Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika kunci bilik diserahkan kepada kami, pada masa yang sama kami diberikan sebungkus nasi untuk makan malam. Jadi, kami bawa nasi bungkus tersebut ke dalam bilik masing-masing. Tak pastilah nasi apa. Nak kata nasi beriani, rasanya agak pedas tapi tiada aroma beriani. Ada beberapa ketul ayam tersembunyi di bawah nasi.
Belum pun sempat semua ahli rombongan mendapat kunci dan nasi bungkus, tiba-tiba muncul Tour Leader bersama wanita yang kehilangan RM10K serta suaminya. Kami ingin tahu kisah selanjutnya semasa membuat laporan di balai polis:
- Balai polis beroperasi 24 jam, tetapi polis enggan menerima laporan kehilangan wang.
- Bukan wanita tersebut seorang yang kehilangan wang, tetapi ramai pelancong asing yang berada di situ dengan kes yang sama iaitu kehilangan wang tetapi menerima layanan yang sama, iaitu tidak dapat membuat laporan.
- Pemandu teksi mengenakan sebanyak 135EURO untuk menghantar Tour Leader bersama wanita dan suaminya ke B&B Hotels.
Kami tidak mampu berkata apa-apa selain menzahirkan rasa simpati. Kami congak-congak 135EURO lebih kurang RM760.00. Tour Leader kata, sudah pemandu teksi minta jumlah tersebut, terpaksa bayar sahajalah. Nanti kalau bertekak, takut lain pula jadinya. Ini negara orang, bukan negara kita!
Rupanya Lucy dan Nancy berada bersama wanita tersebut sewaktu di Milan Castle. Mereka tidak ikut kami berjalan jauh ke Galleria Vittorio Emanuele, sebaliknya hanya duduk di kawasan pancuran dan wanita tersebut membeli coklat di sebuah kedai sementara menunggu peserta rombongan kembali berkumpul di situ. Lucy dan Nancy juga tertanya-tanya, bilakah masanya 'pencopet' mengambil kesempatan mengambil wang tersebut!
Dalam bilik, Amie dan Kamsiah masih lagi mempersoalkan bagaimana wang tersebut boleh hilang. Kami tidak berani membuat sebarang spekulasi kerana kami tidak berada di tempat wanita tersebut. Pernah sekali kami menghadapi situasi yang sama sewaktu mengembara ke Nepal. Dalam perjalanan menaiki bas dari Kathmandu ke Pokhara, seorang wanita (bersama suami) dari United Kingdom kehilangan wang tunai sebanyak 5,000 EURO serta passportnya sekali. Ceritanya di sini: KATHMANDU - POKHARA : MENGINTAI KEHIDUPAN DI BALIK TABIR BAS
Mengenang cerita-cerita pencopet di Milan yang pernah Amie dengar dan baca, sewaktu Kamsiah mengeluarkan duit dari dompet untuk membayar harga fridge magnet pun, Amie sudah rasa kecut perut! Itu sebabnya Amie ajak Kamsiah cepat-cepat meninggalkan tempat tersebut.
Eh, jom makan nasi bungkus yang dibekalkan pihak hotel untuk kami. Nanti sejuk, lain pula jadi ceritanya!
Rupanya tiada bekalan air mineral disediakan di dalam bilik hotel. Amie mesej Tour Leader, dan jawabnya memang hotel tidak sediakan air mineral. Boleh ambil air paip untuk diminum. Air paip? Cerek untuk memasak air pun tidak ada.
Pada mulanya rasa ragu-ragu untuk minum air paip, tetapi teringat sewaktu berada di Bosnia beberapa tahun lalu memang tuan punya homestay beritahu kami, air paip boleh terus diminum tanpa dimasak terlebih dahulu.
Ada sedikit lebihan air mineral yang Amie bawa masuk ke bilik dan itulah yang Amie minum sewaktu hendak 'tercekik' ketika makan nasi! Untuk mengambil air paip di tandas ketika itu, memang belum sampai hati.... ahaks!
Amie sempat google, dan dapati memang benarlah ada senarai negara-negara maju yang air paipnya selamat diminum seperti:
- Kanada
- Australia
- Jepun
- Amerika Syarikat
- Negara Kesatuan Eropah
- Arab Saudi
- Singapura
- Dan lain-lain
Namun begitu tersenarai 187 negara hasil kajian Centre of Disease Control yang mendapati air paip tidak boleh terus diminum! Ini termasuklah negara kita, Malaysia. Jika anda melancong ke luar negara, pastikan elak minum terus air paip di negara-negara seperti di bawah ini:
Allahu...x dpt bayangkan akak makan nasi minum air paip...susahnya mcm ni...Milan mmg terkenal dengan kejadian pencopet kak..kawan SA pun pernah kena..
