Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, setelah tutup pintu dapur selama 25 hari mulai 11 Februari 2024, hari ini Amie's Little Kitchen bersiaran semula.
Apa khabar rakan-rakan blogger dan silent readers Amie's Little Kitchen?
Kita pula yang rasa rindu hendak blogwalking, rindu hendak mengetahui perkembangan rakan-rakan semua. Baru-baru ini terdengar khabar duka daripada blogger SURIA AMANDA yang telah kehilangan ibu tercinta, arwah Mak Pah. Semoga SA sekeluarga, terutamanya Pak Zain tabah dan sabar menghadapi dugaan berat ini. Buat SA, khidmat bakti selama menjaga dan merawat arwah semoga mendapat ganjaran paling besar daripada-Nya. Dan harapan SA untuk membawa Pak Zain jalan-jalan, in syaa Allah akan dipermudahkan segala urusannya. Walaupun tak pernah bersua, namun kita rasa sudah kenal rapat dengan keluarga Pak Zain kerana kita sentiasa ikuti kronologi kisah hidup SA. Jadinya, memang tidak pernah terputus mengikuti apa-apa perkembangan yang berlaku.
Apa pun, semoga SA teruskan hari-hari mendatang dengan tenang dan sentiasa berlapang dada. Setiap yang bermula tentu akan berakhir, dan setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita kutip sepanjang menempuh kehidupan ini.
Berbalik kepada tajuk Cuti-Cuti Balkan, Amie habiskan masa selama 13 hari 10 malam mengembara ke bahagian Eropah Tenggara bermula pada 13 Februari 2024. Namun begitu, Amie tinggalkan LD pada 11 Februari menuju ke Kota Kinabalu, dan pada 12 Februari 2024 terbang dari Kota Kinabalu ke KLIA 1. Nampak gigih sungguh berusaha untuk merealisasikan harapan melihat-lihat bumi Allah walaupun terpaksa korbankan masa dan tenaga menyeberang Laut China Selatan.
Pakej Kembara Balkan meliputi:
- Italy
- Croatia
- Bosnia Herzegovina
- Albania
- Montenegro
- Macedonia
- Bulgaria
- Turki
Kali ini Amie bercuti bersama Kamsiah. Pada mulanya kami bercadang untuk naik kapal terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur. Harga tiket, tak boleh bawa bincang! Mungkin waktu cuti, jadi syarikat penerbangan menaikkan harga terus melangit kayangan! Baru-baru ini sudah ada keluhan menteri dari Sabah dan Sarawak di parlimen tentang kenaikan harga yang tidak masuk akal!
Tak apalah!
Bukan kami tidak mahu beli tiket lebih awal, tetapi kami risau kalau agen pelancongan menukar tarikh atau membatalkan pakej seperti yang berlaku pada 2019!
Tiba-tiba Fairuz muncul, beritahu akan pulang ke LD pada 8 Februari. Mendengar Amie akan ke Kuala Lumpur pada 12 Februari, Fairuz dengan senang hati membuka tawaran untuk hantar kami dari LD ke KK pada 11 Februari dan bolehlah terbang ke Kuala Lumpur pada 12 Februari, keesokan harinya.
Alhamdulillah.
Walaupun sepatutnya Fairuz balik ke KK pada 13 Februari, tapi demi Mommynya dia sanggup korbankan waktu cutinya di LD! Terima kasih Fairuz, sayang Mommy!
Teruja sangat hendak memulakan perjalanan! |
Pagi 11 Februari bersamaan pada hari Ahad, jam lapan pagi kami ambil Kamsiah dari rumahnya dan bergerak meninggalkan LD. Walaupun jalan raya dari Kampung Paris sampailah ke Telupid tidak menjanjikan perjalanan yang menyenangkan, tetapi kami tempuhi juga dengan hati yang lapang sambil mengenangkan pengembaraan yang akan bermula pada hari lusa.
Sepanjang perjalanan hujan turun renyai-renyai.
Tanpa diduga, tayar kereta terlanggar lubang di Batu 32 Jalan Sandakan menuju ke Beluran. Setakat langgar lubang tidak mengapa, tetapi menyebabkan kecederaan pada tayar sebelah kiri bahagian hadapan. Kejadian berlaku pada pukul 10:22 pagi. Fairuz terus hentikan kereta di tepi jalan.
Walaupun rasa panik, tapi kenalah bertenang!
Selalunya kami hanya melihat kereta orang lain yang pecah tayar, tapi kali ini terpaksa menyaksikan sendiri kejadian yang benar-benar berlaku di depan mata!
