Pages

Ahad, 5 Mei 2024

Makan Malam di Hotel Luani Artë di Shkodër, Albania

Bismillahirrahmanirrahim.

Menjelang pukul lapam malam, kami tiba di Shkodër, Albania. Bas berhenti di hadapan Luani Artë. Memandangkan waktu sudah agak lewat, jadi kami diarahkan meletakkan beg masing-masing di lobi dan terus ke dewan makan. Alhamdulillah. Pucuk dicita, ulam mendatang. Perut yang lapar sudah tentu bersorak gembira kerana sebentar lagi akan diisi.

Menu pilihan Amie sewaktu makan malam.

Hotel Luani Arte




Ketika kami tiba di dewan makan, bekas hidangan masih kosong. Tidak lama kemudian datang pekerja hotel membawa hidangan panas yang diletakkan di dalam bekas makanan yang kosong tadi.


Ruang makanan kelihatan tersusun kemas.




Albanian Chicken & Potato

Tidak sabar rasanya hendak 'menerkam' makanan yang sedang dihidangkan. Peha ayam panggang ini nampak sungguh menyelerakan!


Albanian Risotto Style

Albanian Traditional Soup


Roti

Kobis Putih & Kobis Ungu

Daun Salad + Tomato + Zaiton Jeruk + Timun + Salad Campur


Bismillahirrahmanirrahim.
Bekas seperti gelas warna merah di belakang pinggan salad itu ialah rice pudding.
Ada beberapa jenis dessert yang disediakan tetapi semuanya nampak manis. Rice pudding sahaja yang manis-manis manja.


Ambil jugalah sekeping roti. Boleh celup sup panas. Setakat makan seketul peha ayam dengan seco'et risotto mana kenyang.... ahaks! Tapi kalau ambil banyak kentang memang boleh kenyanglah. Lagi pun hari sudah malam, setakat alas perut sudah memadai sebab selepas itu memang akan pengsanlah sampai ke pagi!


Albanian Traditional Soup yang dihidang panas ini memang menggoda selera apabila bertemu dengan roti dan terus bawa ke mulut.



Alhamdulillah.
Rezeki Allah, dapat menikmati makan malam di Albania.


Penutup makan malam, memang tak lepas peluang untuk hirup minuman panas. Amie ambil Kraco Cay Jeshil. Cay itu agaknya maksudnya teh, sama dengan bahasa yang digunakan di Croatia dan Turki. Jeshil itu mungkin pudina, melihat kepada gambar daun pudina. Eh, lupa pula rasa dan warnanya! Maklumlah cerita bulan Februari 2024 ditulis pada 5 Mei 2024. Sudah lebih dua bulan berlalu.


Tinggallah dulu ruang makan di Hotel Luani Arte yang cantik ini. Kami hendak masuk ke bilik dan berehat. Jumpa lagi.

6 ulasan:

  1. sedap nampak semua makanan albania

    BalasPadam
  2. Nampak plain pula rice pudding tu.
    Dok bayangkan bubur nasi manis.

    BalasPadam
  3. rice pudding warna putih ye kak amie...xde warna tambahan...hiasan pun xde...traditional soup tu sedap tak

    BalasPadam
  4. Cantiiik bagian dalamnya yaa. Macam di kastil atau istana Krn gordennya merah emas 😄👍. Jadi penasaran pula dengan rasa makanannya.

    BalasPadam
  5. Perut lapar disorongkan dengan makanan sedap-sedap, memang nikmat sangat. Lagi lagi disudahi dengan minuman panas.

    BalasPadam
  6. tempat cantik
    makanan sedap
    fuhhh lengkap dah tu!
    sy nampak roti dengan sup tu
    dah boleh agak mesti sedap!

    BalasPadam