Bismillahirrahmanirrahim.
Peringatan daripada Tour Guide (Amie beri gelaran TGB - Tour Guide Bosnia), sarapan pukul 7 pagi dan pukul 8 bas akan bergerak meninggalkan hotel. Mesti tepati waktu, tegasnya.
Amie dan Kamsiah turun ke lobi 10 minit sebelum pukul 7 pagi. Setelah meletakkan beg di lobi, kami menjengah ke dewan makan. Petugas di situ memberitahu, lima minit lagi baru jam tujuh. Sekarang belum masanya untuk bersarapan. Jadi, kami kembali ke ruang lobi dan duduk di situ.
Tour Leader (Amie beri gelaran TLM - Tour Leader Malaysia) telah mengingatkan kami sekiranya tidak yakin dengan makanan seperti daging yang tidak halal, makan sahaja yang lain seperti roti, telur dan buah-buahan.
Seperti keadaan pada sebelah malam, cahaya samar-samar sahaja yang menjadi penerang di ruangan menuju ke dewan makan.
Mengintai ke ruangan makan.
Sekarang boleh masuk ke bilik romantik ini!
Tapi lebih teranglah berbanding suasana romantikus makan sahur di pesawat EMIRATES... ahaks!
Sweet Corner |
Sudut buah-buahan, semuanya bersaiz besar dan sebiji-sebiji tanpa potongan.
Bekas di belakang berisi kacang walnut, yang di depan rasanya bijan (kalau tak silap), dan di sebelahnya warna putih, tak tahu kacang apa.
Balang di belakang yogurt berisi corn flakes dan muesli. Muesli ialah sejenis hidangan sarapan pagi dan tengah hari berasaskan emping oat mentah serta bahan-bahan lain seperti bijian, buahan segar atau kering, biji benih dan kekacang. Apabila ingin menikmatinya, boleh dicampur dengan susu lembu, susu soya, susu badam, susu tumbuhan lain, yogurt atau jus buah-buahan.
Agaknya dalam bahasa Italy, yogurt Greek disebut yogurt Greco.... ye ke?
Corn Flakes & Muesli |
Pilihan pelbagai jenis yogurt. |
Pelbagai jenis minuman panas. Ada espresso, minuman kopi asal Italy, caffe lungo, latte macchiato, cappuccino dan macam-macam lagi. |
Mencari sudut untuk bersarapan. Satu meja empat kerusi. Dua kerusi untuk Amie dan Kamsiah. Dua kerusi lagi untuk Lucy dan Nancy. |
Croissant |
Cinnamon Roll. |
Jom alas perut. |
Dari tadi asyik memandang-mandang tiga jenis jus buah di sini!
Baiklah kita cuba minum sedikit.
Uva + Mirtilio + Melograno + Cannella |
Mula-mula cuba jus buah-buahan campuran : uva mirtilio melograno cannella.
Google Translate : Anggur, blueberi, delima, kayu manis!
Kamsiah dengan orange juicenya. |
Jus Aloe Vera |
Amie cuba jus aloe vera. Siap ambil air kosong untuk bilas kalau rasa jus aloe vera itu ganjil. Rupanya tidak. Sedaplah pula jus aloe vera. Amie ambil lagi secawan! Rugi tak cuba!
Makan sebiji pisang dan telur untuk bekal tenaga. Tambah bluberry dan apple pie, croissant dan cinnamon roll. |
Selepas sarapan jangan lupa letakkan dulang berisi pinggan mangkuk dan cawan di troli yang disediakan.
Selesai sarapan, ada beberapa minit lagi untuk bersedia menuju ke bas. Masing-masing mula sibuk mengheret beg dan ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan sekitar.
Suhu pada pukul 6:46 pagi ialah 2'C.
Byk pilihan makanan yg boleh dimakan, syukur tidak kelaparan hihi...
BalasPadamAlhamdulillah. Boleh buat alas perut di pagi hari.
Padambest semua pastries kat sana. kopi pun nampak sedap tu.
BalasPadamKopi tu macam-macam jenis sampai tak tahu nak pilih mana satu.
Padamsedapnya menu2nya
BalasPadamYa, banyak pilihan dan sedap-sedap belaka.
Padamku mencari nasi lemak lupa itu di itali hehehhehe.... nampak sedap semua nya kak oi.
BalasPadamMemang kami puasa nasi sepanjang berada di Balkan ni Dana.
PadamSedap sedap pilihan sarapanmya walaupun tergeliat lidah nak sebutðŸ¤
BalasPadamKopi apa tu nampak berbeza dgn kopi biasa..adakah kopi luwak?🤣
Entahlah kopi apa ye Mama Cella.
PadamMesti dikaitkan dengan kopi Italy ni.
Sarapannya ringkas. Nasi lemak dan mee goreng tak ada pulak ya, hihihihihi.
BalasPadamKena puasa nasi lemak dan mee goreng buat sementara waktu ni SK.
PadamOkaylah dia pandai susun dan memaksimakan ruang. Banyak pula ayam bertenggek ye. Rasa pelik pula bila buah-buahan tak dipotong. Maksudnya boleh take away lah kot kan. hihi...
BalasPadamBanyak pilihan makanan yang kita boleh cuba. Air kosong tu wajib, kalau tak kena dengan tekak boleh dibilas.
Begitulah hidangan buah-buahannya memang sebiji bulat-bulat tak dipotong. Hendak ambil sebiji takut tak habis makan. Mulanya memang tak ambil, tapi bila sudah alami rasa lapar dalam bas sebelum jumpa makanan tengah hari, pandailah kami ambil sebiji epal atau limau simpan dalam beg.
PadamYa, air kosong memang wajib. First time cuba minum jus aloevera, rasa sedap pula, tapi bilas jugalah dengan air kosong sebab nak hilangkan rasa manis di lidah.
Saya pun kalo di negara bukan muslim, makan yg ada saja lah. Buah, sayur, roti, kopi, dah cukup 😄.kalopun piring di sana dipakai juga utk menyajikan pork, nak bilang apa kan. Yg penting yg saya makan bukan pork dan alkohol. Beda cerita kalo di negara muslim 😄
BalasPadamBanyak choice untuk breakfast tu. Kalau dah makan sebiji pisang, kenyang juga.
BalasPadamSyukur ada banyak pilihan..SAapagi x leh makan buah..kalau makan buah SA akan cepat nak membuang
BalasPadamPelbagai pastry . Jenuh memilih
BalasPadambanyak juga pilihan menu yang ada..
BalasPadam