Pages

Khamis, 7 Mac 2024

Merentas Laut China Selatan Di Subuh Hari dengan MHflypass Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami bermalam di rumah Abang Aznan di Kolombong ( Abang Aznan sekeluarga sudah pindah rumah dari Penampang ke Kolombong). Abang Aznan sedang bercuti bersama keluarganya di LD. Hanya Fairuz bersama kami. Rumah sewa Abang Aznan setinggi tiga tingkat. Bilik Fairuz dan Haziq di tingkat paling atas! Kami tidur di tingkat dua. Oleh kerana mengejar waktu untuk solat jamak di rumah Abang Aznan, kami tidak dapat singgah makan di restoran. Abang Aznan pesan masaklah apa sahaja yang ada di dalam peti sejuk. Untuk alas perut, kami tidaklah masak lauk yang berat seperti ayam atau ikan melainkan  masak nasi lauk ikan sardin, telur dadar, sayur sawi tumis dan goreng sosej. Cukup menyelerakan di saat perut lapar dan kepenatan seharian dalam perjalanan.

Menjelang pukul 1:30 pagi kami bangun dan membersihkan diri serta bersiap untuk ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Amie telefon Fairuz untuk membangunkannya. Tak larat hendak naik ke tingkat tiga. Kalau ada lift tak apalah juga... ahaks!

Tepat 2:45 pagi Fairuz hantar kami berdua ke lapangan terbang. Pukul 3:30 pagi kami check in bagasi dan kemudian terus menuju ke boarding hall. Boarding time pada pukul 4:20 pagi. Eloklah masuk awal supaya dapat duduk menunggu dengan selesa. Kami dijadualkan terbang pada pukul 5:20 pagi, dan sudah siap mengambil wudhu'. In syaa Allah, sewaktu kapal berlepas, kami akan tunaikan solat di tempat duduk dalam kapal terbang.


Memandangkan harga tiket yang sangat mahal sehingga mencecah lebih 1K (pada ketika kami ingin beli) untuk penerbangan sehala, akhirnya Amie bersetuju untuk beli MHflypass - satu pas tiga perjalanan pergi balik ke seluruh Malaysia - atau enam kuota perjalanan sehala. Perkara ini sebenarnya sudah lama dicadangkan oleh Abang Farid, kerana katanya lebih jimat sebab Amie suka travel. Oleh kerana kali ini sudah tersepit, jadi Amie pun terimalah cadangan Abang Farid.





Zon 2: MYR 1,705*

Zon ini meliputi destinasi berikut: ​

Laluan Malaysia Airlines: Penerbangan ke/dari Kuala Lumpur (Semenanjung Malaysia) – Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Langkawi, dan Pulau Pinang.​

Penerbangan ke/dari Kuala Lumpur (Malaysia Timur) – Kota Kinabalu, Kuching, Bintulu, Labuan, Miri, Sandakan, Sibu, dan Tawau.​

Penerbangan ke/dari Kota Kinabalu – Kuching, Sandakan, Tawau.

Penerbangan ke/dari Kuching – Miri.

Penerbangan ke/dari Johor Bahru – Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Langkawi, dan Pulau Pinang.

Penerbangan ke/dari Alor Setar, Langkawi, and Pulau Pinang – Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.

Penerbangan ke/dari Kota Bharu, Kuala Terengganu, dan Kuantan – Alor Setar, Johor Bahru, Langkawi, dan Pulau Pinang.

Laluan Firefly: Penerbangan ke/dari Lapangan Terbang Subang (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ) – Kota Bharu, Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Alor Setar.

Penerbangan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang – Kota Bharu, Johor Bahru dan Langkawi.


Kepada sesiapa yang belum tahu dan tak berapa hendak ambil tahu seperti Amie sebelum ini, bolehlah rujuk ke laman web Malaysia Airlines di bawah ini. Bolehlah terbang-terbang sesuka hati dan sepuas-puasnya terutama mereka yang ada anak dan sedang belajar jauh seperti di Sabah dan Sarawak atau mana-mana lokasi di Malaysia Barat dan juga Malaysia Timur. Ada lagi tawaran lain, iaitu MHflypass ASEAN! Sudah tentu ia sangat bermanfaat untuk para pengembara!

