Pages

Isnin, 25 Mac 2024

Berbuka Nasi Ayam Resipi Simple Dimple

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini merupakan hari ke-14 umat Islam berpuasa. Semoga terus dipermudahkan amal ibadah kita sehingga ke penghujung Ramadan.

Apa agaknya juadah berbuka puasa rakan-rakan hari ini? Amie tidak masak seperti hari-hari sebelumnya. Encik Suami beli makanan di bazar Ramadan, dan hanya buat jus buah epal sahaja di rumah. 

Paparan nasi ayam kali ini sebenarnya menu berbuka puasa kami kelmarin. Amie masak nasi ayam tapi kurang lengkap pula. Encik Suami  sibuk dengan pelbagai urusan dan sebelah malamnya  selepas terawih akan terus ke kampung untuk majlis bacaan yasin dan tahlil. Walaupun majlis tersebut juga dibuat di Silabukan, tempat tinggal ALLAHYARHAM MUHAMMAD NAZMIE AIZAT tetapi keluarga sebelah ayahnya terutama bapa dan emak saudara hendak buat juga di Kampung Cocos. Kedudukan Silabukan agak jauh dan memakan masa juga untuk ke sana, jadi tidak mengapalah adakan majlis bersama -sama keluarga terdekat di sini. Jadinya pada masa yang sama, dua tempat mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil. Mudah-mudahan segala doa yang dikirim Allah akan kabulkan.

Walaupun juadah berbuka puasa kelmarin, tetapi Amie jadikan entri juga. Maklum sahajalah kalau sudah agak sering tidak menulis, memang berhari-harilah lamanya akan berehat! Tak mahulah cerita lama berulang kembali. Berbulan-bulan lamanya tidak menulis, bertahun pula tidak berkomunikasi denga  rakan-rakan blogger.

Jadi, menulislah setiap hari walaupun tidak banyak!


Melihat kesibukan Encik Suami yang tidak cukup rehat beberapa hari kebelakangn ini, Amie pun tidaklah ingin menambah bebannya lagi. Apa yang dibelikannya, itulah yang Amie masak. Kicap sudah habis, tapi Amie diam-diam saja.  Tidaklah menjadi kesalahan kalau makan nasi ayam tanpa kicap. Tiba  waktu berbuka puasa semuanya rasa sedap belaka.

Nasi Ayam

Ayam Goreng

Sambal

Sup Rebusan Ayam

Samosa


Jus Epal Hijau + Limau Nipis + Asam Boi

Selepas majlis bacaan Yasin di kampung, biras bekalkan cucur udang dan soto dari kampung.


Nasi Ayam Rebus 

Encik Suami dan Firdaus makan nasi ayam dengan ayam goreng tapi Amie makan nasi ayam dengan ayam rebus.

Hidangan Berbuka Puasa


8 ulasan:

  1. Faham sangat keadaan tu. Kita guna apa yang ada je lah.
    Tak cukup bahan pun menyelerakan. Ye, betul tu Kak Amie. Janji ada entry dan blog tak sunyi sepi. Lama tinggal jadi kekok pula nak mengarang ayat.

    BalasPadam
  2. Makanan yang paling sedap ialah waktu lapar....

    BalasPadam
  3. Sama kita suka ayam rebus jika makan nasi ayam.

    Semoga dipermudahkan urusan keluarga arwah dan Kak Amie.

    BalasPadam
  4. Samalah juadah kami berbuka semalam, nasi ayam juga. Tapi saya beli je sebab sudah agak lewat untuk sampai ke rumah.

    BalasPadam
  5. Teringinnya nak makan nasi ayam tapi nak makan yang TCRS...hahaha...

    BalasPadam
  6. Tak ada kicap pun sedap Kak Amie.

    BalasPadam
  7. Tak ada kecap, tapi ada sambal kak amie. Itupun dah sedap 😍👍. Minuman kalo dah pakai asam boi pastilah enak. Saya paling suka minum jus kedondong pake asam boi.

    BalasPadam