Pages

Selasa, 21 Januari 2025

Selamat Pagi, Jom Sarapan

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen?
Jom sarapan bersama kami di kampung.

Selamat Pagi!


Mi Goreng Telur

Semalam Bonda kuranga sihat. Malam tadi Wak Aton bawa Bonda ke klinik. Alhamdulillah, setelah makan ubat, Bonda beransur sihat. Kita buatkan Bonda sarapan mi goreng telur. Nampak  berselera juga Bonda makan.

Kuih Vadai

Encik Suami dan Firdaus jalan-jalan cari sarapan. Bawa pulang kuih vadai, popian dan samosa serta empat bungkus nasi lemak.


Samosa & Popia Sira Pedas


Nasi Lemak Ayam

Nasi Lemak Telur Mata

Entah di gerai mana Encik Suami singgah. Nasi lemak ayam dan telur kali ini hanya ada hirisan timun dan sambal sahaja. Tiada kacang tanah dan tiada ikan bilis goreng. Tiga bungkus nasi lemak telur mata dan sebungkus nasi lemak ayam goreng berharga RM10.00.

Ubi Rebus

Kelmarin pagi Wak Niah rebus ubi untuk sarapan. 

Ikan Masin Jeruk

Wak Niah goreng ikan masin jeruk untuk dimakan bersama ubi rebus.


Ubi Rebus tambah jelantah.

Sebahagian ubi rebus Wak Niah gaul dengan jelantah iaitu minyak bekas gorengan ikan. Waktu kecil-kecil dahulu kami selalu makan begini. Hmmmm.... Wak Niah kembalikan nostalgia masa lalu!

Nasi Goreng

Ada lagi sarapan Wak Niah sediakan.... nasi goreng!



Tak cukup hidangkan ubi rebus dan ubi salut jelantah, Wak Niah goreng pula ubi yang sudah direbus!

Ubi Rebus & Ikan Masin Jeruk

Jadinya, tak perlulah jalan-jalan cari sarapan lagi.
Makan sajalah apa yang Wak Niah sudah sediakan.

Nasi Goreng & Ikan Keli Goreng

Kopi Tenom


Beginilah, hidangan seadanya  menu sarapan kami di kampung. Alhamdulillah. Terima kasih Wak Niah. Walaupun kurang sihat, tapi Wak Niah gagahkan diri sediakan kami sarapan. Kami sangat menghargai air tangan Wak Niah.




9 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. sedap2 sarapannya, ubi pun ada macam2 cara memasaknya. Sy cop ubi goreng! Semoga Wak Niah dan bonda sihat2 sahaja.

    BalasPadam
  2. mmg menggamit memori bila makan ubi rebus, ubi goreng.. cicah dgn sambal ikan bilis pun sedappppp hehehe

    BalasPadam
  3. Seronoknya sarapan kat kampung....ikan masin jeruk tu membuka selera kan

    BalasPadam
  4. Kalau gini, Sy pun pilih airtangan Wak Niah dari bersarapan di gerai/warung :D
    Nasi lemak bungkus area sini gitulah juga Kak, tak cukup aksesorinya. Ada kacang takde ikan bilis, ada ikan bilis takde timun :( Belum kira telur rebus, mgkn kurang dari sesuku 🫣

    BalasPadam
  5. Macam-macam Wak Niah masak tu. Sedap2 pulak.

    Kalau nak makan vadai berlubang panas2, pagi ada jual kat Restoren Ghulam Rasul depan Econsave. Sedap vadai kat situ.

    BalasPadam
  6. Ikan masin jeruk ni sama ke macam ikan pekasam?

    BalasPadam
  7. Sarapan di kampung Mbak?
    Ada mie goreng telur, nasi lemak, ada ikan asin,,,dan ada ubi rebus... ah ini hidangan sarapan yang luar biasa Mbak.
    Ah saya jadi kangen ke kampung halaman ibu Mbak. Biasa kalau kesana suka disuguhi ubi rebus dan kopi hitam.

    Salam,

    BalasPadam
  8. Kak Amie, kopi tenom itu apa yaaa? Yg ditengah kopi itu penasaran pula

    Ubi pakai olesan minyak jelantah, saya blm coba 😍😍. Apalagi makan pakai ikan Masin, tp harusnya memang enak. Krn ubi kan termasuk karbohidrat . Anggab aja makan ikan Masin dengan nasi

    BalasPadam