Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Kami sampai di Sarajevo Old Town yang juga dikenali dengan nama Baščaršija ketika pusat bandar ini sedang memulakan operasi di pagi hari. Tidak sangka Amie dapat datang ke sini untuk kali kedua setelah tujuh tahun berlalu. Teringat betapa terbelit-belit lidah hendak menyebut nama Baščaršija mengikut sebutan yang betul dalam bahasa Bosnia. Terima kasih Feeda (tour guide kami 2016 - lelaki ye, bukan perempuan) yang banyak mengajar Amie dan Lucinda perkataan dan sebutan dalam bahasa Bosnia. Ketika itu (2016) Amie berdua bersama Lucinda meneroka kota Baščaršija ini.
Alhamdulillah. Kami sampai di Sarajevo Old Town yang juga dikenali dengan nama Baščaršija ketika pusat bandar ini sedang memulakan operasi di pagi hari. Tidak sangka Amie dapat datang ke sini untuk kali kedua setelah tujuh tahun berlalu. Teringat betapa terbelit-belit lidah hendak menyebut nama Baščaršija mengikut sebutan yang betul dalam bahasa Bosnia. Terima kasih Feeda (tour guide kami 2016 - lelaki ye, bukan perempuan) yang banyak mengajar Amie dan Lucinda perkataan dan sebutan dalam bahasa Bosnia. Ketika itu (2016) Amie berdua bersama Lucinda meneroka kota Baščaršija ini.
Sungai Miljacka |
Baščaršija merupakan tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Bandar lama ini terletak di muara Sungai Miljacka. Gazi Husrev-Beg Mosque dan Sahat-Kula yang terdapat di sini adalah antara bangunan bersejarah yang sering dilawati pengunjung.
Baščaršija berasal dari bahasa Turki. 'Bas' membawa maksud 'kepala' atau 'utama'. Çarşı pula membawa maksud 'bazaar' atau 'pasar'. Pusat bandar penuh sejarah dan budaya yang dibina pada abad ke-15 oleh pengasasnya Isa-Beg Isakovic ini telah mengalami satu peristiwa kebakaran pada abad ke-19. Pada hari ini, Baščaršija hanyalah separuh daripada Baščaršija yang dulu.
Air Sungai Miljacka mengalir jernih. |
Antara tempat di Sarajevo yang ingin Amie kunjungi sudah tentulah Town Hall, yang dibaikpulih sepenuhnya pada tahun 2014 setelah hancur ketika Perang Bosnia. Peristiwa penting lain yang berlaku di sini ialah pembunuhan Putera Mahkota Hungary. Pada kira-kira pukul 11.00 pagi, 28 Jun 1914, Franz Ferdinand dan isterinya dibunuh di Sarajevo, Bosnia oleh Gavrilo Princip, seorang radikal Serb. Peristiwa ini yang dikenali sebagai Pembunuhan di Sarajevo, merupakan cetusan Perang Dunia I.
Boleh rujuk dalam entri yang Amie tulis di sini: Menyusuri Sungal Miljacka
Gambar di sebelah kanan menunjukkan peristiwa pembunuhan tersebut yang disiarkan di muka surat hadapan sebuah suratkhabar Italy pada 1914.
Gambar Atas : 18 Februari 2024
Gambar Bawah : 13 September 2016
Dulu datang ke sini bersama Lucinda. Sekarang datang bersama Kamsiah. |
Google Map - tempat kami berkumpul semula sebelum 11:15 pagi. |
Kami diberi masa untuk melawat di sekitar bandar Sarajevo tetapi masa terhad hanya dua jam sahaja. Aduhai... tempoh dua jam itu sangat singkat! Tapi usahakanlah juga untuk melawat seberapa banyak tempat yang sempat dijejaki.
Kita tinggalkan Sungai Miljacka dan terus menyeberang menuju ke Sarajevo Old Town.