Untuk info lanjut MHflypass Malaysia bolehlah klik di sini:

https://www.malaysiaairlines.com/my/ms/other-offerings/travel-passes.html#mhflypass-malaysia

Harga yang ditawarkan berbeza mengikut zon. Zon yang sesuai untuk Amie ialah Zone 2 dengan harga RM1,705 tetapi sewaktu Abang Farid belikan, Amie dapat potongan harga sebanyak RM141.00. Dari harga RM1,705 dapat RM1564.00. Seronok pula apabila membayangkan harga RM1, 564 itu boleh terbang tiga kali pergi balik atau 6 kuota perjalanan sehala! Bermakna bayaran hanya dikenakan sebanyak RM260.00 untuk penerbangan sehala dengan penambahan sebanyak RM24.75 untuk tempat duduk! Yang pastinya, biasanya penerbangan pada awal pagi!

Walaupun terbang awal pagi, ada lagi kelebihan gunakan MHflypass ini iaitu perubahan tarikh percuma, dapat makan minum percuma, pemilihan tempat duduk standard, berat bagasi sehingga 35kg dan kabin 7kg serta memperoleh sehingga 804 mata Enrich. Maklumat selanjutnya bolehlah klik ke laman web yang Amie kongsikan di atas.

Abang Farid tempahkan Amie tempat duduk paling hadapan selepas bahagian Business Class iaitu 5F. Kamsiah pula agak terlewat beli tiket, jadi dapat duduk di kerusi 8F. Tak apalah, sekapal juga.


Tak sama rupanya tempat duduk paling hadapan (selepas Business Class), dengan tempat duduk biasa. Skrin sentuh terletak jauh ke hadapan. Sebenarnya Amie tak perlukannya ketika itu sebab sudah niat dalam hati hendak tidur sahaja sehingga kapal terbang mendarat di KLIA 1. Namun begitu, sekiranya terjaga hendak juga tangkap gambar matahari terbit!

Beg sandang kita pula tidak dibenarkan letak di bahagian hadapan ketika kapal terbang hendak berlepas dan ketika hendak turun! Pramugari jugalah yang tolong letak di tempat penyimpanan di atas kita, dan kemudian kembalikan kepada kita setelah kapal terbang berada di udara. Sewaktu hendak mendarat, dimintanya lagi beg kita untuk dimasukkan ke dalam tempat penyimpanan! Agaknya sebab kita duduk tepi tingkap, itu sebab pramugari rajin hulur tangan nak bantu supaya kita tak perlu bergerak melewati dua orang penumpang di sebelah kita.

Poket kerusi pula nun di bawah sana. Tidak seperti kebiasaanya berada di belakang kerusi penumpang! Dan satu lagi, kalau dihidangkan sarapan nanti di mana hendak cari mejanya? Aduhai, ketika pramugari hidangkan sarapan, adik perempuan di sebelah kita yang tolong tarik meja yang terselit di sebelah kiri tempat duduk! Walaupun sudah beratus kali naik kapal terbang, sesekali memang terasa bengangnya apabila duduk di tempat yang berbeza dan jauh dari Kamsiah pula!


Bahagian hadapan tempat duduk di belakang Business Class.



Selepas solat subuh rasa hendak lelapkan mata sahaja, tapi terbau pula aroma sarapan pagi yang menyucuk hidung. Amie pilih nasi lemak lauk sambal udang, telur rebus, ikan bilis dan kacang tanah goreng. Ada sebungkus kecil kacang masin dan sepotong kek marble serta sebotong kecil air minuman. Selepas sarapan, Amie terus pejamkan mata, tak layan lagi minuman panas yang dihidangkan. 

