Pages

Isnin, 8 Januari 2024

Makan-Makan Keluarga di Kala Hujan Petang

Bismillahirrahmanirrahim.
Ziah, anak buah Amie berura-ura hendak panggang-panggang ayam pada sebelah petang membawa ke malam. Ketika itu sudah dijangkakan semua anak-anak dapat berkumpul termasuk Fuad yang sedang dalam perjalanan menunggang motosikal dari Penang ke rumah Bonda.

Hujan renyai-renyai tidak menghalang rancangan untuk makan-makan bersama anak-anak buah dan sesiapa dalam kalangan keluarga yang dapat datang ke rumah Bonda. Ketika kita sedang sibuk mendidihkan sup tulang dan mencelur bihun di dapur, kedengaran Encik Suami sedang bercakap dengan Fuad menerusi telefon. Kedengarannya seperti ada sesuatu yang tak beres. Encik Suami segera mendekati kita.

Encik Suami: Fuad tertidur. Dia baru terjaga. Baru hendak start motosikal.
Amie : Ya Allah! Jam berapa baru boleh sampai? Jauhnya tu dari Penang.
Encik Suami : Entahlah.

Sabar sajalah!
Mudah-mudahan Fuad selamat sampai. Tak kisahlah jam berapa. Kita berdoa dalam hati sambil membayangkan jalan raya yang licin sekiranya hujan turun.

Sudah tentulah Ziah rasa terkilan sebab Ziah yang rancang makan-makan keluarga setelah Fuad dan Fairuz sampai! Tiba-tiba dapat berita Fuad baru hendak memulakan perjalanan. Paling cepat pun mungkin tengah malam baru sampai.

Jom kita susun bihun sup and the gang di luar rumah, tempat Bonda selalu duduk-duduk ambil angin petang. Makan di ruangan terbuka memang lebih selesa. Ziah dan anak-anak buah yang lain sudah membakar arang dan memulakan kerja panggang-memanggang. Entah apa yang hendak dipanggangnya. Katanya, dia sudah perap tiga ekor ayam bulat yang dipotong 18 bahagian setiap seekor yang dibawa dari rumahnya di Subang. Amie tambahkan 1 kg sayap ayam. Selain ayam, Ziah juga perap kambing, sotong dan udang.

Udang, Sotong Panggang dan Coleslow.


Antara buah-buahan yang sempat kami beli seperti anggur, epal ceri, rambutan dan limau. Encik Suami seronok sangat tengok banyak buah di pasar malam, dan harganya memanglah jauh beza denga harga buah-buahan di LD. Boleh dikatakan hampir setiap hari kami beli buah. Kebetulan pula setiap hari juga cucu cicit Bonda selalu datang ke rumah. Dapatlah mereka makan sama.


Inilah juadah petang yang Amie sediakan, iaitu aksesori untuk bihun sup tulang. Walaupun ada tulang dan isinya tapi Amie sediakan juga isi ayam rebus yang dicarik-carik. Tambahkan telur rebus, bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang serta limau kasturi dan sambal kicap.

Lengkaplah sudah Bihun Sup Tulang.

Susunan juadah yang keluar dari dapur Bonda.


Tidak lama kemudian anak buah, Afiq & Ekin  hantar koktel buah-buahan segar.

Segarnya!

Koktel buah-buahan segara ditambah lagi. Ramai betul peminatnya.

Ekin bawakan juga coleslow dan daun salad.


Sementara menunggu panggang-panggangan siap masak, bolehlah makan Bihun Sup Tulang.


Udang dan sotong mendahului ayam untuk dijamah.

Udang dan sayap ayam.

Ayam dan kambing perap.









Ketika aktiviti panggang-memanggang dilakukan, hujan renyai-renyai sekejap turun sekejap berhenti. Langit nampak suram kerana mendung. Suasana sejuk menambah selera untuk terus makan!

Pinggan berisi ayam, kambing, udang dan sotong.

Memang sedap makan hasil panggangan yang masih panas di tengah-tengah sejuk hujan.


Ambil sajalah gambar di mana tempat yang sempat. Atas kayu pancangan pokok kacang panjang pun boleh saja! Kelihatan di celah-celahnya itu bunga ulam raja.


Minta tolong Encik Suami buang kulit udang! Kita nak ngap saja... ahaks!


