Pages

Jumaat, 15 November 2024

Resipi Coleslow Yang Sedap : Buat di Dapur Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim.
Kita hendak kongsikan resipi coleslow yang kita rasa cukup rasa keenakannya ketika menikmatinya sewaktu berkelah di Hutan Rekreasi Taliwas hari Ahad lepas. Kita pernah paparkan resipinya dalam entri di sini:

Biasanya kita hanya sediakan coleslow untuk keluarga sendiri dan untuk rumah terbuka atau majlis makan-makan bersama sanak keluarga. Paling banyak pun hanya guna dua hinga tiga kilogram kobis sahaja. Kali ini kita sediakan dalam kuantiti yang agak banyak. Kita gunakan lima kilogram kobis. Boleh tahan jugalah lenguhnya tangan menyagat dan mencincang kobis. Orang kata kalah membeli menang memakai. Dalam hal menyediakan coleslow ini memang penat menyiapkannya tetapi berbaloi apabila sedap rasanya!

Coleslow.

Coleslow berada di dalam tupperware hijau besar di bahagian bawah. Tupperware atas berisi sayap ayam perap dan tupperware hijau di sebelahnya lagi berisi salad.

Kobis

Lain orang lain resipi coleslownya. Ini resipi yang kita cuba berkali-kali dan memang tidak pernah mengecewakan. 

Bahan-bahan:
  • 5 kg kobis putih - sagat / cincang
  • 1 batang lobak merah - sagat / cincang
  • 1 liter yogurt asli
  • 1.1 liter mayonis
  • 3 biji bawang besar - sagat / cincang - 
  • 3 biji lemon - ambil jusnya
  • garam secukup rasa - anggaran satu sudu besar
  • gula pasir secukup rasa - anggaran 2 cawan
Jus lemon, garam dan gula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Ada yang suka coleslow sedikit masam, ada yang suka rasa manis. Pandai-pandailah ikut sukatan sendiri mengikut selera.

Cara penyediaan:
  1. Gaul rata semua bahan hingga sebati.
  2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Mayonis

Yogurt Asli

Lobak Merah

Lemon

Bawang Besar - boleh gunakan bawang merah besar atau bawang Holland.

Coleslow sudah sedia untuk dinikmati.


Seronoknya berkelah bersama keluarga penoreh dari ladang getah!
Makan coleslow dengan kambing dan sayap ayam panggang.


10 ulasan:

  1. Ok nak coba buat. Tinggal beli yoghurt dan lemon dulu. Coleslaw ini kdg saya suka, kadang tak. Tergantung seller yg buat. Pernah ketemu yg sedap, tp pernah juga yg tak sesuai selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coleslow hasil air tangan sendiri memang sedap dan memenuhi citarasa.
      Betul tu Fanny. Beza tempat memang kadang-kadang ada beza rasa juga.

      Padam
  2. Saya tertarik juga dengan koleksi Tupperware tu 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheeee.... kita ni tak habis-habis dengan koleksi tupperware kan Faizah.

      Padam
  3. ada ayam goreng ni.... perrghhhh mmg 👍👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduiii Anies.
      Nostalgia zaman dulu makan ayam goreng dengan coleslow ni....

      Padam
  4. sedapnya layan dengan kentang putar. yum yum yum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya macam nostalgia lalu... ayam goreng, coleslow, kentang putar!

      Padam