Pages

Jumaat, 28 Jun 2024

Cuci Mata di Babaoğul Bazaar

Bismillahirrahmanirrahim.

Tempat pertama yang kami kunjungi di Istanbul pada pagi Jumaat ialah Babaoğul Bazaar, tempat jualan cenderahati, manisan dan pelbagai oleh-oleh lain yang boleh dibeli. Bagaimanapun hati tidaklah teruja sangat sepanjang berada di sini. Gambar yang diambil pun hanya sekadarnya sahaja. Barangkali disebabkan masih terkejut dan memikirkan kehilangan duit LIRA yang baru sahaja berlaku.

Powder Drink Alibaba

Kedatangan kami disambut dengan pelbagai jenis minuman Powder Drink Alibaba seperti delima, lemon, kiwi dan epal. Walaupun kurang bersemangat untuk membeli-belah, tetapi dengan tak sengaja terbeli juga dua pek minuman ini. Setiap pek mengandungi enam kotak powder drink yang berbeza.

Babaoğul Bazaar


Kami juga disajikan dengan pelbagai manisan untuk dicicipi.


Pelbagai jenis Delight Turkish.





Di sini, urusan jual beli boleh gunakan mata wang EURO.





Ketika kami datang, memang ramailah pelanggan di sini. Seperti biasa Amie hanya ambil gambar (kalau boleh) tidak melibatkan 'orang'. Jadi, seolahnya tempat ini kelihatan sunyi.

Turkish Delight

Turkish Delight dalam gambar di atas nampak menarik. Harga satu bungkus 10 EURO, dan di dalamnya ada enam kotak kecil. Memang sesuai untuk dijadikan oleh-oleh atau dihadiahkan kepada seseorang.



Memang tak cukup mata memandang pelbagai macam manisan yang menarik! Selain membeli beberapa jenis cendera kenangan, Amie beli juga beberapa kotak manisan. Kemudian Amie meninjau-ninjau keychain dan juga cendera kenangan lain.

Ketika Amie sedang memilih cendera kenangan, Nancy datang memeluk lengan Amie. Katanya : Nanti kita bayar di kaunter sama-sama ya.
Aduhai! Terharunya rasa.
Kita jawab : Terima kasih Nancy. Saya ada baki EURO yang boleh digunakan untuk membayarnya nanti.

Tidak lama kemudian, terserempak dengan Lucy sewaktu kita memilih keychain. Kata Lucy: Kita bayar sekali nanti ya.
Kita rasa hendak menangis. Kita jawab : Terima kasih Lucy. Saya rasa baki duit EURO saya sudah mencukupi untuk digunakan.

Turkish Baklava
Turkish Delight
Powder Drink


Ini sahajalah yang dapat Amie tuliskan kenangan di pagi hari yang dingin tetapi rasa suram di hati.

9 ulasan:

  1. Allah, dugaan bercuti ye Kak :(
    Alhamdulillah kawan² semua baik hati nak tlg bayarkan 👍
    Sy ada sehelai pashmina mak mertua bawa balik dari Turkiye ☺️

    BalasPadam
  2. Menarik semuanya. Bestnya dapat pi negara orang.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Kawan2 semua terbaik.. Hilang sikit rase kedukaan, kerna kebaikan kawan2x..

    BalasPadam
  4. Semoga suatu hari nanti saya dapat berkunjung ke Turkeye

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. Allah hadirkan kawan² yang sangat prihatin dan baik hati.

    Dalam dugaan ada sedikit kemanisannya.

    BalasPadam
  6. Saya rasa, inilah manisan yang dikirimkan hadiah top komentar dari Kak Amie. Rupanya masa beli ni Kak Amie sedang berhati rawan. Mujurlah ramai teman-teman yang baik hati ajak bayar sama².

    BalasPadam
  7. Banyak juga manisan-manisan .. souviner pun cantik ..

    BalasPadam
  8. Baik2 sangat teman kak Amie ❤️.

    Barang2 souvenirs Turkiye ini memang cantiiik. Tapi saya jarang mau membeli Turkish delight. Dulu sebelum coba rasanya memang lah macam menggoda. Tapi saat dah coba, saya tak kuat dengan manisnya 😅. Jadi waktu ke turkiye trakhir, LBH banyak beli coklat dan selendang mereka.

    BalasPadam