Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin kami merancang untuk berkelah di Hutan Rekreasi Taliwas bersama rakan-rakan ladang getah. Kami dikehendaki berkumpul di Restoran Rumpun Selera pada pukul 6:30 pagi dan tepat pukul 7:00 pagi akan bergerak bersama-sama. Dijangka akan sampai ke destinasi pada pukul 8:00 pagi.
Pukul 6:15 pagi, Encik Suami sudah memandu keluar. Awal sangat rasanya!
Jadi kami singgah di Warung Al Amin, kebetulannya warung tersebut terletak di tengah perjalanan ke Restoran Rumpun Selera.
Jadi kami singgah di Warung Al Amin, kebetulannya warung tersebut terletak di tengah perjalanan ke Restoran Rumpun Selera.
Jadinya, kami minumlah dahulu di sini.
Di warung inilah tempat Encik Suami selalu belikan kita kuih atau nasi lemak dan nasi kuning untuk bekal pergi menoreh. Warung ini mula beroperasi pada pertengahan tahun ini. Banyak jenis makanan untuk sarapan yang disediakan di samping harganya yang sangat berpatutan. Semua jenis minuman panas hanya berharga RM1.00 sahaja. Ada lima jenis minuman yang disediakan termasuk nescafe susu, teh susu, kopi 0, teh 0, dan coklat. Pelanggan yang datang kena layan diri.
Warung Al Amin dibuka pada pukul 5:30 pagi setiap hari dan beroperasi sehingga pukul 11:00 pagi sahaja. Pelanggan terawal yang datang ke sini sudah tentulah mereka yang baru pulang dari masjid!
Warung Al Amin ini merupakan satu-satunya warung yang menawarkan harga makanan sarapan paling murah di Lahad Datu dan mereka juga memiliki restoran yang juga menawarkan makan tengah hari Lunch Buffet Terlajak Rahmah RM9.90 di Khadijah Ikan Bakar (Khadijah Catering) yang terletak di Bandar Seri Perdana.
Tempat makan lain, mohon maaf : Harga Kayangan!
Minuman panas - segelas RM1.00. |
Firdaus sedang bersarapan. Suasana masih gelap, samar-samar cahaya matahari mula menyimbahi bumi. Encik Suami ambil kuih sahaja, sarapan yang ringan-ringan sebab nanti di Hutan Rekreasi Taliwas hendak makan lagi.
Encik Suami celup-celup pula kuih dalam minuman panas!
Kita ambil kek. Nampak macam sedap pula!
Minta izin dulu untuk ambil gambar di Warung Al Amin.
Jom kita jamu mata.
Inilah antara kuih-muih yang ada di sini. Harganya RM2.00 untuk lima ketul kuih. Boleh campur-campur. Yang di depan sekali ini kuih cempiang.
Ada karipap dan kuih kasturi. Encik Suami selalu belikan Firdaus karipap. Budak kecil itu makan dalam kereta dalam perjalanan ke sekolah.
Ada kuih kuping gajah, onde-onde, kuih sawalla dan pulut manis.
Yang warna kuning di belakang itu kuih broncong, di sebelahnya yang berbungkus daun pisang ialah kuih lepat ubi, dan sebelahnya lagi kuih nagasari. Di depannya kuih koci atau di sini lebih dikenali dengan nama kuih Bugis. Di sebelah kuih Bugis itu kuih apam kampung.
Ada kuih apam gula hangus, apam puteri ayu dan kuih kosui. Di hujung sana ada donut dan di depan donut... tak pasti kuih apa. Kadang-kadang ada ubi goreng juga di sini.
Menjala di pagi hari. |
Hendak makan roti jala panas dari kuali pun ada. Selain itu yang panas-panas biasanya soto ayam tapi pagi ini belum ada hidangan soto.
Barongko |
Yang manis-manis pun ada. Ini barongko. Sejenis dessert tradisional masyarakat Bugis. Kena masuk peti sejuk dahulu, barulah enak dinikmati!
