Pages

Isnin, 28 Oktober 2024

Jumpa Keropok di Tajine Premier Best Western Hunza

Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul 10:38 malam waktu Pakistan bersamaan pukul 1:38 pagi waktu negara kita, maka sampailah kami ke tempat penginapan di Hunza iaitu Premier Best Western Hotel. 

Ketika buka mata, rasa berpasirlah pula! Antara mamai-mamai dengan sedar tak sedar, kami pun daftar masuk hotel.

Memandangkan masa yang sudah begitu lewat, kami terus dipersilakan masuk ke dewan makan ' Tajine' untuk makan malam. Nampaknya setiap malam kami 'sahur' di Pakistan.


Makan malam di Tajine Premier Best Western Hunza.




Sewaktu kami tiba, kami dihidangkan dengan minuman pembasah tekak.



Pelayan hotel menghidangkan minuman oren dan laici.



Walaupun sudah larut malam, apabila ditawarkan minuman memang tak tolak!



Jom masuk Tajine.



Biarpun mata mengantuk, tapi kena beri makan HP dulu.


Paling menarik apabila terpandang keropok! Bukan keropok papadom tapi macam keropok di tempat kita.


Ambil gambar saja, tapi tak tahu apa nama menu yang dihidangkan.



Ada manisan juga.


Pakistani - Style Roast Chicken Tighs

Di bawah ayam panggang ini ada nasi beras bashmati berperisa. Sudah lewat malam, tidaklah dapat menikmati sepenuhnya. Nanti makan banyak, tak boleh tidur pula sebab perut penuh.


Pakora

Yang ini goreng-gorengan pula seakan-akan pakora iaitu pelbagai bahan gorengan disalut tepung berempah seperti bawang, peria,  kentang, bayam, kubis bunga, cili dan sebagainya.

Chicken Corn Soup Pakistani


Jom makan.
Bismillah.

Dessert

Pokara


Alhamdulillah.
Cukuplah jamah sedikit untuk alas perut. Tapi kita ambil lagi beberapa keping keropok. Sedaplah pula makan begitu sahaja. Lagi pula inilah kali pertama jumpa keropok ala-ala Malaysia Indonesia.
Tak sabar hendak bersihkan diri, solat jamak dan berehat di bilik.
Jumpa lagi!


16 ulasan:

  1. Dah lewat malam pun masih tersedia makanan buffet. Ni untuk grup kak Amie je atau memang makan makan untuk semua tetamu hotel?

    Walaupun penat mengantuk, bab ambil gambar tetap larat walaupun sekeping dua. Kenangan semua tu 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini khas untuk kami sebab pakej menginap di sini termasuk dinner dan sarapan. Hotel sudah maklum jam berapa kami sampai. Jadi semua hidangan dalam keadaan panas ketika dihidang.

      Padam
  2. Jadi setiap makan malam ibarat makan sahur di negeri sendiri ya Mbak...
    Itu menu makannya istimewa sekali Mbak. Eh ada kerupuk juga. Apakah kerupuk juga makanan sehari-hari disana Mbak?

    Selepas makan malam, pastilah tidurnya nyenyak sekali.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ibarat sahur di negara sendiri kerana setiap malam trip kami sampai lewat malam.
      Pertama kali ini kami jumpa keropok macam di negara kita. Di hotel lain tiada.

      Padam
  3. Jadual masa untuk sampai ke tempat penginapan tu memang sudah ditetapkan ke sebab walau sudah malam makanan telah tersedia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang agen sudah tahu pukul berapa boleh sampai hotel. Pihak hotel sudah bersiap sedia tunggu kedatangan kami dan terus hidangkan makan malam.

      Padam
  4. Kak Amie, ni semua untuk dinner ke? Pukul berapa tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, semua untuk dinner.
      Lebih kurang pukul 10 malam, tempat kita pukul 1 pagi.

      Padam
  5. Nampak sedap sangat semua juadah tu. Walaupun lewat tetap kena makan takut perut kosong. Dessert tu yummm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Kena isi perut juga walau sedikit. Takut masuk angin.

      Padam
  6. Dah lewat malam tapi masih banyak menu nya ye kak... ke memang itu la waktu makan malam di hotel tu? nampak menyelerakan semua makanan cuma itula mata yg tak boleh bg kerjasama, dan perut jugak. Makan lewat2 risau perut bt hal kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua makanan tu untuk trip kami. Memang hotel sudah maklum dan menunggu kedatangan kami untuk daftar masuk hotel dan makan malam.

      Padam
  7. Seronoknya..berbeza dengan layanan hotel di negara kita ye kak...kalau dah tgh malam memang xde disediakan makanan ala buffet...apapun jadi la untuk alas perut..janji tak tidur dalam kelaparan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barangkali sebab sudah ditempah, ataupun hotel sudah biasa menerima kedatangan tetamu pelancong lewat malam sebab perjalanan jauh.

      Padam
  8. Hahahaha saya pun jenis yg kalo makan wajiiib ada kerupuk kak Amie. Macam ada yg kurang kalo ga dengar suara crispy kerupuk 🤣.

    JD kalo sampai ada, di negara yg tak disangka, memang happy lah pasti

    BalasPadam
  9. Ya, di Indonesia memang wajib ada kerupuk kan dik.
    Itulah rasa seronok sangat jumpa keropok di Pakistan.

    BalasPadam