Bismillahirrahmanirrahim.
In syaa Allah esok umat Islam akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Jangan lupa tunaikan solat sunat terawih pertama malam ini.
Petang ini Amie masak nasi lauk ikan bolu panggang lawankan dengan sayur bening dan sambal belacan. Untuk Firdaus pula Amie gorengkan sayap ayam. Goreng ringkas sahaja hanya bubuh garam kunyit.
Sayur bening ini Amie hasilkan dari campuran beberapa bahan seperti labu kuning, jagung manis, sayur bayam, tomato dan yang penting daun kemangi. Daun kemangi itulah yang menerbitkan aroma yang sungguh menggugat selera!
Sayur Bening |
Olahan sayur bening ini sangat ringkas kerana tidak perlu menggunakan bawang putih atau bawang merah. Rebus sahaja jagung dan labu kuning hingga empuk, dan kemudian masukkan sayur bayam bersama daun kemangi. Tambahkan garam dan perasa pilihan. Sebelum tutup api dapur, masukkan hirisan tomato.
Apabila hirup kuahnya yang masih panas, aroma daun kemangi itulah yang membangkitkan rasa sempurna!
Amie panggang setengah ekor ikan bolu di dalam kuali ajaib. Ikan bolu ini Amie perap seketika dengan bahan tumbuk lumat seperti halia, bawang putih, kunyit dan juga lada putih. Tambahkan sedikit garam dan perasa pilihan dan juga sesudu besar minyak. Biarkan seketika sebelum dipanggang.
Ikan Bolu Panggang |
Hidangan Tengah Hari / Malam |
Encik Suami dan Firdaus baru saja sampai ke rumah. Firdaus terus merebahkan diri dengan pakaian sekolah agama. Nampak penat sungguh! Mungkin disebabkan hari ini hari pertama persekolahan. Wokey... kami makan dulu! Hari ini makan tengah hari merangkap malam kami pada pukul 6:15 petang.
sayur bening tu nampak sangat sedap
BalasPadamSemua sedap sangat Kak Amie, terliur sangat.
BalasPadamBagian ekor nya tak dipakai kak? Saya kalo ikan lebih suka ekor drpd kepala 🤣. Kalo suami suka kepala. Makanya kami ga pernah rebutan. Dia selalu ambil kepala, saya pula ekor.
BalasPadamDaun kemangi memang sedap. Saya pun suka makan mentah, pakai nasi panas, ayam goreng dan sambal 👍
Sayur bening enak, pas lagi untuk saur kak...banyak isiannya, sehat juga krana lengkap banyak serat..jadi perut juga sejuk
BalasPadamsedapnyaaa. favorite sy ni mkn mcm ni..
BalasPadamdasyat sayur bening Amie...hihihi...ad jagung tu
BalasPadamratah ikan pun dah ckp ni kakkkkk
BalasPadamfuhhhh
Masakan simple dan sihat..alahai kesiannya Firdaus...penat sungguh tu..
BalasPadamAlhamdulillah..selesai solat terawih 2 hari. Selamat berpuasa kak Amie dan keluarga.
BalasPadamLauk bening yang ringkas yang menyelerakan. Tambah lagi ada ikan panggang dan sambal.
Penat sungguh tu dia, hari pertama sekolah lepas cuti mungkin penat sikit kot.
Tentu makan dengan penuh selera tu. Sy kalau sayut bening, biasa guna bendi atau bayam jer. Sayur campur² pun sesuai rupanya.
BalasPadamsedapnya nampak lauk pauk kak Amie..
BalasPadamTakpe, kejap lagi dah nak berbuka..