Pages

Selasa, 19 November 2024

Makan Roti Paratha dengan Channa Masala & Pakistani Beef Stew di Kedai Makan Pakistan Nasim Khan LD

Bismillahirrahmanirrahim.
Setakat ini kami hanya jumpa sebuah sahaja Kedai Makan Pakistan di LD. Kedai makan lain termasuk Restoran Rumpun Selera, Restoran Auliah, Restoran Akhbar dan banyak lagi merupakan kedai mamak yang lebih berasaskan makanan India. Walaupun masakan Pakistan dan India ada persamaannya namun ada juga perbezaannya.

Balik dari menoreh hari ini, hujan lebat. Memang ngam sangatlah singgah Kedai Makan Pakistan Nasim Khan untuk mencari alas perut. Encik Suami siap memesan roti paratha dan Teh Pakistani. Pesannya lagi, jangan hantar minuman dahulu. Apabila roti paratha sudah siap masak, barulah hantar sekali dengan minuman supaya kedua-duanya dalam keadaan panas. 

Adapun ada tiga jenis roti di Kedai Makan Pakistan Nasim Khan ini iaitu roti paratha, roti naan dan roti canai. Encik Suami suka roti paratha. Di sini roti paratha digoreng! Memang sedap makan panas-panas dengan lauk-pauk pilihan.

Oleh kerana saiznya besar, Encik Suami hanya memesan sekeping sahaja dan makan berdua.

Roti Paratha & The Gang

Roti Paratha


Pakistani Beef Stew

Lembut betul Pakistani Beef Stew ini. Sedap sempurna dan cukup rasa. Licin oleh kami berdua sampai ke titisan kuah terakhir.

Channa Masala @ Kari Kacang Kuda


Kari Kacang Kuda @ Channa Masala pun habis, dan Encik Suami pula yang lebih banyak makan. Selalunya Encik Suami tidak berapa peduli dengan Kari Kacang Kuda. Kacangnya lembut tetapi kuahnya kurang rasa rempah seperti Channa Masala di Pakistan. Barangkali tukang masak di sini sesuaikan dengan citarasa orang kita.


Kita ambil lauk tambahan iaitu sayur kacang bendi @ bhindi.



Maka menjamu seleralah kami ketika hujan lebat membasahi bumi.
Sudahlah sejuk, makanan pula panas-panas.
Bismillah.

Gandingan mantap : Roti Paratha & Pakistani Beef Stew.

Teh Pakistani

Encik Suami kata harga makan di sini RM25.00. Kenyang makan Roti Paratha & The Gang dan Teh Pakistani yang sedap! Eh, rasanya Teh Pakistani di Kedai Makan Pakistan Nasim Khan lebih lazat berbanding Chai / Teh Masala di Pakistan. Oh... baru teringat! Chai Masala / Teh di Pakistan gunakan susu segar tetapi di sini gunakan susu cair. Apa boleh buat. Apabila kita sudah selesa dengan rasa yang pertama, rasa yang kedua (di Pakistan) sudah tentu agak berbeza dengan cita rasa yang mula-mula tadi. Seperti yang kita tulis dalam mukadimah entri ini, tukang masak / tukang bancuh minuman sesuaikan dengan citarasa orang kita.

11 ulasan:

  1. Roti Paratha ni macam tak sama dengan kat Malaysia ya. Unik pula bentuknya. Tapi ni style Pakistan la.

    BalasPadam
  2. Waahh ada kedai makan Pakistan di LD. Best nya. Kuantan ni ada kedai jual Nasi Pakistan tapi macam beriani je dan lauk kampung. Bukan yang macam di LD ni.

    BalasPadam
  3. Warna teh pakistani tu lebih kurang je dengan warna teh tarik kita kan?

    BalasPadam
  4. Saya suka makan makanan berasaskan roti.. Kalau tak makan nasi pun takpe.

    BalasPadam
  5. Oh ada kedai makan Pakistan rupanya di LD. Dapatlah Kak Amie lepaskan rindu dgn makanan di bumi Pakistan sana :)
    Memang nampak garing roti paratha tu, sedap makan panas²

    BalasPadam
  6. Beberapa bulan lepas, belakang rumah kita ada jugak buka kedai pakistan, tapi tak lama tutup sebab tiada sambutan. nampak post Kak Amie ni, teringat pulak. Betullah, kan.. kena minta dorg buat air lambat. kalau sy, order kemudian lepas makan.

    BalasPadam
  7. sedapnya tengok dia punya geng tu kak, lengkap betul

    BalasPadam
  8. sedap tu roti prata pakistan siap kari dal n daging

    BalasPadam
  9. stew tu nampak sedap sangat AMie :)

    BalasPadam
  10. Sepertinya paduan antara roti paratha dengan Pakistani beef itu mengundang selera saya Mbak.
    Teh Pakistani sebagai penutup makan...ah pasti mantap sekali.

    Salam,

    BalasPadam
  11. Teh Pakistan ini saya penasaran 😍😍😍. Tapi biasanya kalo susu terlalu kuat, saya tak bisa kak Amie. Memang tak suka susu. JD kalo minum teh susu, mesti susu jangan dominan karena ada juga yg begitu 😅

    BalasPadam