Alhamdulillah. Amie masih boleh ingat dengan jelas selok-belok jalan di bandar lama ini. Ketika ini jalan raya masih lengang. Senanglah untuk melintasinya.
Tidak sabar rasanya untuk merasai sekali lagi pengalaman indah meneroka bandar lama yang tersusun dan sedap mata memandang ini.
Para peniaga terutamanya peniaga makanan samada di kafe atau restoran belum bersedia sepenuhnya untuk menerima pelanggan kerana premis baru dibuka. Maklumlah kami tiba seawal pukul 9 pagi dan matahari pun belum memunculkan diri.
Suasana di luar setiap kafe kelihatan bersih dan menenangkan mata memandang.
Tour guide kami yang sememangnya berasal dari Bosnia memberitahu kami bahawa makanan di sini semuanya halal. Beliau turut mencadangkan kami mencuba makanan tradisional Bosnia seperti cevapi dan pie Bosnia. Tapi, manalah sempat hendak kami makan di sini dalam waktu yang begitu singkat.
Lucinda berpesan supaya Amie kongsikan gambar sewaktu berada di Sarajevo. Suasananya masih sama seperti tahun 2016. Bezanya kali ini 2024 kelam-kabut dalam tempoh dua jam untuk menjejakinya berbanding dahulu kami memang menginap di tengah kota Sarajevo dan santai-santai berjalan pagi dan petang menelusuri segenap kota lama ini!
Sempat juga Amie singgahi tempat jualan buah-buahan yang pernah Amie dan Lucinda singgahi dulu. Sayangnya tidak ada pula buah tin segar yang pernah kami beli dulu.
Buah Tin Celeste |
Buah Tin Kadota |
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis buah tin di dunia, tetapi kami direzekikan untuk merasa dua jenis sahaja sewaktu di Bosnia. Oleh sebab rasanya manis dan sangat sedap, Amie beli lagi dan bawa pulang ke LD!
Tapi itu cerita musim panas 2016.
Sekarang kita lihat buah-buahan yang ada di musim sejuk 2024 seperti di bawah ini.
Sekarang kita lihat buah-buahan yang ada di musim sejuk 2024 seperti di bawah ini.
Buah strawberi segar dan besar-besar saiznya! |
Buah epal segar dengan warnanya yang cukup memikat rasa! |
Peniaga buah-buahan sedang menyusun atur buah-buah yang diniagakan.
Amie berhenti dahulu di sini.
Hendak masak tengah hari. nanti sambung cerita lagi.
Amie belanja video di persimpangan jalan kedai di Sarajevo Old Town.
Bertuahnya Kak Amie, dapat datang ke Baščaršija dua kali wpun kali ni masanya singkat. Betullah, mana sempat nak makan klu 2 jam. Tapau pun tak sempat ya, Kak Amie?
BalasPadam2 jam memang lah tak cukup utk eksplor banyak :(.
BalasPadamBuah2 di negara 4 musim ini selalu terlihat menggoda. Seperti maniis sangat. Makanya saya selalu beli buah2 yg biasanya tumbuh bagus di saat winter .
Saya tertarik pula dengan sejarah pembunuhan pangeran Hungary itu yg menjadi pencetus PD1.. nanti nak cari juga sejarahnya
Bestnya Kak Amie dah dua kali ke sini. Seronok nya baca. 2 jam memang singkat kan.
BalasPadamSA x boleh tahan tengok buah2 tu semua..fresh segalanya..epal hijau tuh...huiiii...dapnyaaaa
BalasPadamTengok pada tulisannya pun dah blur tak tahu macamana nak menyebutnya dengan betul. Seronoknya kak Amie dapat jejak semula tempat yang pernah pergi. Tak banyak beza ye. Kan bagus kalau dapat berjalan-jalan dengan tenang kan kak Amie. Apa nak buat, kita ikut group trip. Kena ikut je lah masa yang ditetapkan.
BalasPadamWah ..warna buah buahannya segar dan menggoda
BalasPadam