Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini di rumah sahaja. Tiada undangan menghadiri rumah terbuka. Kelmarin dan malam tadi gantung periuk. Ada jemputan kahwin, jemputan hari terbuka raya dan jemputan majlis ulang tahun di kampung. Bolehlah santai-santai di rumah, mengemas apa yang patut dan main masak-masak di dapur.
Amie masak semur ikan pari atau bahasa biasanya masak kicap. Masakan semur ikan pari memang sangat terkenal di kampung sewaktu kecil dahulu. Barangkali disebabkan agak sukar mendapat bekalan ayam (hanya ayam kampung sahaja yang ada), jadi orang kampung gunakan ikan sebagai salah satu lauk pilihan di majlis kenduri-kendara atau hari raya. Sewaktu munjung (tradisi bertukar-tukar makanan dalam masyarakat Jawa sebelum menjelang hari raya), memang terselit masakan semur sebagai salah satu lauk seperti semur ayam, semur daging atau pilihan lain semur ikan. Ikan pula tidak terhad kepada ikan pari tetapi jika berkemampuan bolehlah masak semur ikan tenggiri. Bagaimanapun ikan yang sangat terkenal dalam masyarakat marhaen seperti kami sudah tentulah ikan pari dan ikan baguk.
Masakan semur atau masak kicap tidaklah terlalu berkuah. Dan tidak pula ada penggunaan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Rasa masakan semur memang lazat tidak terperi. Bonda selalu pesan, kalau masak semur kena lebihkan lada hitam. Hasil gabungan rempah-rempahan dan teknik memasak terhasillah menu masakan semur yang cukup rasa. Samada ayam atau ikan yang hendak dimasak semur, mesti digoreng hingga masak terlebih dahulu. Memang begitulah teknik memasak orang dulu-dulu. Maklumlah tiada peti sejuk untuk simpan masakan agar tahan lebih lama, jadi sebaiknya dimasak tidak terlalu berkuah atau kering sahaja.
Ikan Pari Masak Semur |
Firdaus hendak makan lauk Kari Telur. Amie tambahkan isi ayam dalam masakan kegemarannya. Sedaplah meratah telur masak kari!
Sayur Sawi & White Fungus |
Pada mulanya hendak masak sup white fungus dengan cendawan shiitake dan kurma merah tapi entah di mana cendawannya. Akhirnya white fungus yang sudah kembang direndam, Amie tumis dengan daging dan tambahkan sayur sawi serta tomato.
Jambu Air |
Ikan Pari Masak Semur |
Inilah resipi Ikan Pari Masak Semur ikut olahan orang kampung kami.
- 500 gram ikan pari - potong ikut saiz yang digemari - cuci bersih - lumur dengan serbuk kunyit & garam
- 3 sudu besar kicap pekat
- 3 sudu besar kicap lemak manis
- 1 sudu besar lada hitam - tumbuk
- 2 batang serai - diketuk
- 1 keping asam gelugur
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 kuntum bunga lawang
- 3/4 cawan air
- minyak
- garam / gula / perasa pilihan
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 2 cm halia
Bahan hiasan:
- hirisan cili hijau & merah
- hirisan bawang besar
Cara memasak:
1. Goreng ikan pari hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan 1/2 cawan minyak bekas gorengan ikan pari.
3. Goreng kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
4. Kemudian masukkan bahan hiris serta serai. Tumis hingga bawang layu.
5. Seterusnya masukkan asam keping, gula ,air, kicap pekat dan kicap lemak manis. Biarkan mendidih.
6. Setelah kuah kicap mulai pekat, masukkan ikan pari goreng, lada hitam, garam / perasa pilihan serta cili hijau merah dan hirisan bawang besar
7. Gaul rata dan kemudian padamkan api dapur.
Jemput makan. Bismillah. |
first time saya tengok ikan pari dimasak begini.
BalasPadambiasa kat sini, akan dipanggang ataupun buat kari je
nampak menyelerakan. cfrm sedap tu
tak pernah cuba masak gini kak dgn ikan pari, boleh cuba ni... tapi kenapa telur lauk Daus tu nampak menyelerkan betul
BalasPadamOh, sy pertama kali jugak nampak ikan pari dimasak semur atau kicap ni. Sedap pulak tengok Kari Telur untuk Firdaus.
BalasPadamsaya baru tahu ikan pari sedap masak kicap ye kak,biasa beli ikan pari mesti masak asam pedas je..boleh la cuba resepi kak amie ni nanti
BalasPadamKalo dikampung saya pari biasanya di gulai. Sama seperti ikan hiu. Dan itu sedaaap sangat.
BalasPadamKalo tak digulai biasa di bakar. Atau kalo masyarakat Semarang, dibuat manyung. Pedaaas rasanya. Mirip dengan masak lemak.
Yumm semua sedap ni Kak Amie. Kecur jadinya. First time tengok ikan pari masak kicap, mesti sedap.
BalasPadamSA x pernah makan lagi ikan pari masak semur tu..nampak menarik la Kak Amie
BalasPadamMasak semur tu masak kicap rupanya. Tapi versi keringlah gitu. Baru tahu. Orang dulu-dulu hebat, banyak kepandaian mereka.
BalasPadamWah...menarik menu ni..saya belum pernah cuba
BalasPadam