Pages

Sabtu, 6 Julai 2024

Pisang Muda Masak Lemak dengan Ikan Talang Masin

Bismillahirrahmanirrahim.

Sepanjang hari ini cuaca sejuk saja. Rasanya hendak melingkar saja dalam bilik. Mana tahu apabila perut lapar tiba-tiba datang hidangan di sebelah bantal.  Ah, mengarutlah pula ... ahaks! Menjelang tengah hari terus bersilat di dapur. Encik Suami belikan latok dan rumpai laut. Elok sangatlah digandingkan dengan ikan panggang.


Hidangan tengah hari:
  • Nasi Putih
  • Ikan Bulan Bakar
  • Pisang Muda Masak Lemak dengan Ikan Talang Masin
  • Latok
  • Kerabu Rumpai Laut
  • Sambal Belacan
  • Buah Betik & Mangga Udang


Inilah pisang lemak manis yang Encik Suami tebang di belakang rumah. Tak sabar-sabar kita hendak masak lemak dengan ikan talang masin.

Ikan Bulan

Ikan bulan ini Amie panggang sahaja di atas kuali leper. Masak elok dalamnya. Firdaus suka sangat meratah cecah dengan sambal belacan dan latok.

Rumpai Laut

Rumpai laut ini Amie buat kerabu. Minta Encik Suami intai-intai rumpun pokok kantan, dapatlah sekuntum bunga kantan. Bolehlah tambahkan sebagai perencah kerabu rumpai laut. Sebelum itu, rumpai laut ini kenalah dicelur terlebih dahulu. Kemudian barulah digaul dengan hirisan bawang merah, cili padi, belacan, garam, gula dan perahan limau kasturi. Oh... lupa pula. Amie bubuh mangga sedikit.

Pisang Muda Masak Lemak dengan Ikan Talang Masin

Pisang Muda Masak Lemak dengan Ikan Talang Masin ini Amie bubuh rempah jintan manis dan ketumbar biji. Amie kisar kasar bersama cili padi, kunyit hidup, udang kering, bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumis bersama serai. Untuk aroma yang lebih menyegarkan, Amie masukkan daun kunyit.


Ikan bulan ini Amie anggap sebagai ikan terubuk... ahaks! Memang tidak ada ikan terubuk di LD. Lama dulu memang ada, tapi dibawa masuk dari Sarawak. Sejak tahun 2000, tidak pernah lagi jumpa ikan terubuk. Jadinya, kami jadikan ikan bulan sebagai pengganti ikan terubuk. Walaupun rasanya tidak 100% sama tetapi isinya berlemak dan kalau dipanggang akan keluar minyak seperti panggang ikan terubuk.


Sambal Belacan pencecah latok dan ikan bulan panggang.

Latok

Kerabu Rumpai Laut

Betik dan Mangga Udang

Selalunya Amie hidangkan hirisan mangga manila, tapi sejak dua tiga hari ini mangga manila dari pokok jiran belakang rumah sudah jarang gugur. Amie gantikan dengan hirisan mangga udang dari pokok sendiri pula.

Pisang Muda Masak Lemak dengan Ikan Talang Masin

Resipi Pisang Muda Masak Lemak dengan Ikan Talang Masin
Bahan-bahan:
  • 15 biji pisang muda - pisang lemak manis - siat kulit - potong 2 - rendam dalam air
  • 4 keping ikan talang masin - rendam seketika untuk kurangkan masin
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering 
  • 1 sudu besar jintan manis kasar
  • 1 sudu besar ketumbar biji
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  3. Masukkan serai dan pisang muda.
  4. Gaul rata. Tambahkan air.
  5. Biarkan mendidih sehingga pisang muda masak.
  6. Kemudian masukkan ikan talang kering.
  7. Seterusnya tuangkan santan pekat, daun kunyit, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  8. Setelah kuah mendidih sekali lagi, kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Jemput makan!


6 ulasan:

  1. apa2 yg ada ikan masin ni mesti sedap 😋

    Salam Maal Hijrah Kak Amie sekeluarga 🌸 Semoga 🇵🇸 beroleh kemenangan tahun ni 🤲🏻

    BalasPadam
  2. Tiba2 terliur dengan ikan talang masin. Latok tu pun saya makan juga. Meletup dalam mulut.....sedap...

    BalasPadam
  3. Yummy!! gulai lemak pisang dgn ikan masin..latok x pernah mkn...rumpai laut prnah mkn..

    BalasPadam
  4. Pisang mudan dengan ikan masin memang sedap.. Sha teringin nak mencuba latok tu tapi tak terbeli lagi..

    BalasPadam
  5. masak lemak kalau ada ikan masin fuhhh mmg bertambah2 sy mkn kak

    BalasPadam
  6. Anggur laut atau seaweed itu saya penasaran sangat rasanya 😍😍😍. Kalo dibuat kerabu bisa saya bayangkan rasa asam manis pedas nya. Pasti sedap dan fresh 🤤

    BalasPadam