Pages

Ahad, 8 Jun 2025

Rezeki Aidil Adha

Bismillahirrahmanirrahim.
Hurrmm... walaupun jalan-jalan lapan hari ke Brunei dan Sarawak sambil menanda kertas sebelum tidur malam dan ketika bangun pagi, hanya sebahagian sahaja yang siap. Balik LD, kami sambung lagi. Minta maaf saudara dan jiran tetangga, kita tak dapat penuhi undangan raya. Kita wakilkan Encik Suami dan Firdaus sahaja.

Petang kelmarin, jiran hulurkan buras serta lauk-pauk. Jadi, kita pun gantung periuk. Jimat masa dan boleh tumpu menanda kertas. Penat menanda kertas, tonggang terbalik luruskan pinggang. Kemudian tulis entri. Tutup laptop, sambung semula tugas yang belum selesai. 

Petang tadi, Alhamdulillah rezeki datang bergolek. Sedang menanda kertas, Firdaus masuk bilik. Katanya Encik Suami panggil supaya turun ke dapur. Sampai dapur, banyak bungkusan di atas meja. Mereka berdua baru balik kenduri dari kampung. Nampaknya bukan Encik Suami seorang yang dapat nasi berkat. Firdaus pun dapat juga!

Nasi Berkat

Beginilah rupa bentuk nasi berkat dari Kampung Cocos, kampung Encik Suami.Tradisi membawa pulang nasi berkat masih diteruskan oleh masyarakat Cocos. Di bawah daun pisang ada nasi putih. Dan lauk-pauknya tersusun di atas daun pisang. Dalam sepinggan nasi berkat ada:
  • Nasi Putih
  • Ayam Goreng
  • Ikan Goreng
  • Sambal Kates (tertutup lauk)
  • Serondeng Ikan  (tertutup lauk)
  • Telur Masin
  • Telur Dadar
  • Lobak Merah Rebus
Lauk-pauk dalam nasi berkat sebenarnya tidak terhad seperti yang dibawa pulang oleh Encik Suami. Terpulang kepada tuan rumah hendak bubuh lauk apa tetapi yang wajib ada sudah tentulah serondeng ikan dan sambal kates serta ayam goreng serta kepedel.


Menurut Encik Suami, majlis kenduri yang diadakan merupakan kenduri selamatan sempena Hari Raya Aidil Adha. Jadinya, tuan rumah turut menyediakan pulut kuning serta ayam panggang dan juga nasi begana. Pulut kuning dan nasi begana dibahagi-bahagikan bersama ayam panggang buat tetamu lelaki yang bersama-sama dalam majlis doa tersebut. 

Pulut kuning dan ayam panggang.

Gambar di atas menunjukkan dua bungkus plut kuning dan dua keping ayam panggang yang Amie satukan dalam sebuah pinggan.

Nasi Begana


Memang rezeki sungguh! Nasi Begana pun dapat dua bungkus.


Bungkusan wajib ada sudah tentulah 'kuih-kuih lembik'. Kuih-kuih lembik merujuk kepada kuih yang lembut. Biasanya mereka akan membuat kuih brengkes, kuih panjang, nagasari, kuih Bugis dan sebagainya. Sekarang agak jarang tuan rumah sediakan kuih-kuih tradisional. Mungkin kekurangan waktu atau kekurangan pembuat kuih. 
Sekurang-kurangnya memadailah ada kuih bahulu gulung dan kek.

Dua bekas bahulu dan kek.

Tektekan

Gambar di atas dipanggil tektekan, oleh-oleh atau jajan untuk ditinting atau dibawa pulang. Biasanya tuan rumah akan sediakan pelbagai buah-buahan, biskut, minuman dan jajan yang akan dibahagi-bahagikan kepada tetamu lelaki.

Wokey!
Sekian, selingan untuk malam ini. Kita hendak sambung kerja menanda kertas lagi.

9 ulasan:

  1. Alhamdulillah... macam-macam dapat, sedap pula tu :)

    BalasPadam
  2. Banyak nya kak, Alhamdulillah sangat , memang bisalah tak masak di hari itu yaa 😍😍😍. Sukaaa tiap ada nasi berkat. Terkadang kalo Jiran sedang adakan syukuran, pastilah kami dpt juga. Biasa di taro dalam besek bambu.

    Nasi begana saya pikir sama dengan nasi bogana khas Cirebon. Tapi ternyata beda di lauk.

    Aneka kue2 nya saya sukaaa juga 😍😍. Banyak macam dikasih.

    BalasPadam
  3. Ya Allah banyaknya makanan yg tuan rumah sediakan! Memang rezeki bergolek² ni Kak Amie :D
    Selamat menanda kertas Kak 💪🏻

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... meriah sungguh menu... rezeki x terduduk ni, habis ke semua tu kak?

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, banyak rezeki hari tuh..

    BalasPadam
  6. Ya allah banyak betul tu...rezeki kan kak...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah ya Mbak rezeki berlimpah di Idul Adha ini.
    Menu makanan pada nasi berkat lengkap sekali apalagi di tambah juga dengan kue-kue dan "tektekan"...
    Saya baru dengar istilah "tektekan" Mbak. Unik istilahnya.

    Salam,

    BalasPadam
  8. Dalam kepenatan menanda kertas, dapat rezeki makanan banyak. Nasi dan lauk pauk, pulut, buah-buahan, kuih muih dan jajan. Macam-macam adaaa. Firdaus pun dapat sekali. Untung sangat ni, tak payah kak Amie bersusah payah. Dapatlah fokus lebih untuk siapkan kerja.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, banyak rezeki dapat tu. Pertama kali tengok nasi begana.

    BalasPadam