Oh, jalan raya!
Sampai bilakah keadaan begini harus berlaku?
Entah siapa yang salah.... ku tak tahu.
Rasa sangat kasihan melihat Fairuz berusaha untuk mengatasi masalah yang sedang berlaku. Akhirnya Fairuz dapat hubungi mekanik di kawasan berhampiran untuk memeriksa kecederaan tayar kereta.
Sementara menunggu mekanik sampai, sempat juga ambil gambar kenangan.
Senyum sajalah walaupun dalam hati penuh kecamuk.
Ini baru permulaan kembara!
Sempat menulis catatan kejadian langgar lubang. |
Alhamdulillah, mekanik yang sedang bekerja di bengkel hanya berada sejauh tiga kilometer dari tempat kejadian. Dalam perbualan di telefon, Fairuz kata kena bayar sebanyak RM360.00 sekiranya termasuk bayaran spare tire sekiranya tayar tidak boleh digunakan lagi.
Hujan renyai berhenti seketika. Panas terik pula yang menggantikannya!
Amie sempat bersembang dengan mekanik tentang masalah kenderaan yang lalu-lalang di kawasan kritikal tersebut, penuh dengan lubang dan lopak! Katanya, bukan hampir setiap hari tetapi setiap hari memang ada kejadian langgar lubang dan pecah tayar. Maksudnya dalam tempoh sehari memang beberapa kali berlaku kejadian tersebut!
Amie sempat bersembang dengan mekanik tentang masalah kenderaan yang lalu-lalang di kawasan kritikal tersebut, penuh dengan lubang dan lopak! Katanya, bukan hampir setiap hari tetapi setiap hari memang ada kejadian langgar lubang dan pecah tayar. Maksudnya dalam tempoh sehari memang beberapa kali berlaku kejadian tersebut!
Malam tadi, katanya pada pukul dua pagi ada pemandu MYVI melanggar lubang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Semporna. Tiada kenderaan yang berhenti untuk membantu! Syukurlah mereka dapat menghubungi mekanik untuk membantu.
Setelah mekanik buka tayar dan ganti dengan spare tire, Fairuz pandu kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.
Beginilah rupa tayar yang cedera langgar lubang!
Amie dan Kamsiah sempat isi perut di sebuah kedai makan bersebelahan bengkel.
Perut rasa lapar, dan kebetulan hujan turun lagi.
Lauk-pauk hampir habis. Tak ada selera hendak makan nasi, sebaliknya teringin pula hendak makan mi segera! Boleh hirup sup panas.
Mi segera untuk Amie dan Kamsiah. |
Lubang yang dilanggar sehingga menyebabkan kecederaan tayar dan rim kereta patah! |
Pukul 12:26 tengah hari, selesailah masalah tayar yang cedera tadi. Rupanya tayarnya masih elok, dan rimnya pula yang patah! Jadi, hanya gantikan spare tire. Jumlah bayaran yang dikenakan hanya RM56.00 sahaja. Alhamdulillah, selamat RM300.00!
Perjalanan sejauh 400 KM dari LD ke KK diteruskan. Hujan renyai-renyai mengiringi kami sehingga ke Kolombong. Tepat 5:20 petang tibalah kami ke tempat tujuan. Ini bermaksud perjalanan yang perlu memakan masa di antara 7 hingga 8 jam, beranjak sehingga hampir 10 jam disebabkan masalah langgar lubang di Batu 32 Jalan Sandakan!
Alhamdulillah.
Masalah dapat diatasi dan kami perlu bersiap untuk ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 2:45 pagi. Penerbangan ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 5:20 pagi bersamaan hari Isnin 12 Februari 2024.
Masalah dapat diatasi dan kami perlu bersiap untuk ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 2:45 pagi. Penerbangan ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 5:20 pagi bersamaan hari Isnin 12 Februari 2024.
Seperti biasa, sudah tentulah setiap kembara meninggalkan pelbagai memori pahit dan manis untuk dijadikan buah kenangan dalam hidup.
Walaupun tamat kembara Balkan pada 25 Februari 2024, tetapi Amie sambung bercuti 10 hari di kampung, jalan-jalan ke rumah Abang Farid di Perak dan bertemu Fuad di Penang. Itu sebabnya entri Cuti-Cuti Balkan baru bermula hari ini.
Assalamualaikum kak amie...wah bestnya mengembara jauh ke negara orang. Jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengetahuan gitu...Ada pahit ada manisnya kan..yang penting semua itu menjadi satu pengalaman berharga dan memori tercipta
BalasPadamWaalaikumussalam Lina.