Terdengar sayup-sayup pengumuman keberadaan kapal terbang setinggi 37 ribu kaki dari aras laut. Ketika itu jam menunjukkan pukul 7:15 pagi. Terus menoleh ke luar! Alahai.... mana matahari terbit?


Inilah gambaran suasana di atas awan yang dapat diabadikan. Di mana mataharinya?


Oleh kerana tidak tahu mana arah matahari, jadi mata pun terus membesar melihat pelbagai bentuk awan! Dalam ketinggian 37 ribu kaki itu, agaknya kapal terbang yang dinaiki ini berada di lapisan awan yang ke berapa? Dan apa nama jenis awan yang kami lalui ini?



Ada nampak tak awan stratus?
Mana satu awan stratokumulus?
Mana yang namanya awan nimbostatus?



Flight MH2637 from BKI  Terminal 1 Kota Kinabalu to KUL Terminal 1 Kuala Lumpur mendarat tepat pada pukul 7:50 pagi. Namun begitu, pada pukul 7:58 pagi terdengar pengumuman bahawa kapal terbang akan mengambil masa di antara 10 hingga 15 minit lagi kerana tempat letak kapal terbang sedang digunakan oleh kapal terbang lain!

Kita pun manfaatkan waktu beberapa minit itu untuk lelapkan mata semula sebelum keluar kapal terbang dan mengambil bagasi.

Selamat datang ke KLIA Terminal 1 Kuala Lumpur.


Tempat pertama sebaik sahaja tiba dengan mengheret bagasi sudah tentulah ke kaunter tukaran mata wang asing. Agen pelancongan telah mencadangkan  supaya menukar duit poket / shopping sebanyak RM1500.00 - RM3000.00. Antara peringatan agen tersebut termasuklah:

  • Mata wang yang digunakan di Balkan adalah EURO dan LIRA. EURO (di 7 negara Balkan) dan LIRA di Turkey) sahaja.

  • Kami disarankan untuk tidak membawa wang dalam kuantiti yang banyak kerana takut kehilangan. Wang belanja yang dibawa sekitar EURO350-EURO450 manakala TRYLIRA3000 -TRYLIRA6000.

  • Kami digalakkan menukar duit siap-siap di Malaysia dan bawa wang tunai dalam amaun kecil bagi mengelakkan kerugian sekiranya dirompak.

  • Aktifkan penggunaan antarabangsa kad debit atau kad kredit.
Kadar pertukaran wang pada 12 Februari 2024 ialah:
  • 1 EURO bersamaan dengan RM5.63 sen.
  • 1 TRYLIRA bersamaan dengan 000.2700
Selesai urusan penukaran mata wang, kami pun bergerak menuju ke surau. Dalam perjalanan ke surau, sempat singgah beli tiga botol air mineral 500ml. Selepas solat sunat duha, Kamsiah keluar dari surau kerana tidak dapat berlama-lama di situ sebab sangat sejuk. Tinggallah Amie seorang diri, menulis catatan perjalanan sambil mengunyah kacang masin MAS.

Bila penerbangan seterusnya?
13 Ferbruari 2024 bersamaan pada hari Selasa pukul 1:45 pagi.
Pukul 9:30 malam nanti kami akan bertemu dengan semua peserta Trip Balkan dan pengurus pelancong.

21 ulasan:

  1. Sesuai sangat Kak Amie beli MHflypass, nampak sgt menjimatkan 👍
    Rasanya tak lama lagi KA boleh beli MHflypass ASEAN pulak ahak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat jimat PH. Dari dulu tak pernah layan cadangan Abang Farid. Sekarang baru sedar hihihii.

      Padam
  2. Rumah tiga tingkat memang tak larat lah nak naik sampai atas, call je senang kan. hihi...Jauh perjalanan perut pun tak meminta sangat, asal ada untuk isi perut dah memadai.

    Bagus juga ye ada MHflypass. Berkali kali pergi balik sehala dengan penjimatan. Bagus juga idea Abang Farid tu.

