Bismillahirrahmanirrahim.
Selamay berhujung minggu rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Apa aktiviti sepanjang hari ini? Sudah masak untuk hidangan tengah hari?
Hari ini Amie tidak ke mana-mana. Biasanya kami akan ke pasar tani, tapi kali ini berat pula kaki hendak melangkah ke sana. Encik Suami baru sahaja pulang dari membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Sebentar lagi bolehlah masuk dapur, masak apa yang patut.
Sebelum itu, hendak panaskan enjin dahulu dengan menulis entri cerita jalan-jalan cari makan malam tadi. Fairuz ajak kami keluar makan di I Peak LD. Jarang-jarang kami ke sini terutama pada waktu malam. Ikutkan sajalah pelawaannya.
Fairuz memesan Avocado Sago dan Pumpkin Sago. Barangkali anak ini ingin kami kongsi keenakan dessert yang menjadi kegemarannya. Walaupun kami sudah memesan Chinese Tea, tetapi dia pesan juga dessert bersaiz agak besar ini.
 |
Avocado & Pumpkin Sago |
Amie pula tidak memilih hidangan berat. Cukuplah setakat memesan:
- Tauhu Sumbat
- Popia Ayam
- Wantan Goreng
Tidaklah Amie mampu habiskan kesemuanya. Amie tahu nanti semua akan bantu licinkan piring snacks Amie!
 |
Encik Suami - Sup Campur & Mi Goreng |
 |
Chinese Tea |
Kami cuba habiskan Avocado Sago sebab dessert ini datang lebih awal. Pumpkin Sago datang kemudian. Oleh sebab sudah kekenyangan, Fairuz minta bungkuskan Pumpkin Sago, bawa pulang. Terima kasih Fairuz, belanja kami makan. Moga Allah kurniakan kesihatan dan sentiasa lipatgandakan rezeki untukmu, anakanda Fairuz.
Besar juga tu avocado & pumpkin sagoo tu jenuh nak habiskan. Sampai dulu dari main course.
BalasPadamItulah, memang besar. Tak perasan pula Fairuz order sampai dua jenis. ingatkan sayu saja.
Padamlain tauhu sumbat kat sana ye kak amie...makanan lain semua nampak sedap
BalasPadamLain kan SA dengan tauhu sumbat kita. Kulitnya tauhu, isinya pun tauhu juga.
PadamHebat sekali..alhamdulilah
BalasPadamSyukur, Alhamdulillah.
PadamNampak enak² snack pilihan Kak Amie. Pandai Fairuz pilihkan dessert untuk mommy. Fairuz, nak mak angkat, tak?
BalasPadamFairuz kata nanti dia kirim google form ke JDT hihihii.
PadamNampak sedap semuanya..nyum..nyum..
BalasPadamAlhamdulillah. Jemput ye.
PadamSedapnya tengok gambar makanan. Bihun goreng nampak sangat sedap, feveret saya tu. Sesekali, makan malam di luar. Alhamdulillah, anak belanja.
BalasPadam