Abang Farid nampak berselera sungguh menjamah makanan petang itu. Tapi sesekali nampak juga wajahnya yang risau. Maklumlah sedang menanti keputusan esok pagi, samada Aseeyah masih positif covid atau sebaliknya.


Salah seorang cucu Bonda sedang menikmati bihun sup tulang.

Selepas makan, Edy sibuk dengan HPnya.

Acara makan-makan diteruskan. Ada yang membawa masuk makanan ke dalam rumah dan ada yang makan di luar rumah.

Aloloooo... anak Baba disuap-suaplah pulak!




Firdaus tidak lepaskan peluang membantu panggang-panggang. Katanya hendak panggangkan ayam untuk cicit-cicit nenek yang akan datang sebentar lagi.


Ketika Amie berada di dapur, terdengar bunyi deruman motosikal di luar rumah.
Aduhai....! Anak bertuah si Fuad tiba-tiba muncul dengan pakaiannya yang basah.
Tak terkatalah kami dua laki bini dan juga yang lain.
Fuad sengaja buat kejutan untuk kami.
Sempatlah pula berhenti di tengah hujan beberapa minit sebelum sampai ke rumah,  menelefon Encik Suami dengan mengatakan tertidur dan baru hendak memulakan perjalanan dari Penang!

Ya Allah.... 
Macam-macamlah bentuk kejutan anak-anak zaman sekarang ini.

Keesokan paginya, Ahad 24 Disember 2023.

Anak bapak!


22 ulasan:

  1. Mesti bahagia rasa Kak Amie, anak2 semua dah di depan mata. Bukan selalu dapat berkumpul ramai2 tu kan. Koktel tu memang nampak sedap sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah.
      Waktu kecil selalu bersama. Apabila sudah besar masing-masing ada haluan sendiri.
      Kita yang berjauhan, memang menanggung rindu. Dapat berjumpa, bahagia tak terkata.

      Padam
  2. sedapnya semua menu. buah tu sekali hadap boleh habis tu.

    BalasPadam
  3. sedapnya menu-menu tu, dapat makan ramai-ramai indahnya kenangan tu. Saya pertama kali datang sini jadi follow terus blog kak Amie.

    BalasPadam
  4. Fuad.. Fuad.. scam rupanya.
    Pasti mommy babah happy Fuad dapat join makan-makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah anak-anak.... suka betul buat prank prank kat emak bapa.

      Padam
  5. Fuad ni tau, buat hati mak pak risau bila dia kata tertidur dan baru bergerak dari penang... udahla naik motor kan kak. Lepas tu rupanya bt suprise mau nangis emak dan ayahnya masa tu kan kak. Sedap2 semua makanan yg dibakar2 tu, makan reramai sambil borak sedar2 habis je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mau tak risaunya Dana. Penang dengan Selangor tu bukannya dekat. Musim hujan pula tu. Syukurlah sampai ke kampung petang tu juga.

      Padam
  6. Dana pun geram tgk buah2 yg disusun cantik gitu kak, sini harga buah murah sikit dari LD mesti akak memborong macam2 kan... makan sampai muak la kn kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami hari-hari banyak makan buah sampai cherry berry pulak hahahaaa.

      Padam
  7. Hehehe.. sy dah agak dah, Fuad saja nak bagi kejutan. Enak² hidangannya dan ramai plak dapat berkumpul anak cucu bonda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang tak terjangkau dek akal kejutan anak-anak ni kan SK.

      Padam
  8. Balasan
    1. Memang meriah sungguh Nanie. Sekarang jadi kenangan indah.

      Padam
  9. wallaweeiiii sedapnya kakkkk

    amboiiii kemain bersuap-suap yaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... manja betul ni dengan emak bapaknya.

      Padam
  10. Seronoknya berkumpul beramai....macam raya..
    Syyyy..Fairuz..apa rahsia makin slim?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihii... Mama Cella salah tengok ke. Saya nampak Fairuz makin boolat!

      Padam
  11. bertuah betul Fuad ye..rupanya dia dah dekat...seronok bakar2 macam tu kan...rasa macam lama je x buat..

    BalasPadam
  12. Hahahahaha kena prank ya kak Amie 😄😄. Happy pastinya bisa kumpul semua. Disambut makanan yabg enak pula 😍👍. Bestnya diliat ... Seafood udang bakar tuh betul2 lah menggoda 🤣

    BalasPadam