    Business class lebih luas semestinya kan, itu yang jauh-jauh sikit. Cantiknya permandangan dari atas. Tak nampak matahari, nampak awan pun seronok dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak laratlah naik sampai tingkat tiga tu Fiziah.
      Memang puas hati dapat terbang bersama MHflypass, sangat jimat!
      Macam terlepas nampak matahari terbit sebab tertidur.

      Padam
  3. Seronoknya kak Amie pergi Balkan.
    Memang sesuai sangat akak beli MHflypass tu, berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Walaupun penat tapi banyak pengalaman menarik dibawa pulang.
      Ya, berbaloi sangat beli MHflypass.

      Padam
  4. kak Amie yang naik kapal terbang selalu pun bingung cari tempat letak makanan...kalau linda, mau kejung je...hihihi...tak pernah naik kapal terbang...gitulah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihiiii... kalau ada kawan duduk di sebelah taklah kalut kan Linda.

      Padam
  5. Ohh baru tau MH Flypass ni. Kalau selalu travel memang worth beli. Nampak awan tu, Subhanallah cantiknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepada yang suka mengembara, memang elok sangatlah beli MHflypass ni. Tak perlu fikir harga lagi, terus boleh terbang enam hala.

      Padam
  6. Eh ada jual tiket by zone ni.. seronok juga dpt terbang 6 kali dgn harga seribu lebih.. Kalau buat utk international flight lagi best hahahaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbaloi-baloi beli MHflypass ni. Boleh terbang seluruh negara, boleh beli juga zon negara-negara ASEAN.

      Padam
  7. Banyak jugak jimat tu, Kak Amie. Memang sesuai utk Kak Amie yg selalu travel terbang sana-sini. Sy lambai² Kak Amie dari bumi ajelah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapalah dari dulu Kak Amie tak peduli cadangan Abang Farid kan SK. kalau tak, dah lama boleh berjimat hihihiii.

      Padam
  8. menarik MHflypass tu. kalau sy ddk S/S pun sy nak beli juga...

    berani juga ya kak amie tukar duit kat airport. sebab ramai ckp kat tukar kat airport mahal... tp sy penah jg laa buat sekali dulu...😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk di Malaya pun boleh beli juga kan Anies. Boleh terbang ke sana ke mari hehehee.
      Memang dari dulu Kak Amie tukar duit di airport. Kadang-kdang tukar di LD. Itu pun kalau ada tukaran mata wang asing. Kali ini tiada EURO di LD. Memang nilainya lebih mahal, tapi itu sajalah pilihan yang ada. Tidaklah banyak tukar, sekadar duit poket saja.

      Padam
  9. Baca ja info ni tadi..terus hantar link kat Adah....🤣
    Adah dah respon dia pernah dengar pasal MHflypass tapi selalu lupa nak explore..
    Lepas baca link ni terus explore..terima kasih cikgu atas infonya

    BalasPadam
  10. menarik la MHflypass ni...rasa macam nak survey plak..betul mmg bagus tukar siap- siap mata wang asing..takut sampai sana kalau tukar amount lagi kecil kan

    BalasPadam
  11. Saya pernah baca Bbrp pass dari maskapai seperti ini. Garuda Indonesia kalo tak salah ingat pun ada. Tp memang bagi saya tak berbaloi Krn saya traveling kebanyakan ke Luar negeri, dan itupun LBH suka maskapai lain. Karena Garuda mahal biasanya. Kalo domestik pula saya tak sering. Jadi tak pernah beli pass macam itu 😄

    BalasPadam
  12. wah untung banyak tu beli tiket MHFlypass. Boleh balik kampung selalu. Saya tak faham lah kenapa harga tiket sekarang melampau-lampau harganya antara semenanjung dengan sabah dan serawak. Takkan le nak kaut untung sebab ganti zaman pkp dulu yang rugi hihshhh. Kenapa pulak kita penumpang yang kena terima musibatnya.

    BalasPadam
  13. mahalnya tiket flight. tp nasib baik ada MHFlypass tu. tp timing dia pagi la pulak ya.

    BalasPadam