Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita 30 Mei 2025.
Lebih kurang pukul enam petang, kami tinggalkan Miri (kedai makan) dan meneruskan perjalanan ke Bintulu. Jarak di antara 210-220 kilometer itu kami lalui sekitar tiga setengah jam. Apabila van berhentu di hadapan Golden Bay Hotel, Bintulu terpisat-pisatlah mata melihat kegelapan malam!
Google - Golden Bay Hotel, Bintulu, Sarawak. |
Hampir pukul 10:00 malam jugalah baru kami dapat masuik ke bilik masing-masing.
Kepala yang berat akibat keletihan menjadi ringan apabila melihat ruang bilik yang agak luas dan selesa dipandang.
Sterika turut disediakan. |
Sejadah pun ada. |
Ada cerek dan teh. |
Malam itu, sebelum melelapkan mata kami menanda kertas peperiksaan sehingga pukul 12 malam. Sambil menanda, sembil hirup teh kosong. |
Tak sempat beli buah semasa di Miri. kalau tidak bolehlah simpan dalam mini peti sejuk ini. |
Di atas meja inilah kami menanda kertas. Menanda sebelum tidur, dan sambung lagi keesokan pagi sementara menunggu masa berkumpul di lobi.
Malam itu lami tidur lena! |
Selamat Pagi Bintulu!
Kami tinggalkan Sabah di Bawah Bayu ketika sambutan Pesta Kaamatan. Kami sampai di Sarawak Bumi Kenyalang ketika mereka akan menyambut Hari Gawai.
Pemandangan di lobi Golden Bay Hotel.
Terima kasih Nano, uruskan penginapan kami.
Golden Bay Hotel |
Apa agaknya aktiviti seterusnya di Bintulu? |
Alhamdulillah nyaman inap di sini berehat kan amie
BalasPadamBetul Kak PI. Empuk tilamnya, sejuk selesa sepanjang malam.
PadamCantik hotelnya Kak Amie
BalasPadamIya, luas pula.
PadamLengkap semuanya di dalam bilik. Cantik pulak katilnya tu ada bed runner biru dengan bantal biru.
BalasPadamAlhamdulillaha, dapat tempat penginapan selesa.
Padam