Bismillahirrahmanirrahim.
Memandangkan masa yang diberikan agak singkat, jadi kami segera tinggalkan kawasan Mehdi Coloni dan terus menuju ke Hassan Colony. Encik Mudassir dan Encik Musjid terkejar-kejar mengikuti setiap pergerakan kami! Sekejap masuk kedai kain di sana, sekejap lari masuk kedai kain di sanun!
Kita ini orang perempuan memang selalu mengambil masa yang agak lama untuk membelek-belek kain sebelum mengambil keputusan untuk membeli. Kebetulan pula sebahagian daripada peserta rombongan berminat untuk membeli pashmina, jadi kami tidak perlu menunggu lama di sini sebab tujuan kamui bukan untuk membeli pashmina.
Jom masuk kedai kain yang ini pula.
Kain pakaian untuk wanita yang dijual di sini terdiri daripada tiga helai dalam satu set iaitu untuk pakaian, seluar dan pashmina.
Sukar juga untuk membuat pilihan sebab banyak yang nampak cantik. Tak tahu pula adakah harganya mahal atau murah.... ahaks! Hantam sajalah labu. kalau sudah berkenan, beli sajalah.
Ingat!
Biar menyesal membeli daripada menyesal tak beli!
Biar menyesal membeli daripada menyesal tak beli!
Nanti sampai LD teringat-ingat pula.
Kan dah terkilan.
Kita pun beli tiga set pakaian, tapi yang belum siap berjahit.
Tak ingat harganya tapi dalam berbelas-belas ribu Rupee Pakistan juga.
Kita sudah tempah semua ketiga-tiga set pakaian tersebut. Salah satunya kita sudah pakai sewaktu berkelah di Hutan Rekreasi Taliwas awal November lalu. Pakaian ini ada pashminanya tapi kita tak pakai, sebab terlalu panjang! Mungkin ukuran 190 CM X 75 CM, standard patuh syar'i sehingga boleh dilipat dua.
Kita suka coraknya yang ringkas di bahagian hadapan dan di bahagian bawah. Bukan jenis corak chop. Ia dikait @ dijahit. Kainnya agak tebal tetapi rasa sejuk apabila dipakai. Kita serahkan kepada tukang jahit untuk fesyen yang sesuai tetapi tetap ada ciri-ciri pakaian wanita Pakistan. Pandai tukang jahit siapkan tempahan baju ini.
Tudiaaa.... berkelah dengan kawan-kawan dan tak sabar-sabar menggayakan baju wanita Pakistan. Jadi, memang tak menyesal beli. Cuma yang menyesalnya kenapa beli tiga set sahaja. Issshhhh.... tamaknya Makcik Minah ni!
Cantik kain
BalasPadamKalau ke negara orang, kita bukan tau harga gitu mahal atau murah. Asal berkenan dan mampu bayar, beli jelah kan. Nanti teringat-ingat susah pulak 😆
BalasPadamCantik baju kak Amie. Istimewa sungguh ni sebab bukan corak cop 👍🏽
betul2...biar menyesal beli daripada menyesal tak beli hehehe
BalasPadamsekali tengok coraknya macam corak songket pun ya kak...cantikkkk
BalasPadamAlhamdulillah...ada jugak 3 set sebagai kenangan...hihihi
BalasPadamCoraknya macam ada ala ala corak kita juga.
BalasPadamShopping sakan le nampaknya.
BalasPadamCantiknya baju Kak Amie. Geram betul tengok kedai kain tu hehe.
BalasPadamcantik busana n modelnya comel semua
BalasPadam