Bismillahirrahmanirrahim.
Barangkali kami agak awal menuju ke Pasar Ikan LD. Banyak gerai ikan masih kosong terutama jenis ikan bersaiz besar. Mungkin kapal ikan dari laut dalam belum sampai ke pelabuhan. Kami beli sahaja ikan yang ada. Pusing-pusing dua kali, dapatlah tiga jenis ikan yang 'membesarkan' diri ini terutaman di zaman kanak-kanak. Amie gunakan istilah kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak Pindaan 2001 yang menyebut, umur di bawah 18 tahun termasuk dalam kategori kanak-kanak.
Amie tinggal di asrama bermula dari tingkatan empat sehinggalah tingkatan enam atas. Kemudian bersambung lagi sewaktu belajar di universiti selama empat tahun. Jadinya, zaman kanak-kanak yang dilalui setakat usia 15 tahun, kerana Amie lahir di bulan November, hujung tahun. Usia 15 tahun satu bulan setengah sudah tinggal berjauhan di Klang. Rupanya sekejap sangat dapat bersama sepenuh masa dengan keluarga! Bertugas pula nun di LD dan terkahwin pula dengan orang sini.
Sudah tentu segala kerinduan berada di rantauan diubati dengan kenang-kenangan yang tercipta sewaktu zaman kanak-kanak!
Kembali kepada cerita ikan.
Banyak jenis ikan yang berbau nostalgia zaman kanak-kanak tidak atau jarang ditemui di LD seperti ikan gelama kepala batu. Tak apalah, balik kampung nanti boleh makan puas-puas. Hari ini jumpa ikan kerisi.
Bolehlah goreng lebih sedikit, dan bakinya dibiarkan 'menginap' satu malam. Esoknya akan timbul aroma yang berbau nostalgia zaman kanak-kanak! Ikan goreng garing yang menginap semalaman memang sangat sedap. Boleh makan dengan nasi, ubi kayu rebus atau lempeng.
 |
Ikan Kerisi |
 |
Ikan Tamban |
Ikan tamban ini juga Amie rindui tetapi Encik Suami kurang gemar sebab banyak tulang. Biarlah Amie seorang yang makan. Kelar-kelar dan goreng garing sehingga tulang-tulangnya pun boleh dikunyah!
 |
Ikan Kembung Pelaling |
Ikan kembung pelaling ini sangat jarang ditemui di Pasar Ikan LD. Teringat dulu sewaktu tinggal di asrama sewaktu tingkatan enam, di hari minggu kawan-kawan masak kuah laksa gunakan ikan ini. Terbayang-bayang dapur minyak yang mereka gunakan! Amie tidak tolong masak sebab Amie jahit baju. Kami berada di dalam bilik aras bawah. Ada mesin jahit dan ada dapur minyak tanah di situ. Dapatlah semangkuk laksa asam yang kawan-kawan masak tadi. Walaupun tak berapa nak cukup bahan, tapi sedaplah pula rasanya! Memanglah kalau tinggal di asrama, makanan kena catu. Jadi sesekali dapat makan laksa asam memang macam duduk di tangga syurga.
 |
Ikan Sulig |
Ikan sulig ini Amie tidak pernah jumpa zaman kanak-kanak dahulu. Ikan ini Amie kenali melalui keluarga Encik Suami. Biasanya arwah MIL gunakan untuk membuat serondeng tetapi MIL pilih ikan saiz besar dan banyak isi. Sebenarnya ikan sulig saiz kecil lebih sedap jika digoreng berbanding saiz besar.
 |
Udang Kertas |
Udang bukanlah pilihan utama kami. Udang hanya digunakan sebagai perencah masakan sahaja. Anak-anak suka makan cucur jagung tanbah udang basah. Jadi, kelau beli udang memang kebiasannya hanya untuk dibuat cucur sahaja. Biasanya kami beli udang kertas tetapi udang bemban lebih sedap. Lain kali kalau ke pasar, hendak beli udang bemban pula.
Ikan berbau.. sy ingat ikannya berbau. Sekejap sangat 15 tahun masa bersama keluarga tapi banyak kenangan nya, Kak Amie. Kak Amie, ikan menginap semalaman tu, menginap di dalam suhu bilik atau dalam peti sejuk?
BalasPadamBiarkan saja di bawah tudung saji SK. Kalau masuk peti sejuk hilang aromanya.
PadamIkan Tamban tu berkawad satu².. elok pulak susunannya😁
BalasPadamWaktu menyusun ikan tamban tu teringat satu persatu nostalgia makan ikan tamban goreng zaman kanak-kanak.
Padamkemas jew kak amie susun ikan..nak masak tinggal amik satu2 senang keje..mesti setiap menu dah standby dalam kepala ni.
BalasPadamSatu jew menunya Zila...goreng hihihiii.
Padamcantik susunan ikan dlm bekas tu
BalasPadamanak-anak ammi yg berdua tu, duduk dirumah sehingga usia 12 je. Kyra pulak lahirnya pun dibulan 12...lebih kurang kak amie je. kawan lain dalam kelas dah nak beralih usia, dia baru nak mengejar dari belakang haha
BalasPadamlepas saya baca entry kak amie yg sebelum yg citer psl suka mkn ikan goreng dibiarkan semalaman tu, lps mkn malam ada ikn goreng sekor tak terusik, sy nk simpan dlam fridge, mak sy tak bagi. mak ckp biarkan je bwh saji, esk pagi mak nk makan dengan nasi pnas2. mak ckp suka bau n rasa dia. mak pun nk mengimbau nostalgia mcm kak amie jugak rupanya.
BalasPadamSaya tuh suka ikan sebenarnya, walaopun tak semua ikan. Di goreng garing lebih suka. Krn tulangnya pun JD bisa dimakan. Tapi saya tak pandai masaknya. 🤣. Krn itu tak pernah buat di rumah sejak asisten resign. Kalo nak ikan, jadi beli di kedai yg sudah jadi 😄
BalasPadamIkan tamban tu SA suka goreng garing2..ratah atau makan dengan nasi je kak..sedapnya...
BalasPadam