Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini LD hujan lebat selepas asar sampailah hampir waktu berbuka puasa. Alhamdulillah, panas terik tengah hari diganti dengan suhu dingin menjelang petang pada hari puasa ke-10 Ramadan.
Apa juadah berbuka puasa hari ini? Amie masak bihun goreng sahaja. Encik Suami sediakan jus epal. Syukur dengan rezeki berbuka puasa. Habis licin kami makan bertiga dan tidak berbaki. Firdaus menambah-nambah bihun goreng dalam pinggannya Nampak berselera sungguh!
Bihun Goreng Singapura |
Olahan Bihun Goreng Singapura ini Amie gunakan sahaja bahan yang ada. Minta Encik Suami belikan sawi, dibawanya pulang sayur bayam pula. Biasanya kalau rajin Amie akan tambahkan hirisan cendawan shiitake dalam masakan, tapi kali ini tak sempat hendak rendam cendawan. Memang harumlah aroma cendawan shiitake tapi tak apa, boleh gantikan dengan aroma udang kering saja.
Resipi Bihun Goreng Singapura
Bahan-bahannya:
- 1 bungkus bihun - rendam dengan air biasa sehingga lembut - toskan
- 2 cawan hirisan isi ayam
- 12 cawan hirisan lobak merah
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil lada putih tumbuk
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 4 sudu besar minyak
Bahan tumbuk:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Pecahkan telur di dalam kuali. Goreng kacau dan angkat. Ketepikan.
- Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
- Masukkan isi ayam bersama lobak merah.
- Tambahkan sedikit garam. Gaul rata sehingga isi aya
- m masak.
- Masukkan bihun.
- Taburkan garam / perasa pilihan dan lada putih tumbuk.
- Kacau rata dan kemudian masukkan telur goreng yang digoreng kacau tadi.
- Gaul beberapa kali dan kemudian padamkan api dapur.
Bihun Goreng Singapura |
Alhamdulillah
BalasPadamSelamat berbuka puasa
Yummy...kelihatan sedap dan cantik platingnya kak amie...kapan kapan ah mbul bikin bihun goreng
BalasPadamHari tu buat Mi Kari tak ada sawi, Bihun Goreng pun nampaknya tak ada rezeki nak letak sawi, tapi tetap menyelerakan sampai licin tak berbaki.
BalasPadamRingkas tapi sedap 👍
BalasPadamterliur pulak tengok. nanti nak buat la.
BalasPadamSedapnya bihun goreng...teringin nak makan bihun goreng Pak Zain...
BalasPadammeehun putih kt ank sy
BalasPadamsedapp buat juadah moreh ni
boleh masuk dlm list utk next menu ni. sedapnyaaaa la hai ehehe
BalasPadamFavorite kami ni Kak Amie. Lama tak masak.
BalasPadamSemalam dah baca tak sempat komen..Tapi dah plan hari ini nak goreng mihun kerana terliur mihun cikgu...Sayangnya hari ni jadi lain.In shaa Allah,nak masak juga mihun nanti
BalasPadamNampak sedap .menarik betul food presentation tu . Makan dengan cili kicap sedap nii
BalasPadamBihun singapur ini berarti tanpa kecap yaa. Kami biasa sebut bihun putih. Saya sukaa buat juga. Malah lebih suka bihun putih drpd yg pakai kecap. Dan memang kak, kalo pakai Shitake, lebih sedap ❤️👍👍
BalasPadamMintak sawi sekali bayam yang datang. hihi..agaknya tersilap tu. Sesekali berbuka masak ringkas je pun berselera makan. Tudiaa bertambah tambah Daus makan. Ada cendawan shiitake lagi lah berselera. Tapi tulah leceh nak tunggu kembang kena rendam dulu. Kadang saya guna air panas je rendam nak cepat.
BalasPadam