Pages

Khamis, 11 Januari 2024

Makan Pasembor di Lotus Sungai Petani

Bismillahirrahmanirrahim.
Macamana kami boleh lajak sampai ke Sungai Petani Kedah? Rancangan asalnya hendak ke Jelutong, jalan-jalan ke sana untuk melihat tempat tinggal Fuad. Fuad tinggal di Summer Place Condominium berdua bersama pengurusnya. Kami hendak bermalam di Penang tetapi tidak jumpa homestay  yang sesuai pada tarikh 25 Disember 2023. Akhirnya kami terjumpa sebuah homestay di Sungai Petani melalui Booking.com dan terus menempahnya. Jadinya, kami ke Sungai Petani sekadar untuk bermalam dan jalan-jalan sahaja. Kebetulan pula sewaktu di Sungai Petani, Encik Suami sempat telefon bekas rakan kerjanya yang pernah bekerja di LD. Dan kebetulan lagi, rumah kawan Encik Suami tidak jauh dari homestay kami, maka bertemulah mereka buat seketika di tempat penginapan kami.
 
Di Sungai Petani, kami sempat sembang dengan tuan rumah yang datang ketika kami sampai. Katanya, banyak kali dia dapat panggilan telefon daripada orang yang mencari  homestay. Amie beritahu, barangkali beberapa hari ini semuanya penuh sebab hari cuti sempena perayaan Krismas. Misalnya sewaktu kami bermalam di Rembau, sebenarnya disebabkan kami tidak dapat tempat penginapan di Melaka. Harga hotel dan homestay pula mencanak-canak naik seperti tidak masuk akal! Dan kita terlupa bahawa tarikh 24 dan 25 Disember merupakan tarikh orang bercuti! Tarikh Krismas 25 Disember setiap tahun! Orang sekarang kalau ada cuti memang hendak jalan-jalan bersama keluarga.

Wokey!
Kita cerita hari kedua di Sungai Petani. Seperti biasa selepas daftar keluar homestay, kami akan mencari sarapan. Entah di mana silapnya, kebanyakan warung yang kami cari melalui google semuanya tutup! Kalau ada pun, hanya beberapa buah sahaja yang dibuka tetapi penuh sesak dengan pelanggan. Ada sekali, kami masuk kedai makan tetapi kemudian keluar semula kerana tiada tempat duduk!

Tiba-tiba kita teringat LOTUS Sungai Petani Selatan. Sewaktu makan di Pagaq Puteh pada malam semalam, Fuad tunjukkan LOTUS Mall bersebelahan dengan tempat makan kami. LOTUS Mall beroperasi pada pukul 10 pagi. Pada masa yang sama sebenarnya ada satu kedai tudung yang hendak kita kunjungi di sini. Baiklah terus ke LOTUS Mall. Untung-untung ada tempat makan yang sudah dibuka. Orang kata kalau perut sudah kenyang, nafsu berbelanja akan berkurangan. Betulkah? Mana tahu, rancangan hendak beli banyak tudung jadi sehelai sahaja yang dibeli.... ahaks!



Hendak sarapan, sudah agak terlewat.
Hendak makan tengah hari, belum tiba waktunya.
Baiklah, kita brunch sahajalah.


Fuad bersungguh-sungguh mengajak kami makan pasembor.
Jadinya pergilah kami ke gerai pasembor dan memilih segala aksesori pasembor yang nampak sedap di mata.


Barangkali kami pelanggan terawal sampai di sini. Sebahagian gerai makanan kelihatan sedang sibuk menyusun bahan makanan masing-masing.

Terkejut badak Encik Suami dibuatnya apabila bahan pasembor yang dipilih akhirnya dihidangkan dua pinggan! Encik Suami sangka hanya sepinggan sahaja untuknya makan seorang.




Di gerai Kadir Pasembor, selain pasembor kami turut memesan minuman termasuk teh layer, teh tarik, nescafe dan kopi. Dan sepinggan mi maggi goreng. Semuanya berjumlah RM46.90 sen.


Amie pula tertarik dengan rojak buah dan asam laksa!

Hendak cuba makan asam laksa. 
Bezakah dengan laksa Kedah?
Huurrmmm... sebenarnya pelum pernah makan laksa Kedah pun.

Asam Laksa - RM9.90 sen.


Seronoklah kami pusing sana pusing sini memilih gerai makanan. Maklumlah belum banyak pelanggan ketika itu. Makanan pula masih panas-panas belaka.


Tak pastilah siapa punya nasi ayam ini.



Nampaknya menu yang kami pilih bukan lagi yang ringan-ringan sesuai untuk brunch, tetapi lebih kepada arah makan tengah hari. Makan berat! Fairuz memesan dua pinggan nasi dari gerai masakan Arab iaitu Chicken Fajita dan Mix Kebab. Katanya, kena makan kenyang-kenyang sebab takut tak cukup tenaga memandu kereta.


Nasi Arab Mix Kebab.






Chicken Fajita


Kita leka hirup kuah Asam Laksa sambil sesekali bantu Encik Suami makan pasembor.

Eh, walaupun pasembor terhidang dua pinggan tapi habis licin tak tinggal baki! Berkali-kali Fuad berkata : Di Penang kuah pasembor warnanya lebih merah dan gelap. Nanti kita makan pasembor di Penang ya.

10 ulasan:

  1. Woow luar biasa kak..menggugah selera semua, ngebayangin kuah asam laksa dan rujak buahnya

    BalasPadam
  2. besar food court nya..puas hati...lama x makan D'laksa tu,rasa mcm masam sangat

    BalasPadam
  3. mujur teringat lotus ni, tempat luas lenggang pun iya jugak kak dan banyak pilihan. Itulah banyak sangat pilihan sampai pasembornya jadi dua pinggan heheheh....

    BalasPadam
  4. negences tenguk terutamanya asam laksa

    BalasPadam
  5. Wahhh.. kalau ada bujang² memang kena makan banyak ni. Berbaloi jugak jika semuanya licin, Kak Amie!

    BalasPadam
  6. Saya sekali je singgah Lotus Sungai Petani untuk bungkuskan Wafi nasi ayam bawa balik ke asrama.
    Asam laksa D'Laksa tu kalau tak silap franchise.

    BalasPadam
  7. last saya masuk sini 2014 kot hahaha
    lama gila!
    mesti dah banyak perubahan kat situ...
    kawasan sekeliling pun mesti dah bertambah sibuk...

    BalasPadam
  8. Wah..macam- macam pilihan ha..suka plak tengok Firdaus makan..berselera sungguh..D'Laksa tu tak semua tempat rasanya sama Kak Amie..yang kat KL ni kureng..x kena dengan tekak SA..apapun jalan- jalan cari makan macam ni memang SA suka

    BalasPadam