Bismillahirrahmanirrahim.
Memang sudah dijangkakan, sekiranya berlaku kelewatan penerbangan, sudah tentu pengurusan masa jadi tidak menentu. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Milan, kami mengambil masa untuk mengambil bagasi masing-masing dan seterusnya melalui pemeriksaan imigresen. Pada masa yang sama, kami perlu menunaikan solat jamak zohor dan asar. Tiada surau untuk solat di Airport Milan. Jadi, pandai-pandailah kami mencari sudut untuk solat. Awal-awal lagi Tour Leader berpesan supaya tidak membasahkan ruang legar toilet ketika mengambil wudhu'. Bagi yang tidak biasa dengan peraturan ini sudah tentulah akan berasa janggal.
Itinerary - Day 1:
Arrival at Milano Airport, flight EK205 at 13:10 (sudah beranjak ke pukul 15:00 petang.
Meet and greet your tour guide and start of panoramic city tour (by coach) of Milano and walking tour from Sforza Castle to Duomo Cathedral. Free time for shopping and wandering at Milano Galleria Vittorio Emanuele.
Selepas solat kami menyeret beg masing-masing menuju ke bas. Ketika ini rasa haus dan dahaga sudah tidak tertahan seolah-olah terlewat waktu berbuka puasa pula. Amie tanya kepada Tour Leader, ada tak dibekalkan air mineral sewaktu dalam perjalanan menuju ke Castello Sforzesco.
Mungkin tidak, jawabnya ringkas.
|
Istana Castle (Castello Sforzesco) |
|
Ketibaan para peserta Trip Balkan di Milan Malpensa Airport.
|
|
Pemeriksaan imigresen.
Ketika bas meninggalkan lapangan terbang, sempat selak langsir dan merakam suasana dan kelihatan puncak gunung diliputi salji. Benarlah, kalau musim sejuk waktu siang lebih singkat. Nampak matahari mula menyembunyikan diri!
Tour Leader kami memperkenalkan Tour Guide yang akan bersama kami sepanjang Trip Balkan, seorang perempuan yang comel dan berasal dari Bosnia & Herzegovina. Peringatan pentingnya kepada kami sewaktu di dalam bas ialah:
Ini negara Italy. Di sini banyak pencuri. Jaga wang masing-masing. Jaga passport masing-masing. Jaga emas masing-masing! Sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian, itu tanggungjawab masing-masing!
|
Selain salji di puncak gunung, perkara kedua yang menjadi perhatian sudah tentulah pokok-pokok yang gondol tanpa daun hijau! Namun begitu, keadaan seperti ini tetap memiliki nilai estetika alam yang tersendiri.
Nun di sana, matahari sudah bersedia untuk tidur!
Walaupun tidak faham apa yang tertulis di papan tanda, tapi hendak ambil gambar juga memandangkan suasana begini tidak ada di tempat kita.
Bas berhenti di tempat letak kenderaan dan kami dikehendaki turun, berjalan melintas jalan raya untuk sampai ke tempat tujuan.
Rasa sejuk semakin terasa apabila angin meniup ke arah kami.
Mari sama-sama melintas jalan raya.
Kelihatan suatu pemandangan yang menarik perhatian di hadapan kami dalam gambar di bawah ini.
Untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas, kami perlu melalui pintu masuk.
Inilah pintu masuk ke Milan Castle.
Masa yang diberikan sangat singkat untuk kami berada di sini. Belum pun sempat mencari sudut untuk merakam gambar, kami sudah dipanggil untuk meninggalkan tempat ini dan bergerak ke bahagian lain.
Castello Sforzesco merupakan sebuah kubu abad pertengahan yang terletak di Milan, Itali Utara. Ia dibina pada abad ke-15 oleh Francesco Sforza, Duke of Milan, di atas sisa-sisa kubu abad ke-14. Kemudian diubahsuai dan diperbesarkan, pada abad ke-16 dan ke-17 sebagai salah satu kubu terbesar di Eropah. Seterusnya ia dibina semula secara meluas oleh Luca Beltrami pada 1891–1905, dan kini menempatkan beberapa muzium serta koleksi seni di bandar ini.
Antara koleksi seni yang terdapat di sini termasuklah Trivulzio Madonna karya Andrea Mantegna dan karya agung oleh Canaletto, Tiepolo, Vincenzo Foppa, Titian dan Tintoretto.
Terdapat Muzium Seni Purba ( The Museum of Ancient Art) yang merangkumi gudang senjata, bilik permaidani dan beberapa monumen pengebumian.
|
Google - The Museum of Ancient Art
|
|
Google - The Museum of Musical Instrument |
Sekadar berkongsi foto dari koleksi Google. Tidak sempat untuk teroka Castello Sforzesco ini dalam masa yang sangat terhad!
Gambar atas dan bawah : Menara Torre del Filarete pemandangan hadapan dan belakang.
|
Castello Sforzesco |
Pemandangan keseluruhan Castello Sforzesco di kala senja.
Menara di bahagian tengah dinamakan Torre del Filarete.
Menara bulat di kiri kanannya ialah Torriane del Carmine dan Torreano di Santo Spirito.
