Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga hari ini suasana terus ceria hingga ke petang. Cuaca sangat nyaman, sejuk-sejuk hangat oleh sinaran matahari Ahad. Intai melalui jendela, tompok-tompok awan putih sangat cantik bergantungan di angkasa berlatar belakangkan langit biru terang. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah yang menjadikan langit dengan segala cakerawala, menjadikan siang berganti malam dan menjelmakan suasana pagi dan siang yang terang benderang!
Pagi ini, di atas pinggan sarapan penuh warna-warni hidangan seakan-akan taman hati yang tenteram. Menu sarapan kami tidak dirancang. Turun ke ruang tamu, tanya Encik Suami hendak sarapan apa? Encik Suami sudah renih teh di atas dapur. Hendak keluar mencari sarapan di pasar tani, tak rajinlah pula hendak menyiapkan diri. Baiklah ke dapur. Tengok apa baki makanan yang ada.
Maka terkumpullah bahan-bahan berikut:
- Roti gandum
- Cendawan shiitake segar
- Lobak merah
- Romaine lettuce
- Jagung manis
- Sup cendawan
- Telur
- Buah-buahan
Tidak lama kemudian, terhidanglah di atas meja sarapan ala-ala orang barat sikit. Suka sangatlah Firdaus dapat meratah telur dadar dan buah-buahan ditambah yogurt. Encik Suami pula sudah tentu menyantap salad romaine lettuce yang ditambah tomato ceri, gaul dengan Kewpie Sesame Roasted Dressing dan perahkan jus lemon.
Sarapan Hujung Minggu |
Bukan selalu dapat sarapan bersama kecuali hari cuti bekerja atau hari minggu sahaja. Hari-hari lain masing-masing kena pandai-pandailah cari ikhtiar hidup untuk alas perut. Sesekali sediakan sarapan untuk keluarga memang menyeronokkan. Apalagi setelah melihat warna-warni dalam hidangan.
Salad & Buah |
Hirisan buah epal hijau, epal merah dan mangga udang. Tuangkan yogurt sebelum dihidang.
Hirisan romaine lettuce, dihias dengan hirisan tomato ceri dan lemon. Tuangkan Kewpie Sesama Roasted Dressing. Perahkan jus lemon. Cukup rasa!
Telur dadar gulung isi hirisan lobak merah, capsicum hijau dan bawang Holland.
Habis licin telur dadar gulung oleh Firdaus dan Encik suami.
Jagung Manis Rebus & Cendawan Shiitake Panggang |
Cendawan shiitake segar ini Amie panggang tetapi bubuh sedikit minyak sapi. Tidak ada minyak zaitun, guna minyak sapi pun tetap sedap, malah naik aromanya! Tambahkan bawang Holland cincang dan secubit lada hitam, garam dan perasa. Jagungnya pula, jenis jagung manis. Amie rebus dan hiris. Kedua-duanya, cendawan dan jagung manis pun habis licin.
Roti Gandum Panggang |
Roti Gandum ini Amie potong memanjang dan panggang selama 10 minit dalam air fryer. Sedap celup dalam sup cendawan ketika masih panas.
Sup Cendawan |
Pinggan sarapan penuh dengan warna-warni makanan. Rasanya hidangan begini tidaklah terlalu berat kerana sebahagian besarnya berasaskan fiber seperti salad dan buah-buahan. Ada protein iaitu telur dan karbohidrat seperti jagung dan roti.
Jemput sarapan sama.
Selamat berhujung minggu bersama yang tersayang!
slmt thn baru
BalasPadamalhamdulillah
terbaikk menu2nya yg penting bersama family
salad buah tu paling mengancam sy
Selamat menyambut Awal Muharam 1446H.
PadamAlhamdulillah. Suka-suka menjamu selera keluarga kecil kami.
salam tahun baru maal hijrah sis amie sekeluarga!
BalasPadamwaah! sedap + healthy menu semua ni! sedapnyaa!
Salam Maal Hijrah 1446H Ana.
PadamIn syaa Allah, dah berusia ni kena jaga perut pula hehehehe.
Cantik kejadian telur gulung...lengkap semua gizi makanan..terbaikkk..
BalasPadamTerima kasih Nohas. Alhamdulillah.
PadamBerwarna warni sarapan Kak Ammi.. Mengancam mata dan selera..
BalasPadamTerima kasih Sha.
PadamJemput ye.
tuuuu diaaaaa breakfast kalah org london tu😁terbaiklah kak👍👍👍👍
BalasPadamHohohooo... pinjam idea sarapan orang London!
PadamYa Allah rajin sungguh kak Amie memang, semuanya nampak menggoda mata dengan plating cantik begini 🤣🤣🤣. Yoghurt plain dimakan dengan aneka buah memang jadi jauuuh lebih nikmat
BalasPadamTerima kasih dik Fanny.
PadamYa, memang bagus makan buah dengan yogurt untuk perut kita.