PadamYa, Lina. kalau tak mengembara memang tak terkumpul cerita pahit manisnya.
Selamat kembali kak Amie.
BalasPadamSemoga keluarga kak SA terus kuat, sabar dan tabah. Semoga arwah ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman. Aamiin...
Untung juga ada Fairuz dapat menghantar. Baru bermula pengembaraan dah mencabar. Mujur ada mekanik dekat yang datang membantu. Dapat juga jimat duit bayar sikit daripada 300 lebih tu. Bahayalah jalan macam tu, memang bengkok sportrim. Sampai bila nak biarkan jalan begitu, membahayakan betul.
Ohh balik kampung sekali sempena cuti sekolah ye. Selamat merangka cerita cuti cuti Balkan dan kampung.
Terima kasih Fizah.
PadamSedih sangat dengar khabar duka pemergian arwah Mak Pah. Moga SA sentiasa tabah.
Ya, balik kampung sebab Encik Suami dan Firdaus menyusul ke Kuala Lumpur!
alhamdulillah...memanfaat kan cuti sekolah sepenuhnya..
BalasPadamlinda tak sabar nak tgu kak Amie p bercuti ke mana kali nie..
dalam juga lubangnya sehingga boleh patah rim kereta..alhamdulillah, tiada mendatangkan kecederaan yang serius...
Terima kasih Linda. Nanti Kak Amie update pelan-pelan ye.
PadamAlhamdulillah, sampai juga ke KK walaupun tayar kena ganti.
rindu kak amie..kerap kali juga teringat2 kan kak amie,terdetik dalam hati agaknya kak amie belum balik dari bercuti lagi..kak amie apa khabar balik dari cuti panjang?
BalasPadamAduhai... Kak Amie pun rindu Afzan, rindu rakan-rakan blogger yang lain.
PadamKhabar Kak Amie baik-baik saja. Nanti Kak Amie cerita pelan-pelan ye Afzan.
setiap kali cuti sekolah tertunggu2 mana destinasi percutian akak... dugaan betul ye kak,belum apa2 dh tayar pancit langgar lubang. Besar lak tu lubangnya... aduhla
BalasPadamKalau dah kaki jalan, tunggu saja cuti tiba memang pecut laju Dana... ahaks!
PadamTayar pancit itu dugaan awal kembara Dana hihihiii.
Welcome home kak amiiiiiie πππππ. Dah tak sabaaar nak baca tulisan2 kak Amie ttg trip kali ini ❤️❤️❤️.
BalasPadamDari banyak negaranya, cuma Bulgaria dan turkiye yg saya pernah visit. Ini tak sekalian Serbia kah? Baguus juga itu dan dekat dengan Bulgaria kan. Biasa satu paket π.
Kak Amie ternyata suka menulis di memo juga tiap perjalanan yaa? Samalah kita. Kalo tak begitu, lupaaa semua kan π
Terima kasih Fanny... penantiannya sudah berakhir, Kak Amie sudah pulang.
PadamKami tidak masuk Serbia. Beberapa tahun dulu Kak Amie pernah transit Belgrade Airport sebelum ke Sarajevo.
Ya, Kak Amie mesti tulis sikit-sikit dalam buku sebab banyak peristiwa yang berlaku dalam kembara, biasanya ada yang terlupa!
Welcome back kak Amie...selamat menaip kembali.
BalasPadamBagus Fairuz offer diri utk hantar mommynya ke KK. 400km dah macam dari KL ke utara sana.
Semoga adalah YB kawasan yang take note and take action tentang isu lubang disana. Bahaya betul
Terima kasih Ammi.
PadamYe, Sabah ni daerahnya jauh-jauh.
Huurrmmm..... tak tahu nak kata apa isu lubang dan lopak dan jalan macam bulan!
Mudah-mudahanlah keadaan akan bertambah baik.
kak amie ni real penulis tau. siap dengan buku catatan. Buku catatan saya.. bawang, susu mijan, sadin, mi kuning, sawi, ayam.. hahaah
BalasPadamTulis juga dalam HP, tapi macam tak masuk ke hatilah MY. Jadi kalau pegang pen dan coret atas kertas, barulah puas hati hihihii.
Padambestnya ke Balkan, memang dapat bucketlist tapi tak pasti ada kesempatan ke tidak sebab banyak betul dalam bucket list yang belum dipenuhi
BalasPadamIn syaa Allah, akan sampai juga ke Balkan.