Tour Guide mengingatkan kami, walau ke mana kami pergi, di kawasan pancuran air inilah tempat kami semua berkumpul pada pukul 8 malam.
Ada sebuah gerai menjual pelbagai minuman dan makanan ringan.
Oleh kerana Tour Leader dan Tour Guide berkali-kali memanggil kami untuk meneruskan perjalanan, jadi terpaksalah batalkan hasrat untuk membeli air mineral! Memang betul-betul seperti berpuasa ketika itu.
Pernah terbaca tentang lelaki Afrika berkulit gelap yang terus mengikat gelang di pergelangan tangan pengunjung dan memaksa mereka membayar harga gelang tersebut. Nampaknya seolah-olah Tour Leader kami sedang bergurau senda dengan lelaki Afrika ini! Tak tahulah apa kisah selanjutnya. Dipaksa bayar atau dibuka semula gelang tersebut. Entah macamana Amie boleh 'terakam' perisitiwa ini. Sewaktu edit gambar untuk dijadikan entri, ternampak pula gambar di atas.
Lelaki ini memang asyik mengelilingi kami dengan menawarkan bunga ros merah. Boleh bercakap Melayu. Katanya dari Bangladesh. Kami biarkan dia bercakap sendiri!
Senja mula menghilang diganti dengan suasana malam.
Tergesa-gesalah kami tinggalkan kawasan pancuran mengejar ahli kumpulan lain yang sedang mengekori Tour Leader dan Tour Guide.
Ketika ini ramai yang menunggang basikal dan berjoging. Mungkin penduduk tempatan.
Dalam keadaan samar-samar senja membawa ke malam dan tergesa-gesa pula, tidaklah dapat kami memahami dan melihat dengan jelas apa yang sedang kami lewati. Tour Guide ada membuat sedikit penerangan, tapi kami tidak dapat mengejar kelajuan kakinya ketika melangkah! Itulah bezanya, orang Asia lebih rendah, orang Eropah lebih tinggi! Selangkah kaki kita menapak, tiga langkah kakinya sudah jauh ke hadapan.
Barangkali sekiranya penerbangan tidak ditunda, kami mempunyai masa yang cukup di waktu siang untuk membuat lawatan di sini! Tidaklah rasa takut dengan suasana gelap memikirkan pencuri atau pencopet sebagaimana yang pernah kami dengar sebelum ini!
Marilah teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Menunggu tram meninggalkan landasan sebelum kami melintas jalan raya menuju ke Galleria Vittorio Emanuele.
Happy holiday Ammi.
BalasPadamTak sangka pulak Italy banyak pencopet. Jaga diri.
Cantiknya tempatnya. Selalu dengar Saudara Syamsul Debat sebut negara Balkan ni. Memang cantik! Ingatkan di Paris je ramai pick pocket, sini pun ada ye. Tapi dimana-mana negara pun kena berhati hati.
BalasPadamCantik istana tu, esp menara di kiri kanan tu.
BalasPadamDimana² pun ada saja yg mengambil kesempatan ye. Mudah-mudahan semuanya selamat utk Kak Amie ketika di sana.
semua pic menarik di Italy selamat berwisata amie hati2
BalasPadamCantik semuanya Kak Amie. Cantik Kak Amie ambil gambar dari angle di Castello Sforzesco tu. Tak sabar nak baca lagi.
BalasPadamItulah ga asyiknya kalo traveling dengan tur Krn limited time ya kak, semua harus serba cepat 🤣. Pdhl terkadang kita nak eksplor lebih lama suatu tempat. Tapi positif points nya, semua dah diurus, harga jug lebih murah kalo pakai travel dan bisa banyak DTG ke tempat2 lain walo kilat 😄.
BalasPadamSaya jarang pakai travel, Krn memang LBH suka eksplor sendiri, biar puas. Tapi kalo suami dan teman2 tak bisa menemani, baru lah mau tak mau pakai travel 😅
Ternyata Italia ini mirip Prancis juga yaa, banyak copet.
Di mana"sama saja ada copet jugak ya😁memang kita yg harus berhati-hati sendiri, pemandangan pohon"yg gugur daunnya justru jadi semakin cantik...unik karena jarang lihat pohon gugur di negri sendiri hahaha..Milan castle juga sangat indah, banyak bangunan" menarik di sini, seperti sedang menonton film saja rasanya.
BalasPadammasih cantik dan terpelihara binaan binaan kat sini
BalasPadambesar dan luas pulak tu
kalau betul2 menghayati seni bina klasik ni kak
kompem 1 hari x ckp nk jelajah
hahahahahahahahahahhaah
kami biarkan dia bercakap sendiri
hahahahahahaha
Cantik betul scenery, bagus dikekalkan untuk tatapan pelancong ..
BalasPadamYa, kelewatan membuat semua aktiviti terbatas sampai nak meneguk air pun tak sempat. Jangan kata sempat, air pun tak ada! Kesian Kak Amie 🥹
BalasPadamTu lah kalau delay je flight semua jadi tunggang langgang. Sian amie kehausan di tempat orang. Patutnya dia ada sediakan air mineral dalam bas.
BalasPadamcantik istana dia.
BalasPadamtapi mcm agak rushing kan.