Pages

Selasa, 29 Oktober 2024

Makan di Tuk Tuk Tomyam Restaurant KK Sabah

Bismillahirrahmanirrahim.
Cuti Deepavali sudah tiba! Tiba-tiba kita rasa hendak terbang balik Kampung Bukit Hijau. Maka dengan izin Allah petang tadi kita terbang dari LD ke KK. Flight delay pula! Sepatutnya penerbangan kedua akhir, tetapi dapat terbang pesawat terakhir! Syukurlah tidak delay sampai esok pagi. Kalau tidak, tak dapatlah terus terbang ke Malaya!

Sampai KK pukul 5 petang, Fairuz sudah menunggu di lapangan terbang. Isi dulu perut di Tuk Tuk Tomyam Restaurant KK Sabah.

Tuk Tuk Phad Thai


Lain macam rasanya kali ini naik MASWings dari LD ke KK. Macam naik pesawat lama pula. Ketika naik berbunyilah segala sendi-sendi pesawat seperti terlalu berat bebanan yang dibawa. Oleh kerana kita terus lelapkan mata sebab mengantuk, tidaklah kita melayan sangat karenahnya. Memang rasa panas sepanjang penerbangan seolah-olah pendingin hawa tidak berfungsi. Penumpang di sebelah kita asyik berkipas, dan memang di dalam pesawat disediakan kipas di depan tempat duduk. Kita yang tertidur semakin lena sebab dapat angin dari kipas orang sebelah. Ketika pesawat menaik, terasa gegarannya dan pergerakannya agak terganggu beberapa minit kerana awan tebal.

Ketika mendarat di Lapangan Terbang KK, badan pesawat seakan terseret-seret di atas landasan. Teringat kita tahun 2012, pada hari Selasa kita terbang dari LD ke KK dan MASWings mendarat dalam keadaan 'kasar' dan keesokan harinya kita keguguran di rumah Bonda. Aduhai...tak tahulah yang gugur itu kakak atau abang Firdaus. Al-Fatihah untuk arwah Mohd. Fateh (nama yang diberikan untuk kandungan yang gugur itu).


Pramugari MASWings edarkan makanan dan minuman ringan.


Snack dalam MASWings.


Fairuz bawa makan di Tuk Tuk Tomyam Restaurant KK.

Teh O, Chinese Tea Ping, Ice Lemon Tea & Fresh Pineapple Juice RM23.70.


Fairuz : Pattaya Fried Rice RM12.90


Gai Ho Bai Teoi (Pandan Chicken) RM18.90

Tomyam Mixed (M) RM23.90


Fresh Roll RM7.90


Amie : Tuk Tuk Phad Thai RM19.90

Prawn Roll RM12.90


Sedihlah tengok rupa Prawn Roll itu... 
Jumlah keseluruhan makan tiga orang termasuk cukai 6% - RM127.31 sen.

Wokey!
Malam ini kita tidur di rumah Abang Aznan.
Esok pagi kita terbang naik pesawat FireFly dan mendarat di Subang. Eh, sudah seumur Fairuz tidak pernah jejak Lapangan Terbang Subang! Tiba-tiba kali ini ke situ pula terbangnya, dan bukan hinggap di KLIA!

18 ulasan:

  1. Wah...Semoga dimudahkan urusannya ..Pasti bonda di sini sudah teruja menanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Selamat sampai dan jumpa Bonda serta keluarga.

      Padam
  2. Saya kalau naik kapal terbang, memang macam-macam saya baca.. Yang paling penting, mengucap dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Saya pun kalau pesawat sudah mula buat perut naik turun, memang terus mengucap.

      Padam
  3. Siapa lagi sorang, Kak Amie? Mesti tak pandai goreng makanan frozen yang goreng Prawn Roll tu, tapi yang semua lain nampak menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kawan Fairuz.
      Sayang betul prawn roll tu begitu rupanya.

      Padam
  4. seronoknya balik Malaya...makanan semua nampak sedap di Tuk Tuk tu...cuma prawn roll tu sedih rupa parasnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.
      Lain kali janganlah hidang rupa begitu untuk pelanggan. Kesian kita....

      Padam
  5. Alhamdulillah ada rezeki dapat ziarah bonda.
    Selamat bercuti Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PH.
      Alhamdulillah, walaupun tak lama dapat juga ziarah bonda dan keluarga.

      Padam
  6. Safe journey cikgu.
    Pasti tak sabar jumpa bonda.

    BalasPadam
  7. dah gambar-gambar amie large, kena lighting cantik, lapar sungguh singgah sini petang hari haha :)

    BalasPadam
  8. Aissh gosong pula ya kak Amie 😅😅.

    Saya sbnrnya takut kalo naik pesawat kecil baling2 itu. Apalagi baru2 ini ada kejadian pesawat baling2 jatuh SAM Air jatuh di bandara kecil Gorontalo. Sedih sangat. Makanya kalo dah nak pergi ke daerah yg bandara kecil, saya selalu cari option jalan darat. Kalo memang tak ada, barulah banyak2 doa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa...lama tak dengar gosong. Sama ke dengan geseng?
      Tak ada pilihan flight dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. MASWings saja yang ada.
      Kena tawakal sajalah kan dik

      Padam
  9. Al Fatihah buat Mohd Fateh.
    Kami pernah naik Pelangi Air, lagi kecil dari bas di dalamnya. Kipas kena dipusingkan oleh pilot dulu hehe.
    Selamat Bercuti Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mulan.
      Nampaknya banyak lagi jenis penerbangan domestik yang belum saya cuba.

      Padam