PadamAlhamdulillah cuti yg terisi dgn pelbagai agenda π
BalasPadamTak sabar nak baca cerita pengembaraan Kak Amie ke negara Balkan.
Alhamdulillah, dapat jejak kembali ke tanah air dengan selamat.
PadamYe, nanti Kak Amie pelan-pelan tulis kembara Balkan ye PH.
Banyak juga tempat yang kak Amie kunjungi...saya satupun belum.. haha...kak Amie rajin mencatat semuanyaπiya ya kak..karena banyak tempat yg di singgahi jangan sampai terlewat...syukur mobilnya bisa segera di perbaiki, kalau tidak..repot juga ,niat mau antar supaya lancar malahan masuk lubang, syukur ada bengkel yang dekat.
BalasPadamBanyak negara yang dikunjuni, orang kata setakat touch and go saja... tapi tak apalah kan, yang penting dapat jejak.
PadamYa, kasihan Fairuz. Niat baiknya disusuli dengan dugaan pula. Alhamdulillah semua masalah dapat diatasi.
Alhamdulillah semua dilalui dengan baik. Seronok nya Kak Amie ke Balkan. Nanti nak baca semuanya.
BalasPadamIn syaa Allah, nanti Kak Amie tulis entri Balkan ye Mulan.
PadamAllahu langgar lubang pulak.. dah tayar pancit.. bertabah la dgn dugaan sebelum ke destinasi..
BalasPadamItulah, rezeki yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah dugaan dapat diatasi.
PadamAssalam, Kak Amie. Pagi ni baru sempat singgah sini. Rupanya Kak Amie cuma pergi berdua dengan Kak Kamsiah ya. Kagum sy dgn semangat waja kakak² berdua ni merentas ke negara Eropah hanya berdua. Nasib baik ada anak bujang gagah Fairuz. Memang terukbtu jalanraya kalau dlm sehari ada jer yg pecah tayar langgar lubang.
BalasPadamWaalaikumussalam.
PadamBerdua dengan Kamsiah dari LD. Sampai KLIA jumpa ahli rombongan untuk terbang bersama ke Balkan.
Rasanya sudah lama viral jalan 'bulan' di Sabah ni. Memang teruk sangat kan setiap hari ada masalah kenderaan cedera langgar lubang.
selamat kembali berblog yer kak emi... nanti bolehlah kak emi share masakan berbuka dan sahur kak emi setiap hari sepanjang ramadhan.. yumm yumm yumm
BalasPadamTerima kasih Lady.
PadamIn syaa Allah, mudah-mudahan ada kesempatan untuk sediakan juadah berbuka dan bersahur.
Dahsyat betul penangan lubang tu sampai bengkok rim.
BalasPadamTak sabar nak baca kembara ke Negara Balkan.
Tak tahulah kenapa pihak yang bertanggungjawab tidak mahu mengatasi masalah jalan rosak di Sabah!
PadamYa, nanti saya update pelan-pelan kembara ke Balkan ye.
Assalamualaikum...
BalasPadamWah...dapur dah buka....lama menyepi,rindu betul nak bertandang ke sini mendengar cerita dan celoteh..
selamat kembali dengan catatan kembara Balkanπ₯°
Assalamualaikum kak amie..terimamkasih ingat pada SA dan Pak Zain serta arwah Mak Pah dipermulaan cerita..sungguh dugaan buat SA tapi macam yang kak amie cakap..hidup perlu diteruskan dan SA kena tabah..x sabar nak baca catatan travel Kak Amie..
BalasPadambestnya travel..sambung jalan2 dlm negeri..
BalasPadamwau 8 negara amie singgah. Hanya turki je yang saya dah pergi. MUdahan yang lain Allah rezekikan saya travel. Aamiin
BalasPadamAduhaiiii mula perjalanan dah ujian Allah berikan, Teruk sungguh rim dia sampai patah mesti lubang dalam. Rajin sungguh amie buat catatan. Saya kadang hangat-hangat taik ayam je. Mula-mula je rajin catat lepas tu hampeh. hehehehe lepas tu bila bercerita ikut apa yang otak ingat je.
BalasPadamWah Mbak Amie sudah kembali...
BalasPadamCatatan perjalanan yang pertama ini saja sudah asik dibaca.
Aduh ban kendaraan sampai pecah begitu ya Mbak. Untunglah ada mekanik yang datang membantu.
Saya lihat sudah banyak entri baru disini. Asik nih catatan perjalanannya ditulis dengan lengkap.
Salam,
wah bestnye kak amie pegi balkan.
BalasPadamtp permulaan perjalanan dah ada dugaan..