Pages

Selasa, 10 Disember 2024

Kari Tulang Rusa Tumis Darat

Bismillahirrahmanirrahim.
Menu Kari Tulang Rusa Tumis Darat ini Amie masak minggu lepas.
Seperti biasa, balik menoreh memang hendak berehat sahaja. Jadi, rebus tulang rusa gunakan slow cooker. Masukkan sekali rempah kari dan halia. Bolehlah tidur seketika. Bangun tidur, daging pada tulang rusa sudah empuk. Teruskanlah kerja-kerja menumis pula. Tak susah mana. Sekejap saja dah siap.

Oleh kerana takut kentang hancur semasa merenih tulang, jadi Amie goreng kentang berasingan.

Oh, ya! Tidak perlu tambahkan air sewaktu merenih tulang kerana sukatan air tetap kekal begitu, tidak berkurangan atau mengering.

Jom tengok resipi Kari Tulang Rusa Tumis Darat cara Amie. 

Kari Tulang Rusa Tumis Darat

Resipi Kari Tulang Rusa Tumis Darat
Bahan-bahan:
  • 1 kg tulang rusa 
  • air secukupnya 
  • 4 sudu besar rempah kari
  • 2 cm halia - kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 3 biji kentang - kupas - belah 4 - goreng hingga masak - ketepikan
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 2 sudu besar jus limau nipis - boleh kurangkan jika tidak suka rasa masam
Bahan Tumis Darat:
  • 7 biji bawang merah - hiris
  • 5 ulas bawang putih - hiris
  • 2 tangkai daun kari - dilurut
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 4 sudu besar minyak
Cara memasak:
  1. Masukkan tulang rusa dalam slow cooker. Tuangkan air melepasi paras tulang.
  2. Seterusnya masukkan rempah kari, halia kisar dan bawang besar.
  3. Tekan butang high dan biarkan merenih selama tiga jam sehingga daging tulang rusa empuk.
  4. Masukkan santan pekat dan kentang yang sudah digoreng.
  5. Taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  6. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  7. Kemudian masukkan daun kari, kulit kayu manuis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  8. Setelah terbit bau dan bawang kuning keemasan masukkan bahan tumisan ke dalam slow cooker. 
  9. Tutup slow cooker, dan biarkan lebih kurang lima minit.
  10. Buka tudung slow cooker dan tuangkan jus limau nipis.
  11. Gaul rata, dan boleh dihidangkan.
Kari Tulang Rusa Tumis Darat

Seronok sangatlah Firdaus balik sekolah agama terus makan nasi lauk Kari Tulang Rusa Tumis Darat. Habis licin nasi dia makan. Encik Suami yang suruh habiskan. Ketika makan Firdaus berkata: 
Terima kasih Mommy benarkan Daus makan banyak-banyak. Kawan Daus bilang mamanya tak bagi makan banyak, takut gendut! Mommy sporting betul.

Eh, Encik Suami yang suruh dia habiskan nasi dia terima kasih pada kita pula!

Kai Tulang Rusa Tumis Darat

9 ulasan:

  1. Menu yang mantap
    Bisa makan banyak
    Super

    BalasPadam
  2. Aduhai, kelakarnya takut anak gendut. Sy ada kawan yg suaminya tak bagi makan banyak takut isteri gendut. Sedap nampaknya Kari Tulang Rusa Tumis Darat tu, Kak Amie. Memang patutlah Daus habiskan nasi.

    BalasPadam
  3. Sedapnya nampak lauk kari tulang rusa Kak Amie...

    BalasPadam
  4. wah tulang rusa tumis darat sedap tu

    BalasPadam
  5. Sedapnya kari rusa ni Kak Amie. Alahai kesian nya kawan Firdaus tu. Terima kasih kongsi resepi 🥰

    BalasPadam
  6. Tulang rusa ke,daging rusa ke, wak tak pernah jumpa lagi

    BalasPadam
  7. Tau tak kak, selama ini saya malas beli daging atau iga atau tulang, Krn lamaaaa empuknya. Saya sempat punya pressure cooker, tp sejak asisten saya resign, saya tak berani pakai. Krn dia tak bisa asal dibuka kan. Dan cukup berat, Krn punya saya model lama. JD karena takut buka, akhirnya tak dipakai laku saya KSH ke asisten saya yg tugas bersih2 rumah 🤣

    JD nak masak iga, hrs di rebus lama di kompor gas. Habis banyak hahahah. Setelah baca tulisan Kaka, jadi ingat pula slow cooker memang bisa dipakai, tp lama. Cuma bagi saya lama sekalipun Krn pakai listrik tak masalah. Tak kuatir akan habis 🤭

    Jadi nak coba jugalah nanti buat daging pakai slow cooker 😅

    BalasPadam