Pages

Selasa, 29 Oktober 2024

Shopping Tengah Malam di Karimabad Bazaar

Bismillahirrahmanirrahim.
Salah satu tempat yang tersenarai untuk dikunjungi ketika berada di Hunza sudah tentulah Karimabad Bazaar yang terkenal dengan kedai antik yang unik dan kepakaran tempatan, serta menarik pelancong dari seluruh dunia. Bazar Karimabad terkenal dengan keunikannya dalam komuniti pelancong. Di sini anda akan menemui kraftangan tempatan, permaidani buatan tangan yang diperbuat daripada Hunza, buah-buahan kering, topi bersulam tradisional, selendang, kain tenunan tangan, dan batu permata.

Sayangnya, kami tiba di Hunza apabila malam sudah menjelma, dengan urusan makan malam dan daftar masuk hotel pula! Jadi, ramailah yang enolak untuk meneruskan perjalanan ke Karimabad kerana sudah keletihan. Sepatutnya kami 'wajib' berkunjung ke Karimabad Bazaar! Rupanya keesokan harinya kami akan bertolak awal pagi untuk destinasi seterusnya. Jadi, tidak dapatlah kami jejak kaki ke Karimabad Bazaar.

Apa perasaan?
Sudah tentulah terkilan yang amat sangat! Sudah masuk hari ketiga tetapi Rupee Pakistan belum luak!

Setelah berbincang dengan Encik Mudassir, Encik Musjid dan Mumtaz Khan, akhirnya mereka bersetuju untuk membawa kami ke Karimabad Bazaar selepas makan malam. Alhamdulillah, perjalanan tidaklah begitu jauh hanya sekitar 20 minit pemanduan sahaja.

Sampai terduduk-duduk memilih barangan yang hendak dibeli.


Ketika ini Karimabad Bazaar sudah lengang.
Gelap di sana sini. Hanya ada beberapa buah kedai yang masih beroperasi.


Kena jalan kaki naik bukit untuk sampai ke kedai jualan.


Pashmina warna-warni menarik mata yang memandang!



Tak banyaklah gambar yang dapat dikongsikan kerana kunjungan kami terhad ke beberapa buah kedai sahaja.


Kami bertumpu di kedai pashmina. Masing-masing memborong pashmina samada untuk sendiri, keluarga dan orang yang tersayang.






Ketika ini memang susah hendak mengambil keputusan untuk membeli apa sebab rasa kelam kabut dan hendak cepat.


Dapat beli lima helai pashmina. Cukuplah.


Ehh... menyinggah lagi kedai lain.




Terima kasih Encik Musjid, ambilkan gambar.


Bolehlah direnung-renung gelagat masing-masing ketika berada di Karimabad Bazaar pada malam itu!


Tengah malam itu sebenarnya sudah pukul 2 pagi di negara kita!
Alhamdulillah, sampai juga ke Karimabad Bazaar walau hanya seketika. Walau hanya main rembat-rembat dan bayar saja.
Kalau tidak, memang terkilanlah sepanjang jalan, sampai balik LD!

14 ulasan:

  1. Shopping time yeyyy. Ya lah dah sampai sana kan, mesti lah nak capai souvenir dll jugak buat diri sendiri dan keluarga. Cantiknya pashmina dll tu Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, pashmina ya cantik-cantik dan berkualiti.

      Padam
  2. Table runner ke tu... cantiknya, colouful!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai....tablet runner tu masih tersimpan dalam beg. Belum dibuka🤭

      Padam
  3. Fuh! Beranak-beranak la beg time balik ni....

    BalasPadam
  4. Berat betul rupee tu cikgu..sampai terduduk duduk tu🤭

    BalasPadam
  5. Ini betullah, biar menyesal beli dari menyesal tak beli. Tengah malam pun kedainya buka lagi ya, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan SK.
      Prinsip tu kena bawa ke mana-mana, jangan pernah dilupa.

      Padam
  6. Barang-barang yang diperdagangkan sangat menarik, Mbak.
    Sepertinya Mbak banyak belanja, untuk sendiri dan untuk suvenir ke teman dan saudara...

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ini tempat pertama kami singgah untuk shopping. Belilah juga sedikit untuk kenangan.

      Padam
  7. Setuju kak Amie. Kalo saya di sana pun, saya tetep akan pergi ke bazar walo dah malam 🤣. Better menyesal Krn terlalu banyak beli drpd tak datang samasekali.

    Apalagi waktunya memang dah sempit sangat kan . Selagi ada kesempatan, bagus pergi. Malah enak, Krn dah sepi. Mungkin saja harga JD lebih murah 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa....memang fikiran traveller yang bijak!
      Saya pun tidak menyesal membeli. Lagi menyesal tak beli. Nanti balik sampai rumah terus teringat-ingat. Hendak datang semula, belum tentu!

      Padam