Pages

Rabu, 11 Disember 2024

Temankan Firdaus Makan Tengah Hari di Happy Spoon

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi pandai Firdaus cari pasal supaya dapat makan tengah hari sebelum ke sekolah agama. Katanya, tak tahan lapar! Kami pun bawalah bujang kenit ini makan di Happy Spoon Restaurant & Cafe. Setakat ini, tempat makan di sini tidak pernah mengecewakan. Makanan sedap dan cepat pula datang ke meja makan. Tidak perlu menunggu dan berkeluh kesah menanti hidangan sampai.

Lagi pun tidak banyak masa untuk Firdaus berlama-lama kerana kami akan hantar ke sekolah agama pula. Tukar baju sekolah rendah dalam kereta sahaja. Jadi dalam perjalanan dari sekolah rendah ke restoran memang sempatlah Firdaus bersiap memakai baju sekolah agama.


Tak payah pakai songkoklah, katanya.


Bekalan sandwich untuk Firdaus.

Pagi tadi Firdaus tengok Amie potong sandwich untuk bekal pergi menoreh. Dia pun minta untuk bawa bekal juga. Di kereta, Firdaus kata tak perlulah Baba bagi duit belanja sekolah sebab sudah bawa bekal sandwich dan air. 
Amie tanya : Nanti kalau ada kawan hendak makan sandwich sama, macamana? Tidak laparkah? 
Jawabnya : Mommy, kami buat sistem barter. Kalau kawan hendak makan makanan orang lain, kami tukar makanan dengan kawan yang bawa bekal makanan. Tidaklah rasa lapar.

Eh, balik dari sekolah mengadu lapar pula!

Katanya: Daus makan sandwich bertiga.
Amie tanya: Jadi, bukankah Daus bilang makan guna sistem barter?
Jawab Firdaus : Kawan-kawan Daus tak bawa bekal makanan hari ini. Daus lapar sangat ni.
Amie selesaikan masalah : Okeylah, kita ajak Baba pergi makan  di Happy Spoon.

Bukan main suka hati Firdaus. Terus cium pipi kita sambail berkata : Cayang Mommy!

Serius memilih menu yang hendak dipesan.

Seperti biasa, Firdaus memilih menu yang digemari dan tulis dalam kertas pesanan. Amie fikirkan mesti budak ini memesan Nasi Goreng Tom Yam kegemarannya. Rupanya Firdaus memilih Butter Milk Chicken Rice, minuman Milo Dinasour & Vanilla Ice dan minta izin untuk tambah Chessy Wedges Fried.


Firdaus hantar menu pesanan ke kaunter dan kemudian duduk di meja makan, bercerita itu ini dan sebagainya. Katanya, nanti Mommy jangan terkejut kalau tahu markah peperiksaan Bahasa Inggerisnya sewaktu penyerahan rekod kemajuan murid. Amie tak sabar ingin tahu.

Firdaus rancak bercerita sementara menunggu makanan tiba.

Apabila dipujuk-pujuk barulah Firdaus beritahu. Dulu dapat gred C, sekarang dapat gred A.  Alhamdulillah. Mudah-mudahan subjek lain pun ada peningkatan. Bolehlah nanti tuntut hadiah daripada Mommy seperti yang dijanjikan.



Tidak lama kemudian datanglah segelas air suam untuk Encik Suami diikuti dengan kentang goreng.

Kentang Goreng Cheese

Milo Dinasour & Vanilla Ice


Butter Milk Chicken Rice


Habis licin Firdaus makan.

Encik Suami: Mixed Vege Soup Ayam & Meehoon

Mixed Vege Soup Ayam & Meehoon

Kami memilih hidangan bersup sahaja sebagai hidangan tengah hari.


Hidangan sup yang menyihatkan.

Amie : Kerapu Fish  Fillet Ham Choy  Meehoon Soup

Kerapu Fish Fillet Ham Choy  Meehoon Soup

Puas hati dapat hirup kuah sup ini. Ada sedikit rasa masam masin ham choy @ kobis masin @ kobis jeruk. Banyak pula isi ikan kerapunya. Memang berbaloilah dengan harganya RM18.00 semangkuk.

Isi ikan kerapu goreng.

Red Bean  Ice  Shaved  with Vanilla Ice Cream


Yang ini tak sempat kita makan habis. Baru beberapa sudu, jeling HP,  tinggal 20 minit Firdaus akan masuk kelas. Jadi, minta bungkus sahaja dan sambung sedut dalam kereta.

Bawa pulang ais kacang merah.

Jumlah keseluruhan, Encik Suami kata, kurang 50 sen RM70.00

8 ulasan:

  1. Amboi! Spek baharu! Macam spek uncle... Bulat!

    BalasPadam
  2. Bagaimana tak luluh kalo anak dah sebut I love u mommy kan 🤭😄😄. Saya pun kalo mereka dah begitu, nak minta gunung pun rasanya macam nak kasih hahahahah.

    Baiiik sangat firdaus ini ☺️🤗

    BalasPadam
  3. Nasib baik kawan² tak bawa bekal, dapatlah Daus makan di Happy Spoon. Happy la tu Daus, tak nak pakai songkok nak tayang rambut pacak la tu.

    BalasPadam
  4. Keletah la Daus ni :D
    Ais kacang merah tu nampak sedaplah Kak Amie 👍🏻

    BalasPadam
  5. Riang hati Firdaus kan kak dapat makan kat Happy Soon...nampak happy dan teruja muka dia...

    BalasPadam
  6. Pernah rasanya dulu makan fish head noodle soup ni di Uptown Damansara. Sedap teringat2 pulak rasanya cuma sekarang memilih untuk tidak lagi makan disitu sbb ammi pun dah tak yakin

    BalasPadam