Pages

Rabu, 20 November 2024

Pemandangan Bentuk Muka Bumi Yang Aneh di Lembah Shigar, Skardu

Bismillahirrahmanirrahim.
Khamis - 19 September 2024

4:15 pagi :Waktu solat subuh Skardu

7:30 pagi :Sarapan 
Letak bagasi di luar bilik

9:00 pagi Berkumpul di lobi
Bertolak ke Airport Skardu

12:00 tengah hari:
Penerbangan Skardu ke Islamabad

Dalam perjalanan ke Airport Skardu, van berhenti di Lembah Shigar. Di sini, kami menyaksikan pemandangan bentuk muka bumi yang agak aneh. Memandangkan Pakistan mengalami empat musim, jadi sudah tentulah setiap tempat mempunyai panorama yang berbeza mengikut perubahan musim tersebut. Jadi, ketika ini beginilah suasana di Lembah Shigar.

Lembah Shigar merupakan gabungan oasis yang menghijau, glasier, gunung, tasik dan mata air panas. Di Lembah Shigar, Sungai Shigar bergabung dengan Sungai Indus.


Lembah Shigar ialah sebuah lembah di Baltistan di utara Pakistan yang disiram oleh Sungai Shigar. Lembah ini terbentang kira-kira 170 km dari Skardu ke Askole dan merupakan pintu masuk ke pergunungan tinggi Karakoram. Bandar Shigar adalah penempatan terbesar di lembah. Walaupun Lembah Shigar adalah tempat terpencil dan sebahagian besarnya tidak boleh diakses, namun terdapat beberapa kampung di lembah itu. Askole ialah penempatan terakhir di Lembah Shigar.

Lembah Shigar kaya dengan ladang buah walnut, anggur, pic, pear dan aprikot.

Sebelum itu Amie kongsikan beberapa rakaman gambar sepanjang perjalanan dari Hispar Hotel ke Lembah Shigar yang merupakan tempat terbaik untuk dikunjungi di wilayah Gilgit Baltistan.

Atas van itu ada kambing!

Susah hendak melihat wanita Pakistan di tempat umum. Sekarang boleh nampak mereka dari van. Mereka memakai tudung dan berpashmina juga.


Rasanya di seluruh Pakistan, lori memang dihias dengan pelbagai aksesori yang menarik!



Tertarik melihat dua ekor ayam tergantung di kedai. Apabila diperhatikan betul-betul, ayam ini berkulit! Bukan ayam togel.





Suasana perkampungan di Skardu.



Beginilah panorama yang dapat dilihat ketika menghampiri Lembah Shigar.





Nampak unik bukan?
Objek yang kecil dan hitam itu manusia.
Entah apa yang dikutip dan dipikul di tengah-tengah selut itu.






Kita belanja dua rakaman video di Lembah Shigar.


Bergambar kenangan - 1 Love Skardu.




Kali ini gerombolan lembu pula yang menyambut kedatangan kami.




Gayat juga ambil gambar di sini sambil merenung ke bawah!


Ada tugu peringatan di sini.
Boleh baca infonya di bawah ini.



Tiba-tiba kami dimaklumkan penerbangan Skardu - Islamabad ditunda dari pukul 12:00 tengah hari ke pukul 2:00 petang!


Hurrrmmmm.... sabar sajalah labu!

7 ulasan:

  1. Waaah Van bawa kambing ini macam di Aceh 🤣🤣🤣. Dan cantik sangaat lori itu, dihias macam mau ikut karnaval yaa 😄👍.

    Tak apalah di tunda agak lama kak. Masih bisa menikmati jadinya. Yg lebih kuatir kalo jadwal dipercepat 🤣

    BalasPadam
  2. Tak sejuk ke kambing tu atas van :)
    Lori di sana memang colorful kan, cantik tengok.
    Geografi di sana memang unik Subhanallah cantik. Pelbagai bentuk dan rupa. Moga dapat ke sana nanti.
    Delay pulak flight nya ya.

    BalasPadam
  3. Subhanallah menakjubkan!
    Baiknya kambing tu, elok je duduk atas van tu :D

    BalasPadam
  4. Very nice article with lovelys photographs of your fortunate travel to Pakistán. Sure you and your family had a lot of good experiences in this country. The coloured bus is so special.
    Greetings from Mallorca.

    BalasPadam
  5. Allahuakbar! Memang pelik kejadian bentuk muka bumi nya. Seram pulak sy tengok orang dekat selut tu, Kak Amie.

    BalasPadam
  6. Dok tenung gambar 1st tu tak faham keadaannya bila dah skrol ke bawah yang nampak orang, baru nampak keseluruhannya. Yeah.. nampak aneh namun unik.

    BalasPadam