Pages

Khamis, 12 Disember 2024

Teka Berat Buah Mangga Udang

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi dan semoga ceria sepanjang hari ini.

Jom cerita tentang mangga udang di penghujung tahun 2024!
Setiap hari gugur sebiji atau dua biji. Sudah tua atau terlalu berat, tangkai tak dapat tampung. Sejak dua minggu lepas ada yang gugur kerana sudah masak tetapi bondaslah sedikit bahagian yang jatuh itu. Dua hari lepas Encik Suami kirim dua biji ke Kota Kinabalu untuk Fairuz. Kelmarin ada sebiji di dapur. Entah gugur sendiri, entah Encik Suami petik. Apabila disentuh, agak lembut dan memang sudah masak.

Sehari dua ini Amie bawa mangga udang ke ladang, makan-makan dengan rakan penoreh getah.

Berbalik kepada mangga udang nan sebiji di dapur, Amie timbang. Jadinya, bolehlah buat main teka-teki:
  • Berapa berat buah mangga udang dalam gambar di bawah.
  • Sesiapa yang dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat, akan diberikan hadiah.
  • Boleh teka dari sekarang sehingga tarikh tutup yang akan diberitahu kemudian.


Selamat meneka!

22 ulasan:

  1. sedapnya kak amie colek-colek kuah rojak mak bee...
    saya agak dalam 2kg nampak besar ni

    BalasPadam
  2. Tak pandai nak meneka. Tapi sibuk nak teka jugak πŸ˜„
    Saya teka 1.2 kg.

    BalasPadam
  3. SA teka 1.7kg..Sedapnya mangga udang

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Saya akan ambil jawapan yang pertama ya hehehee. Kedua dan seterusnya tidak dikira.

      Padam
  5. besarnya buah mangga ni. syu teka dlm 2.2kg la.

    BalasPadam
  6. Skrg Kak Ngah memang hantu pelam...x kisah pelam apa pun...tiap2 hari mesti makan pelam.. kita lock 1.95kg

    BalasPadam
  7. Boleh teka sekali saja ye.
    Kalau lebih sekali, saya ambil jawapan kali pertama.

    BalasPadam
  8. Bismillahirohmanirohim.... saya teka 2.5kg

    BalasPadam
  9. nak join.. nak join😁
    2.3kg

    BalasPadam
  10. sedapnya kalau dapat mencolek ni tapi kalau dah masak sangat sedap buat jus. Saya cuba teka 1.5kg. Nampak besor je buahnya

    BalasPadam
  11. 3.15kg πŸ˜‚
    Teka jauh siket la dari orang lain.
    Kak Amie sihat lama saya tak buka blog

    BalasPadam
  12. Nampak gemuk mangga tu, sy teka 2.21kg. Nanti pos mangganya ke Tanah Jauhar ya, hihi.

    BalasPadam
  13. Tak tahulah ini dah lewat atau belum, saya ikut meramaikan saja kak Amie. Terkaan saya 3.4 kg 😁

    BalasPadam