano tambah teruja kerana katanya harga untuk satu malam hanya RM154.00 sahaja.
Ada pula disediakan Basikal Excersice! |
Sofa warna biru. |
Peti sejuk. |
Kelengkapan untuk minuman. |
Toilet turut dilengkapi dengan tuala besar dan tuala kecil.
Alhamdulillah. Dapatlah kami meluruskan pinggang, berehat dengan selesa satu malam di Coconut Lodge Bay. Sayangnya malam itu kami tidur lewat sebab menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun yang dipikul dalam beg dari LD.
Kira dah okay sangat dah ni kan. Bilik luas dan bersih. Cukup kelengkapannya juga. Aduhaiii..terpaksa bawa juga kerjanya ye kak Amie. Ni namanya nak hilang stress, tapi stress ikut sekali. Sabar je lah.
BalasPadamBerbaloi sungguh ni Kak Amie... Bilik lengkap segala kemudahan, saiz pun elok luas je... Selesalah nak menanda kertas exam hihi
BalasPadamUncle panggil Basikal tak kemana-mana
BalasPadamOkey sangat lah tu Amie, segala kemudahan lengkap. Siap ada basikal exercise lagi. Sambil bercuti pun boleh exercise.
BalasPadamMurahnya macam2 kelengkapan ada tu. Bilik pun selesa.
BalasPadamAhamdulillah,..pasti aman dan lena tidur..sangat bersih dan cantik
BalasPadamsangat berbaloi juga kan melancong dalam negeri..cantik..O ya seri begawan..cantik
BalasPadam