Pages

Ahad, 27 Oktober 2024

Borong Epal Pakistan di Danyor

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengarnya kalau tiba musim buah di Pakistan memang meriah sungguh! Tak dapat masuk ladang buah, tengok gerai buah pun jadilah. Memang teruja sungguh apabila melalui pekan, terlihat gerai-gerai buah di tepi jalan. Cantik warna-warni buah-buahan yang dijual seperti epal, pear, mangga dan sebagainya.

Kami berkesempatan juga mengunjunngi gerai buah di Danyor tetapi pada waktu malam dalam perjalanan ke Hunza.

Pemandangan gerai buah-buahan di waktu malam di Danyor.


Sebelum itu kami berhenti seketika di sini.




Pertembungan Banjaran Himalaya - Karakoram - Hindu Kush






Tiga Puncak Tertinggi di dunia - Karakoran, Hindu Kush dan Himalaya.


Kawasan Gilgit Baltistan ini boleh dikira sebagai salah satu kawasan paling spektakular di Pakistan. Ini adalah kerana terdapat kawasan yang menemukan 3 puncak tertinggi di dunia iaitu Karakoram, Hindu Kush dan Himalaya.







Mumtaz Khan berhentikan van di kawasan gerai buah-buahan yang terletak di kiri dan kanan jalan. Walaupun malam sudah menyelimuti kawasan sekitar, namun gerai buah tetap nampak meriah.




Banyak pisang masak di jual di sana-sini, tetapi tak pernah sekali pun kami jumpa pisang goreng atau cekodok pisang... ahaks! Agaknya penduduk Pakistan suka makan pisang begitu saja.


Buah epalnya pun pelbagai jenis dan warna. Ada saiz besar dan ada saiz kecil.
Harganya pula, murahlah sangat. Sekilogram hanya RM6.00 sahaja kalau ikut mata wang kita.




Wangi bau epal!


Selain buah-buahan, ada juga sayur-sayuran.




Tembikai ini walaupun warnanya agak pudar, tetapi rasanya sangat manis!








Ada anggur tempatan. Saiznya lebih kecil.


Selain buah epal, kita beli buah delima juga.



Buah pir @ pear.



Kemi dengan Jusna memilih buah apa tu?


Leka memilih anggur!

Rakaman video kenangan beli buah di tepi jalan.



Ketika van meninggalkan gerai buah, mata sudah tidak mahu bertolak ansur lagi. Terus terlelap dan sempat mimpi daftar masuk hotel!



16 ulasan:

  1. seronoknya Amie kak ana tengok buah-buahan kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wangi jew aroma 🍎🍎🍎 tu.

      Padam
  2. Nampak segar-segar buahnya. Cuaca di sana mungkin sesuai untuk tumbuh-tumbuhan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, September memang musim buah di Pakistan.

      Padam
  3. Best betul tgk apples nya kan. group i last time dpt makan cherries. meriah sungguh. siap bawak balik. takat RM5 sekilo you. sakan depa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang murah sangat harga buah di sini. Anggur dan delima pun murah.

      Padam
  4. pastilah buah2an di sana segar dan manis... krn cuaca daerah mana sejuk kan.. buah2 ini memang lebih cocok tumbuh di tempat sejuk. saya pun kalo dah ketemu banyak buah begini kak, pasti tertarik beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Istimewanya semuanya buah-buahan tempatan. Di gerai lain yang dapat dilihat dari van cantik-cantik buahnya, warna warni hijau pear, kuning mangga dan peach, merah epal ...best.

      Padam
  5. Meriah buah-buahannya tu.
    Epal tu kalau dah banyak-banyak boleh buat jus.

    BalasPadam
  6. Banyaknya buah, tak banyak beza dengan buah di negara kita ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, di negara kita epal dari oversea🍎🍎🍎

      Padam
  7. buah nya tu...puas hati tengok...sebab banyak dan murah pulak tu

    BalasPadam
  8. Banyaknya buah epal, geram tengok dan hargapun murah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Murah sangat. Kami beli sampai tak habis makan.

      Padam