Pages

Khamis, 12 Disember 2024

Ayam Masak Palekko Pedas Menyengat Tapi Sedap!

Bismillahirrahmanirrahim.
Ayam Masak Palekko ini sudah lenyap dalam perut dijadikan sarapan makan dengan buras pada hari Ahad lepas. Lauk ini sangat digemari Firdaus. Firdaus sukakan rasanya yang pedas. 

Biasanya kalau kami beli buras @ burasak, kami akan masak sendiri ayam palekko di rumah. Bolehlah makan sepuas-puasnya. Walaupun pedas, tetapi Amie tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasanya agar tidak terlalu pedas sehingga mengganggu selera untuk menikmatinya. Bayangkan, gandingan cili padi ditambah pula dengan lada putih tumbuk! Memang pedas menyengat tapi sedap. Jangan lupa sediakan air suam lebihkan panas sewaktu makan. Kalau rasa pedas sangat, minumlah air tadi. In syaa Allah beberapa saat kemudian hilanglah rasa pedas itu. Dan boleh makan lagi dan makan lagi!

Ayam Masak Palekko

Buras @ Burasak

Ayam Masak Palekko

Resipi Ayam Masak Palekko
Bahan-bahan:

  • 1 kilogram ayam - potong saiz kecil
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 cawan bancuhan air asam jawa
  • 1 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya 
Bahan pemerap (ditumbuk) :

  • 3/4 cawan cili padi kampung
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia

Bahan perencah ( ditumbuk) :

  • 5 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 sudu besar lada putih

Cara memasak:

  1. Perap daging ayam dengan bahan pemerap, serai dan air asam jawa selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis bahan perencah sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang diperap tadi dan gaul rata.
  5. Setelah ayam layu dan bertukar warna, tambahkan air dan masukkan gula secukup rasa.
  6. Tutup kuali dan kecilkan api.
  7. Biarkan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
  8. Buka penutup kuali, taburkan garam  / perasa pilihan.
  9. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Boleh kurang / tambah bahan mengikut cita rasa. Ayam Palekko sudah semestinya ada rasa pedas! Gunakan kunyit hidup untuk mendapatkan aroma yang segara dan wangi.

Ayam Masak Palekko

5 ulasan:

  1. Sedapnya!
    Semua bahan ada ni, rasa nak try juga...

    BalasPadam
  2. Uishhh.. memang berasap telinga ni Kak Amie. Ada cili padi dan lada sulah. Nanti nak cuba jugaklah masak ayam palekko ni.

    BalasPadam
  3. alaaa... ayam masak palekko dah boleh buat.. burasaknya je yang tak dapat-dapat sampai sekarang.

    BalasPadam
  4. Sedapnya..nanti SA nak cuba plak la kak amie..tgok bahan macam senang je

    BalasPadam
  5. Makanan dimakan dengan buras ini memang selalunya sedap. Apalagi palekko benar2 cocok disandingkan dengan buras 😍😍

    BalasPadam