Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah puas melihat pemandangan gunung-ganang dan lembah serta sungai, mari kita singgah di Janisar Dry Fruit Ginni. Kepada peminat buah atau makanan kering bolehlah beli untuk dimakan dalam perjalanan atau dibawa pulang sebagai oleh-oleh.
Kacang Pistachio Iran |
Banyak sungguhlah buah-buahan kering di sini, sampai tak tahu hendak melihat atau membeli yang mana. Bagaimanapun selain kacang gajus, mata terpikat pula dengan kacang pistachio.
Rambang mata!
Selain kacang-kacang dan buah-buahan kering, pelbagai jenis jem juga ada di sini.
Rupanya ada dua jenis kacang pistachio iaitu keluaran tempatan dari Pakistan dam import dari Iran. Kacang pistachio Pakistan kulitnya keputih-putihan manakala pistachio Iran kulitnya agak kekuning kemerahan dan ada rasa masin garam. Tak ingat berapa harga pistachio tempatan. Pistachio Iran kalau ikut duit kita berharga RM80.00 sekilogram. Tapi bayar ikut Rupee Pakistan.
Kacang Gajus & Kacang Pistachio |
Sekarang sudah pukul 6:34 petang waktu Pakistan.
Kita teruskan perjalanan.
Masih lagi melalui jalan gunung-ganang!
Maknanya sepanjang hari kami bergerak bersama gunung.
Pagi gunung.
Pagi gunung.
Tengah hari gunung.
Petang gunung.
Petang gunung.
Malam .... melalui lereng gunung tapi sebab gelap tak nampaklah gunung!
Apalah yang dibawa dalam karung sampai melimpah-ruah terkeluar dari tempat letak barang?
Muatan bawang kot?
Ada orang panggil kacang cerdik. Sy suka sangat.
BalasPadamYa, kacang cerdik pun namanya juga.
PadamHaa...kat KL pun ramai panggil kacang cerdik...
BalasPadamBetul, saya pun biasa dengar kacang cerdik.
Padampelbagai jenis kacang sedap boleh borong bawa balik tu amie
BalasPadamBetul Kak PI.
PadamBestnya tengok berbagai kacang-kacangan serta buah2 kering dijual dikedai situ.
BalasPadamRambang mata dibuatnya kan Diela.
PadamOkla tu 24 jam bersama gunung dan gunung hehehe... Sana mmg makanan harian ada kacang.. tu yg penuh kacang dijual... Best nyer..
BalasPadamKan...memang hari-hari kacang... Kari kacang kuda, makan dengan roti naan / paratha.
PadamNengok pun rambang mata kalau dah banyak² gitu.
BalasPadamYa, tak tahu nak pilih mana satu. Tapi biasanya pilih kacang cerdik sajalah.
Padameee geramnyaaa kalau masuk kedai mcm ni
BalasPadamrs nak borong semuaaaa
Hahaaa. .. macam rupa kedai kain juga kan Anies! Bersusun-susun kacangnya.
Padamhahahahahah sbenernya melihat mobil yg membawa banyaaaak beban sampai keluar2 gitu, saya jd ingat beberapa daerah di Indonesia yg truknya begini wkwkwkwkwkw.... selagi bisa dibawa, angkut sebanyak2nya hahahha
BalasPadamoh beda pula pistachionya ya kak... saya sebenernya tak terlalu suka pistachio.. kalo di dalam coklat sukaaa, tapi kacang aslinya ini tak suka.. atau mungkin krn selama ini dpt yg tak terlalu sedap.. waktu beli di arab soalnya
Sedap pula yang dari Iran ni Fanny.
PadamBanyak saya beli buat oleh-oleh.