Pages

Selasa, 23 April 2024

Majlis Sambutan Hari Raya Anjuran PIBG SKSDLD

Bismillahirrahmanirrahim.
Sabtu, 20 April 2024 lalu kami menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya anjuran PIBG SKSDLD, sekolah Firdaus. Hanya ibu bapa dan guru-guru sahaja yang menghadirinya. Anak-anak akan merayakan bersama rakan sekelas pada tarikh lain yang akan ditetapkan. Pihak sekolah menyediakan booth makanan untuk setiap darjah / tahun. Kami tentulah berada di booth Tahun 5. Pejam celik, pejam celik tak sangka Firdaus sudah tahun 5! Cepatnya waktu berlalu.

Setiap ibu bapa yang hadir dikehendaki menyumbang juadah seikhlas. Kiranya konsep potlucklah ceritanya. 



Kami bawa dua bekas berisi mi goreng dan buah limau honey muscat serta anggur.


Kami antara ibu bapa yang terawal datang. Sempatlah bergambar.

Booth Tahun 5

Ketika jamuan, ibu bapa boleh berkunjung ke booth lain untuk mengambil makanan. Maknanya ada 6 booth makanan disediakan dengan dua buah lagi booth guru-guru.

Booth Tahun 5


Seronoklah kami pusing keliling melihat pelbagai jenis juadah yang tersedia di setiap booth makanan. Macam-macam ada, dari nasi beriani sampailah ke buras! Kelupis pun ada. Lauk-pauk tidak terkira banyak jenisnya termasuklah ayam palekko, rendang, sate, kuih-muih, buah-buahan dan lain-lain. Begitu juga dengan air dalam balang besar dan juga minuman kotak, minuman sejuk dan minuman panas.


Kelupis dengan kuah kacang.



Pelbagai kuih-muih.



Antara makanan yang selamat masuk ke perut!

Terima kasih PIBG SKSDLD kerana berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya 2024.


6 ulasan:

  1. wah meriah dgn makanan. anak pun buat majlis camni jumaat lepas, gorengkan sayap ayam tuk dorang

    BalasPadam
  2. Cantiklah baju raya Kak Amie. Warna baju lebih gelap dari kain tu agak unik juga ideanya. Makanan pun semua sedap² sampai rasa nak join sekali.

    BalasPadam
  3. Best ni ibu bapa dapat join. Ada 2 sessi sambutan lah gitu kan. Berseri-seri kak Amie dan husband. Datang awal, tak lupa untuk bergambar siap-siap. hihi...Kejap je Daus dah darjah 5. Setahun lagi, lepas tu sekolah menengah sudah.

    BalasPadam
  4. Saya sukaaaa, sekolah aktif juga mengadakan jamuan raya yaa. Sekolah anak saya tak ada 😅. Begitu masuk sekolah, langsung belajar, esok Senin malah ujian akhir.

    Sedap dan banyak varian untuk makanan 👍

    BalasPadam
  5. Meriahnya makanan.
    Macam tak ramai je parents atau bilangan murid tidak ramai sekolah situ.

    BalasPadam
  6. Meriahnya....
    Bagus la konsep macam ni..
    Selalu parent hantar makanan kat anak sekolah..Ni pula semua parents & guru beramah mesra sambil beraya...manarik

    BalasPadam