Pages

Jumaat, 12 Januari 2024

Oleh-Oleh Paling Istimewa dari Kedah

Bismillahirrahmanirrahim.
Terlanjur sudah berada di LOTUS Sungai Petani Selatan.... terlanjur ye. Hendak undur balik tidak mungkin sebab sudah terlanjur hajat.... ahaks! Encik Suami dan anak-anak entah beli apa. Yang penting kita sudah sampai tempat tujuan iaitu kedai tudung AUNIFA!

Kita sangkakan setelah perut kenyang makan asam laksa dan pasembor, maka nafsu untuk membeli akan berkurangan dan mungkin hanya beli sehelai tudung saja!

Sebenarnya kita peminat tudung jenama AUNIFA dan memang pelanggan setia beli secara online. Boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan memakai tudung AUNIFA untuk pergi ke tempat kerja. Sesekali kita pakai tudung Jelitasara. Kita banyak koleksi tudung AUNIFA Rayana, AUNIFA Ratna dan AUNIFA Juwita. Paling banyak koleksi AUNIFA Ratna dan boleh dikatakan juga AUNIFA Ratna paling kerap dipakai. Kenapa? Kita suka pakai sebab main sarung saja, dan terus terletak kemas di kepala.

Kali ini kita hendak beli AUNIFA Tiara pula, samada yang plain atau yang berbunga. Oleh kerana tudung AUNIFA Tiara tidak perlu disterika, bolehlah buat koleksi untuk travel.


AUNIFA Ratna dan AUNIFA Juwita



Sudah rembat sembilan warna tudung AUNIFA Tiara (atas - tiga plain enam berbunga) baru nak ambil gambar. Harga asal satu helai RM89. Kalau beli tiga helai dapat RM210.00 diskaun RM57.00


Rembat lagi dua helai AUNIFA Ratna dan sehelai AUNIFA Juwita.

Sangkaannya hendak beli sehelai sahaja, tapi terus rembat 12 helai! Maafkan diriku kerana tamak. Kita memang sukakan tudung AUNIFA. Bukankah orang tamak selalu untung? Untungnya dapat potongan harga sehingga RM228.00. Kiranya beli tudung ini sebab nak reward diri...ahaks! Seronok tak terkira dapat bawa oleh-oleh istimewa dari Kedah sampai terlupa Jeruk Madu Pak Ali yang hendak dibeli di Penang nanti!

Salam Jumaat!

Pagi ini pergi kerja pakai baju kain sulam dari Bukit Tinggi Sumatera yang baru siap dijahit dua hari lepas. Kita sarung tudung AUNIFA Juwita. Tak tahulah nak kata warna apa. Tapi bila tengok gambar, ada pula warna yang sama dan makhluk asing (baldi) jadi frame di belakang nu....huhuhuuuu!

17 ulasan:

  1. Cantik"tudungnya, cocok kak paduan warna baju kurung kain sulam dan tudungnya dengan tas di belakang๐Ÿ˜€๐Ÿ‘

    BalasPadam
  2. cantik anggun kak amie dengan baju dan tudung baru...lagi semangat nak kerja kan..saya mcm tu la kalau ada baju baru tudung baru bangun pagi nak pergi kerja semangat dia lain macam hehe

    BalasPadam
  3. Biasala perempuan, lagi la benda dia suka, takde istilah nak beli sikit, nak tengok2 tapi memang borong terus hahahaha. Puas hati kan kak

    BalasPadam
  4. Baru tau jenama tudung Aunifa.
    Kalau memang dah biasa dan selesa pakai, haruslah kita memborong bila dapat ke kedainya ๐Ÿ˜

    BalasPadam
  5. beli banyak diskaun banyak...mcm mak linda, beli sabun basuh kain sedozen...nseb baik yang duduk di kg ad lagi 2 beradik, byk jugak lah baju nak dibasuh...kdg2, anak bertuah balik kg, amik sebotol...hihihi

    BalasPadam
  6. Lawa Kak!
    Nak kena cari juga ni, bila ke SP .
    Adoi la baldi, nak enterprem jugak dia ๐Ÿ˜†

    BalasPadam
  7. Bukan selalu pun dapat ke butik tudung kan Kak Amie. Jadi beli 12 utk stok setiap bulan tu ok la tu hehe

    BalasPadam
  8. Wahhh. 12 helai tu. tapi berbaloi la kan. alang2 membeli ye. love the color gambar last tu. sweet je.

    BalasPadam
  9. Betul betul reward diri.. Puas hati.
    Rambang mata tengok warna warna dalam gambar tu

    BalasPadam
  10. Wow..sedozen terus borongnya tu cikgu!
    Puas hati dapat reward diri setelah penat bekerja..Ni mesti hari -hari semangat nak pi kerja kan...Kalau saya dapat pakai baju baru @ apa apa yang baru saya jadi "ciwi" kata orang Kedah..hihihi

    BalasPadam
  11. comelnya cikgu amie. Cantik lah warna gabungan tudung dan baju. susah nak dapat color macam tu

    BalasPadam
  12. Hahahaha.. boleh pulak sedondon dengan baldi. Cikgu² memang cantik² ya pergi kerja.

    BalasPadam
  13. Berbaloi tu borong tudung yang diidam2kan.
    Sweet cikgu berbusana baru.

    BalasPadam
  14. tu diaaaaaaa
    kalah duta tudung aunifa!
    so, kedai fizikal aunifa ni cuma ada kat SP je ke kak?

    BalasPadam
  15. Cantik betul la kak...SA x pernah nampak jenama ni kat mana- mana...ada peminat tersendiri jenama ni rupanya

    BalasPadam