Pages

Isnin, 13 Januari 2025

Bunga Rampai Daun Pandan

Bismillahirrahmanirrahim.
Bunga rampai merupakan campuran daripada beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan minyak wangi. Bunga rampai digunakan dalam beberapa jenis majlis dan adat istiadat dalam masyarakat Melayu seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis berkhatan, majlis potong jambul, majlis akad nikah, majlis meraikan orang ternama dan sebagainya. Bunga rampai ini menerbitkan aroma lembut harum yang memberikan impak kesegaran dalam majlis yang diadakan. Selain itu mampumewujudkan satu perasaan yang aman damai dan ketenangan jiwa kepada sesiapa yang menghidu baunya.


Encik Suami mahu juga disediakan bunga rampai untuk majlis aqiqah Hamzah. Dalam sibuk-sibuk membuat persiapan lain, sambil itu jugalah kita memotong daun pandan, ditambah hirisan beberapa jenis bunga dan tambahkan minyak wangi. Oleh kerana takut terlupa untuk menyiapkannya, kita buatlan sehari sebelum majlis. Kita tutup bunga rampai rapat-rapat dan letak di atas meja di ruang tamu. Keesokan paginya, kita buka penutup bunga rampai. Aromanya.... ya ampun! Harum semerbak memenuhi ruang tamu.

14 ulasan:

  1. Harumnya sampai ke sini kak 😀
    Banyak nampaknya akak buat bunga rampai.

    BalasPadam
  2. suka bau bunga rampai...wangi semerbak

    BalasPadam
  3. terbau-bau sampai ke sini kak harumnya bunga rampai...memang betul bunga rampai ni ada bau yang boleh buat rasa tenang

    BalasPadam
  4. Suka bau bunga rampai. Masa kecik² dulu rajin jugak rewang hiris bunga rampai jika ada kenduri kahwin, hihi.

    BalasPadam
  5. terbau2 dah ni...sampai sini
    wangiii.. love sgt!!

    BalasPadam
  6. Suka bau bunga rampai ni. Dahulu kalau kenduri kahwin mesti ada bunga ramai ni. Sekarang nii dah jarang-jarang jumpa.

    BalasPadam
  7. Sy suka sangat bau bunga rampai Kak Amie!

    BalasPadam
  8. arghhh... sedapnya bau bungai rampai.
    Terasa-rasa harumannya.

    BalasPadam
  9. best bau bunga rampai ni.. nti nak buat utk letak dlm kereta lah hehehe

    BalasPadam
  10. Terbau2 bunga rampai ni, memang best sangat bau nya.

    BalasPadam
  11. bunga rampai cenderamata wangi adat

    BalasPadam
  12. Untuk aqiqahpun buat bunga rampai juga ya.
    Memang suka bauan bunga rampai gabungan bau minyak wangi dan bau pandan serta bunga-bungaan.

    BalasPadam