BalasPadamKita tak biasa minum air terus dari paip, memang rasa sangat janggalkan SA.
PadamMacam sudah jadi kegiatan ekonomi pula mencopet duit pelancong!
Seramnya ye kak kalau melancong bawak banyak-banyak duit cash ni, sebab pencopet selalunya ada 1001 cara untuk ambil duit tu. Udah la duit teksi pun bukan main mahal ye, gini lah risiko melancong di negara orang kan. Walaupun dikatanya boleh minum air paip kita yang tak biasa ni mesti rasa tak boleh nk telan kan.
BalasPadamMemang seram Dana. Tak tahu di mana silapnya, jadi kami diam-diam sajalah tak berani bersuara, takut tersilap cakap pula.
PadamAduhai Dana... Kak Amie memang kuat minum air kosong. Jadinya sungguh menginsafkan keadaan yang dialami... sampai terbayang bagaimana menahan rasa haus dahaga di akhirat nanti.
Allahu....Bila macam tu rasa baiknya la negara kita ni kalau bab report mereport ni..Kalau polis kita... siap carikan translater untuk membantu mereka..huhuhu
BalasPadamBarulah kami sedar dan insaf, jalan-jalan di tempat orang tidak semuanya indah seperti yang dibayangkan. Maka dari situ, banyaklah ibrah dan pengajaran yang kami kutip.
PadamAgaknya dah terlalu ramai pelancong kehilangan duit. Tapi, sy masih musykil dengan kejadiannya.
BalasPadamTGB kami beritahu, pencuri di sini ada Ph.D hihihiii... ada skill hebat dalam hal mencopet. Begitulah SK, dari cerita-cerita lepas pun mangsa kecurian tidak sedar bagaimana duit boleh hilang. Dipercayai juga ada ilmu pukau yang diamalkan oleh pemangsa.
PadamLupa nak cakap, nasi tu nampak sedap (mungkin sebab yg tengok ni sedang berpuasa ðŸ¤). Tapi, kalau nak minum terus air paip, sy pun fikir byk kali ni, Kak Amie.
BalasPadamYa, memang fikir banyak kali nak minum air paip sebab di negara kita rupanya memang tak selamat minum air terus dari paip. Dan tidak banyak negara yang memiliki tahap bekalan air paip yang selamat untuk diminum.
PadamAllahuakbar, kesiannya. Dia macam kalau hilang, memang kena redha sebab polis pun tak membantu. Kalau tak dibanteras, makin berleluasa lah mereka.
BalasPadamNampak banyak tu porsi nasinya, makan kongsi berdua pun kenyang lagi.
Kann..rasa tak tergamak pula kalau nak minum air paip gitu je. Sebab dah biasa masak air. Tapi kalau dah darurat, terpaksakan jugalah. Mujur masih ada baki air lagi tu Kak Amie.
Rasanya memang pihak berkuasa pun sudah tidak mampu menangani masalah kecurian ini. Kalau difikirkan elok tutup sahajalah tempat pelancongan tersebut sebab memalukan nama negara kan.
PadamMemang besar porsi nasinya tu Fizah. Lagi pun rasa penat sedikit sebanyak mengurangkan selera makan di samping rasa 'tercekik' hendak menelan!
Baki air itu pun jimat-jimat Kak Amie minum.
Baca ini setidaknya makin buat saya lebih berhati2 kalo traveling lagi. Tak di Italia, ataupun negara lain, pencopet pasti akan selalu ada. ..saya sendiri kalo ke luar negara pasti bawa cash kak, Krn memang tak suka pakai kartu. Ada bad experience kartu di hack , sejak itu saya prefer cash kalo luar negara
BalasPadamTapi cara saya baca uangnya memang lah dipecah2. Dan saya taro juga dalam money belt, yang diselempangkan dalam badan. Lalu dilapisi baju . Jadi kalopun ada orang nak copet, dia mesti buka baju saya dulu😄
Kasian lah peserta yg hilang tuh. Jadi pelajaran juga utk lebih hati2.
Jadi ingat saat ke US, di sanapun tak sedia air mineral Krn boleh minum dari keran.
Tapi saya dan suami memang selalu beli air mineral di manapun, apalagi saya selalu banyak kalo minum. Tak akan cukup air yg sedia di hotel. Tapi kalo hotel tak provide, pastilah saya selalu beli
Tak gamak eh minum air paip.. tapi kalau dah tak ada langsung mineral mau kena teguk juga tu.
BalasPadamsyu pon minum air paip sana je haritu, sebab nak jimat.
BalasPadamtapi sebelum tu dah google juga boleh minum ke tak airnya.