Pages

Selasa, 23 April 2024

Oleh-Oleh Rahat Lokum dan Kekacang dari Baščaršija

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah berlarian mengejar masa yang tinggal sisa untuk mencari cendera hati yang diingini, kawan-kawan menyuarakan keinginan untuk mencari oleh-oleh berupa makanan pula. Amie bawa mereka ke kedai manisan dan kekacang. Apabila masuk ke bahagian dalam kedai, banyaklah pula pilihan dessertnya! Jadinya kebanyakan makanan tradisional yang boleh dibawa pulang sebagai oleh-oleh sudah tentu salah satunya rahat lokum! 


Inilah antara kedai-kedai yang menjual manisan berupa rahat lokum. Ada kedai yang menerima duit EURO dan ada yang hanya terima KM (marka) mata wang Bosnia sahaja. Bagaimanapun, ada yang terima mata wang EURO dan kembalikan baki dalam bentuk mata wang marka. Tak kisahlah. Yang penting urusan jual beli berjalan lancar.


Rahat Lokum

Rahat lokum berasal dari perkataan 'rahat-ul-hulküm' dalam bahasa Arab. Perkataan ini bermaksud membuat gembira di tekak. Rahat lokum muncul di Turkey sekitar abad ke-15 sebagai pencuci mulut tradisional. Hidangan penutup ini biasanya disajikan dengan kopi Turki hampir di semua negara Balkan 

Buat pertama kalinya Amie makan rahat lokum bersama kopi Bosnia di sini: MINUM KOPI BOSNIA (BOSANSKA KAHVA). Selepas itu Amie taubat tak mahu minum kopi Bosnia lagi. Tipulah! Sewaktu dalam perjalanan ke Croatia Amie minum juga kopi Bosnia yang 'dijual' oleh TGB di dalam bas. Tapi, tak sampai seteguk pun... sikiiiitt saja yang tertelan!


Badem Butik


Jom kita lihat pelbagai jenis rahat lokum yang memang terkenal di Bosnia sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah lagi. Amie ajak kawan-kawan masuk ke Badem Butik. Dulu Amie beli empat kotak rahat lokum sebagai oleh-oleh di bawa pulang.

Pelbagai pilihan rahat Lokum


Rahat lokum ini terdiri dari pelbagai warna dan rasa serta aroma. Di dalamnya atau diatasnya ditambah pelbagai pemikat selera seperti kurma, kacang pistachio, kacang walnut, hazel nut, buah-buahan kering dan lain-lain. Ada yang sudah siap dibungkus dan ada yang boleh dipilih sendiri sewaktu hendak membeli.


Badem Butik bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis rahat lokum, tetapi juga ada:
  • Baklava
  • Krempita
  • Sampita
  • Krofne
  • Tulumba
  • Qurabiya
  • Kadaif
  • Dan pelbagai jenis biskut.



Walaupun terpapar nama-nama bagi setiap biskut tetapi disebabkan hendak mengejar waktu, tidaklah dapat mengingat walaupun satu nama kecuali biskvit sa bademom dan biskvit pistache.






Untuk jimat masa memilih, akhirnya kami capai kotak rahat lokum dan kotak kekacang di bahagian ini. Antara yang kami rembat sudah tentulah campuran kekacang dan manisan seperti dalam gambar di bawah.

Campuran Kekacang & Manisan : 5 EURO.


Setelah selesai membeli oleh-oleh di bandar lama ini, kami pun tergesa-gesa menuju ke tempat berkumpul seperti yang ditetapkan. Untuk kali terakhir sebelum meninggalkan tempat ini, Amie sempat toleh-toleh ke belakang dan ambil gambar.

Jumpa lagi!




4 ulasan:

  1. Tak tahulah kenapa bila baca rahat lokum sy bayangkan hidupan laut pepahat dan lokan, hahaha.

    BalasPadam
  2. Manisan kat sana macam manisan yg saya jumpa di Istanbul. Kat sana manisan dieorg banyak guna kekacang kan Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Rupa paras dia menarik. Ambil masa juga nak memilih mana satu. Tapi risau betul kalau tak kena dengan selera.

    BalasPadam
  4. Kenapa kak Amie, pahit sangaat ya kopinya? 😅 Saya sekali coba kopi Turkiye, tak kuaaaat utk telan. Terlalu strong. Pantas saja disajikan dlm gelas sangat kecil. Ternyata memang strong sekali.

    Kue2 inj mengingatkan saya dengan mochi. Ntahlah kalo rasa yaa. Manis sangat saya tak suka. Tapi kalo manis sedang, okelaah.

    BalasPadam