Pages

Selasa, 15 April 2025

Bihun Sup Tulang Rusuk di Petang 3 Syawal

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita raya di kampung. Kali ini hendak cerita pada petang 3 Syawal 1446H bersamaan pada hari Rabu. Amie renih tulang rusuk untuk dihidangkan bersama bihun. Agaknya aroma sup tulang rusuk ketika direnih sangat menggoda, maka Bonda dan Wak Niah dengan setianya menunggu hidangan disajikan di meja dapur. 

Jadinya, petang itu Amie tidak masak nasi. Cukuplah dengan hidangan Bihun Sup Tulang Rusuk sahaja. Ada juga lemang dan rendang serta sambal paru. Wak Kanang pun hantar lagi ayam masak kicap dan sambal goreng. Kalau tak cukup kenyang makan Bihun Sup Tulang Rusuk, bolehlah makan lemang pula.

Bihun Sup Tulang Rusuk

Sup Tulang Rusuk


Aksesori Bihun Sup Tulang Rusuk pun tidak banyak. Hanya hirisan daun bawang dan daun sup, bawang goreng, sambal kicap dan hirisan limau nipis. Sambal kicap itu Fuad yang buat.


Fairuz sediakan jus tembikai. Minumlah jus tembikai sepuas-puasnya. Nanti dah balik ke LD, pandang-pandang sajalah tembikai harga kayangan di sana. Ini buah tembikai kedua kami beli di Puncak Alam dengan harga RM1.29 sen sekilogram.



Amie hanya tempah 2kg sahaja tulang rusuk segar. Alhamdulillah, tulang rusuk masak elok dan empuk dagingnya. 

Merenih tulang rusuk.


Goreng bawang.

16 ulasan:

  1. Fuhhhh bihun sup.... My favourite tu.. ada pulak jus tembikai.. ni kalau hadap mau tak kenal org kiri kanan hahahah 🤣

    BalasPadam
  2. Sedapnya sup tulang. Ratah camtu saja pun sedap dah.

    BalasPadam
  3. sedapnya sup tulang rusuk wah jus tembikai pun ada mengait selera tu

    BalasPadam
  4. sedapnya bihun sup tulang rusuk...dgn air jus tembikai tu

    BalasPadam
  5. tgk belah sana masak soto sini masak sup...telan air liur dibuatnya...

    BalasPadam
  6. Wahh..terliur tengok bihun sup tulang rusuk kak Amie. Belum makan dah tahu sedapnya apatah lagi baunya. Ooo di sana buah tembikai harga kayangan juga. Nak bawa balik LD macam tak patut pula kan. Tak sesuai bawa naik flight. Takpe, minum puas-puas di sini.

    BalasPadam
  7. sedap!!! murahnya tembikai, aritu masa raya beli sebijik tembikai takda besar mana pun rm24! /rm6.99 per kg. kalau tau baik beli grape, rm12/kg byk lagi tu kalau 2 kg

    BalasPadam
  8. Ya allah sedapnyaaaaa.......SA sakit tekak ni confirm sedap hirup sup

    BalasPadam
  9. Alamak... godaan apakah ini!
    Homemade bawang goreng tu kalau diratah je orang belakang tak merasa 😁

    BalasPadam
  10. Jgn kata Bonda dan Wak Niah, kita yg tengok gambar ni pun terliur Kak!

    BalasPadam
  11. Sedapnya sup tulang rusuk. Paling suka kalau dia longkai dari tulang masuk ke mulut, hihi.

    BalasPadam
  12. Air tembikai tu sungguh mengoda. Nanti nak buat lah. Beehoon Sup tulang rusuk amie memang walah lah.

    BalasPadam
  13. Di JKT pun semangka itu mahal kak. 1 bulatan besar yg beratnya 5 kg, bisa 70 RB rupiah. Di Sumatra lebih murah, Krn di sana banyak kebun semangka. Saya sukaaa sangat padahal semangka. Tp jrg beli ,apalagi kalo tak musim. Bisa naik kahyangan juga harganya 😄

    Terbayang lah wangi sup rusuk ini 🤤🤤🤤. Biasanya sup rusuk dimakan dengan bakso kalo di sini. Pakai bihun juga sedap sangat

    BalasPadam
  14. Yummm sedapnya bihun sup tulang rusuk ni.

    BalasPadam
  15. ya ke kak?
    kenapa tembikai kat sana mahal?
    bukan ke lagi murah?

    BalasPadam