Pilihan utama sarapan di sini selain nasi lemak dan nasi kuning, sudah tentu mi goreng dan bihun goreng. Kedua-duanya cepat sangat habis sebab kebanyakan pelanggan yang datang tidak makan di sini sebaliknya mereka beli bungkus untuk di bawa sebagai bekalan ke tempat kerja.
Walaupun habis, tetapi tukang masak akan masak lagi dan pelanggan terus dapat sajian yang masih panas.
Menu wajib setiap hari ada selain mi dan bihun goreng pastinya disajikan kuetiaw goreng!
Tauhu Begedil |
Lauk-pauk yang boleh digandingkan dengan nasi dan segala mi goreng termasuklah ayam goreng. Ayam goreng berharga RM3.00 seketul.
Sambal Ikan Tuna |
Biasanya Amie akan pilih sambal ikan tuna ini jika beli nasi kuning.
Udang Goreng Salut Tepung |
Lama tidak beli udang salut tepung. Tidak pasti berapa harganya. Kalau sotong goreng salut tepung biasanya RM4.00 sepiring kecil. Sekarang tidak disediakan seperti dulu, ambil sendiri dan nanti akan dikira harganya.
Sotong Goreng Salut Tepung |
Paru Goreng Berlada |
Antara lauk-pauk yang kita suka ambil termasuklah paru goreng berlada. Sedap sangat makan dengan nasi lemak atau nasi kuning!
Sambal Tempe pun sedap!
Dan macam-macam lauk lain. Ada kari daging, ada ayam masak kicap, ayam masak tomato dan sebagainya.
Ada ikan bakar!
Semoga Warung Al Amin terus beroperasi, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan perniagaannya.
Awal pagi dah ada perbagai menu ya...... Murah sangat harga....
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamTempat lain harga kayangan. Sini jew murah.
Amboii....macam-macam ada, menarik tu dan murah juga yer harganya.
BalasPadamAwal pagi sudah beroperasi. Ramai singgah beli buat bekal ke tempat kerja.
Padameh..murah nya harga makanan..
BalasPadamayam dekat kafe hospital nie pun rm5.50 seketul kak Amie..
Di sini jew murah Linda. Tempat lain harga kayangan.
PadamBestnya Warung Al-Amin ni, nampaknya mereka ni meniaga sambil sedekah minuman la Kak Amie. Mana lagi nak dapat minuman susu harga RM1.00. Dekat sini teh o paling murah pun RM1.50 kot, cawan kecik.
BalasPadamBetul SK. Sambil bersedekah macam di Khadihaj Cathering.
PadamDi kantin saya harga teh O tanpa gula pun RM2.00. Lain-lain RM2.50.
Macam-macam pilihan ada. Nampak sedap-sedap je.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamRezeki untuk pembeli dan mudah-mudahan murah rezeki untuk peniaga.
Bestlah warung macam ni pagi-pagi, banyak pilihan lauknya.
BalasPadamHarga kuih tu pun masih murah.
Memudahkan urusan sebenarnya ni buka awal pagi. Mana yang keluar bekerja boleh singgah beli.
PadamRambang mata kalau macam ni....Kalau saya kat sana alamat gantung kuali la hari2...baik beli ja murah & banyak pilihan
BalasPadamJom datang sini bagi tambah berat berkilo-kilo Mama Cella hihihii.
PadamDahlah murah banyak pilihan pula tu. Memang jadi tumpuan ramai orang lah datang makan kat sini. Tengok banyak pilihan, tak tahu nak pilih mana satu ni.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamRezeki Allah untuk pelanggan yang datang ke sini.
Banyakmnya menu awal pagi...nampak menarik semuanya
BalasPadamMatahari belum terbit, warung sudah beroperasi. Memudahkan pelanggan untuk beli buat bekal ke tempat kerja.
PadamBeberapa hari yg lalu, saya buat ITIN jika nanti saya JD ke Sabah Serawak kak. Trus saya masukkan juga lahad datu, Krn saya tau tempat kak Amie. Ntah2 bisa ketemu juga kan 😄. Walopun baru sebatas ITIN, belum tahu lagi kapan bisa kesana 😅.
BalasPadamTapi tempat2 yg Kaka tulis di atas, semogalah bisa saya rasa juga nanti 😄