Pages

Isnin, 1 Januari 2024

Memborong Buku Resipi di Big Bad Wolf Books Tropicana Gardens Mall

Bismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid tidak sabar-sabar untuk membawa kami ke Tropicana Gardens Mall di Petaling Jaya. Selesai sarapan nasi lemak dan makan jemput-jemput lala, kami meninggalkan rumah Bonda. Abang Farid yang memandu kereta. 

Jualan buku yang kami hadiri sebenarnya bertarikh 07-23 Disember 2023 tetapi terkini, dilanjutkan sehingga 02 Januari 2024.

Big Bad Wolf Books

Banyak jenis buku yang dijual dengan potongan harga yang sangat lumayan. Kami berpecah dua. Abang Farid dan Firdaus mencari buku masing-masing. Encik Suami menemani kita mencari buku kegemaran, dan sudah tentunya buku resipi!

Sebelum jumpa buku resipi, sempat belek-belek buku seperti di bawah ini.





Sekarang sudah berada di tempat letak buku resipi!



Memang leka berada di sini!










Setelah puas membelek, akhirnya 10 buah buku resipi masuk bakul!
Semuanya berkulit tebal dan apabila kotak buku ditimbang di airport, beratnya 13.5 kilogram!

Detox - Practical Tips and Recioes for Clean Eating

Pok Pok Noodles

Around the World in Salads


Dinner Made Simple 


Chefs & Company

Food for Thought

The One & Only Fish & Seafood Cookbook

Flavors of the Southeast Asian Grill

A Simple and Modern Approach to Authentic Nordic Cooking
From The North

China : Cuisine - Country - Culture

Inilah buku yang paling besar dan seberat 3.2 kilogram! Harga asal mengikut perkiraan RM lebih kurang RM176.00 tetapi setelah potongan harga dapat RM54.00.


Kalau kotak seberat 13.5 kg mengandungi 10 buah buku, bermakna setiap buku memiliki berat lebih kurang 1 kilogram.

Nampaknya Abang Farid berjaya menggoda kita untuk memborong buku, walaupun pada mulanya kita tidak bercadang untuk membeli!

30 ulasan:

  1. Seronok tu borong buku kesukaan.. Buku masak2 lps ni lebih meriah la masakan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buku masakan merupakan salah satu buku kegemaran saya.

      Padam
  2. Selamat Tahun Baru!. Ada pergi juga membeli kat BBW ni.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Tahun Baharu 2024.
      Best kan beli buku di BBW.

      Padam
  3. Selamat tahun baru.. Semua buku menarik..
    Kalau pergi BBW memang berbaloi membeli sebab potongan harganya memang banyak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Tahun Baharu 2024 Sha.
      Ya, tertarik dengan potongan harga yang sangat lumayan.

      Padam
  4. kalau peminat buku memang suka la pergi kt big bad wolf....kalau dah membelek memang tak ingat dunia kan kak, puas hati dapat memborong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Dana, memang tak cukup sejam dua di sini. Mahunya setengah hari membawa ke satu hari hihihiii.

      Padam
  5. Saya pernah pergi big bad wolf Ipoh, berjam-jam dok belek buku. Bahaya betul. Hehe...
    Wah, bestnya, beli banyak buku resepi. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hanya fokus di bahagian buku resipi saja. Kalau jengah tempat lain mahu satu hari di sini hihihii.

      Padam
  6. beratnya semua buku tu.. tp mesti happy sebab dpt beli buku yang memang dicari kan.

    BalasPadam
  7. Wow.....banyak memborong ilmu pastinya tidak rugi.Saya juga suka membaca buku masakan

    BalasPadam
  8. tuuu diaaaa kak amie borong buku...
    nasib baik laa jumpa jalan keluar ya kak ;-)
    nnt share tau resepi2 best dlm buku tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... memang dah sesat di hujung jalan Anies!

      Padam
  9. Berbaloi baloi murah harga buku selepas diskaun, lama tak gi bbwolf ni 😍 Best Kalau banyak buku menarik tuk dibeli

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Tak rugilah Abang Farid pujuk-pujuk datang ke sini.

      Padam
  11. Tahu-tahu dah terbeli je kan kak Amie. Sangat berbaloi beli buku di BBW ni. Boleh beli banyak².

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk satu persatu dalam bakul, lama-lama tak sedar bertimbun!

      Padam
  12. mak oi... 3.2 kg buku tu... msti hard cover dan tebal... nampaknya ibu tak dpt menepis hasutan abg farid.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, hard covel dan tebal.
      Kalau tak beli nanti terkenang-kenang sebab sudah belek-belek isinya.
      Bei sajalah walaupun berat.

      Padam
  13. seronoknya kak amie borong buku...bestnya kalau dapat pi sini...kat Seremban jarang BBW nak singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terapi mata, terapi poket juga SA kah kahkah!

      Padam
  14. Ya ampuuun dah lama saya tak berburu BBW 😄😄. Dulu trakhir, sampai bawa koper untuk membawa semua buku yg dibeli 🤣. Memang saya tak kuat godaan kalo dah tentang buku kak Amie 😅

    Buku resep masakan ini pun sukaaa saya beli. Tapi selalunya beli resep simple je. Krn saya tak terlalu suka masak yg susah2 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pantang nampak buku resipi.
      Tangan tu gatal saja mahu menyambarnya.

      Padam