Pages

Isnin, 1 Januari 2024

Sarapan Nasi Lemak Sambal Kerang & Sotong dan Jemput Lala @ Ale-Ale

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari kedua di rumah Bonda, kita buatkan Bonda sarapan nasi lemak dan juga jemput-jemput lala @ ale-ale. Nasi lemak berlauk sambal kerang dan sambal sotong kembang. Ale-ale dan kerang kita beli di Pantai Remis. Sotong kembang pula kita beli di Econsave Sungai Buluh.

Jemput-jemput lala @ ale-ale, di depan sekali.

Nasi lemak.

Sambal kerang and the gang.

Sambal sotong kembang.


Paling laku keras sudah tentulah jemput-jemput lala @ ale-ale. Kita beli lala 2 kg dan kopek isinya sendiri Jadinya, rasanya lebih manis ketika dibuat jemput-jemput. Kita tambahkan jagung tin, daun bawang dan sebiji telur dalam adunan.

Nasi Lemak Sambal Sotong & Kerang

13 ulasan:

  1. Wah,menarik jemput jemput lala tu...terliurnya

    BalasPadam
  2. Cantiknya warna sambal Kak Ami..
    Nampak sedap jemput lala tu.. tak pernah makan..

    BalasPadam
  3. sedapnya nasi lemak, byk jenis lauk ada..

    BalasPadam
  4. Pertama kali tau jemput2 lala....selalu masak lala tu masak cili je.

    BalasPadam
  5. lama tk mkn nasi lemak lauk kerang

    BalasPadam
  6. Jemput-jemput lala tu menarik sangat..
    Mengancam makan nasi lemak dengan sambal kerang dan sotong kembang..

    BalasPadam
  7. mesti sedap jemput-jemput tu kak, tak pernah jumpa dan mesti sedap sangat tu kan.Makanan special betul ni

    BalasPadam
  8. Jemput Lala ini yg saya tak pernah coba. Masih agak bingung juga lala itu apa 😅. Tapi dari bentuk menariiik, dan Krn digoreng juga rasanya gurih, seharusnya saya pasti suka

    BalasPadam
  9. Menarik tu jemput ale2.. next time nak cubalah.. pasti rasa manis.

    BalasPadam
  10. Menarik bunyinya jemput lala tu. Boleh tiruvasi resipi kak Amie. Tapi tu lah takut tak sempat jadi jemput², dia jadi lauk pulak. Hihi...Sesekali bonda merasa masakan anak yang jauh di perantauan pasti berselera makan.

    BalasPadam
  11. menarik tu jemput- jemput letak isi lala...nanti nak buat la...ooo baru tau nama lainya bagi lala is ale ale...

    BalasPadam