Pages

Isnin, 8 Januari 2024

Ikan Lampam Digoreng Pun Sodap!

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang sudah ada Abang Farid dan Fairuz di kampung. Abang Farid menunggu keputusan hasil kuarantin Aseeyah samada masih positif atau sudah berubah menjadi negatif covid beberapa hari ini. Kalau keputusannya negatif, Abang Farid akan balik ke Gombak.
 
Kami menunggu Fuad pula. Dengar katanya, Fuad akan menaiki motosikal dari Penang ke Selangor dan dijangka akan sampai petang ini. In syaa Allah, mudah-mudahan dipermudahkan sepanjang perjalanannya. Maklum sahajalah ketika ini musim hujan! Kena lebih berhati-hati di jalan raya.

Tengah hari Sabtu 23 Disember 2023, Amie masak nasi lauk ringkas sahaja. Encik Suami bantu bersihkan ikan lampam tapi ekornya tidak dipotong. Bantu buat sambal tempoyak juga tapi kasar-kasarlah pula cili padinya. Tak apalah. Yang penting ringan tulang membantu di dapur. Jadi, cepatlah siap. Amie renih tulang lembu  satu periuk besar. Cadangnya petang nanti anak-anak buah akan datang dan Amie sediakan menu bihun sup tulang.

Ikan Lampam Goreng

Ikan lampam goreng ini agak kehitaman sedikit kerana Amie lumurkan dengan serbuk kunyit dan tambah sedikit asam jawa. Gara-gara teringat keenakan makan ikan lampam goreng di Bentong beberapa hari sebelumnya, gigihlah mencari ikan lampam di Econsave Puncak Alam. Nampaknya belum jemu-jemu makan ikan air tawar sepanjang berada di rumah Bonda!


Lauk-pauk ringkas yang dihidangkan bersama nasi putih untuk santapan tengah hari kami termasuklah:
  • Ikan Lampam Goreng
  • Wingstick (Drumettes) Goreng
  • Sayur Tumis Campur Taugeh, Tauhu & Tempe
  • Sup Tulang
  • Sambal Tempoyak
  • Sambal Tomato
  • Sambal Kicap
Sayur Tumis Taugeh Campur Tauhu dan Tempe

Sup Tulang Lembu & Sambal Kicap

Sambal Tomato

Cantik-cantik, besar dan murah pula tomato yang dijual di Econsave Puncak Alam. Amie beli sekilogram untuk dibuat sambal tomato. Banyaklah hasilnya. Sebelah petangnya Wak Kanang datang dan Amie bekalkan sambal tomato untuk dibawa pulang.

Inilah Sambal Tempoyak hasil air tangan Encik Suami. Jangan pandang pada rupanya tapi pandanglah pada rasanya yang sangat sedap. Encik Suami gunakan durian segar!

Amie buat air teh bunga tambah jus limau kasturi dan asam boi.


Sekian.
Cerita Amie buat kecah pada hari Sabtu di dapur Bonda!

14 ulasan:

  1. Sedap pula tengok ikan lampam tu, nanti nak trylah lumur dengan serbuk kunyit dan asam jawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lumur dengan asam jawa sikit jew ye Faizah. asam jawa tu yang buat ikan jadi hitam.

      Padam
  2. ikan lampam ni banyak tulang kan kak, emak dana suka la ikan ni lemak katanya tapi itulah dana tak tahan sbb tulang banyak heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tulangnya Dana. Tapi ada caranya nak bagi tulang tu tak kacau waktu kita makan. Banyakkan kelar dan goreng garing. Nanti tak terasa tulangnya waktu kita makan.

      Padam
  3. yg nama ikan goreng ni kak apa saja jenis ni... dpt cicah dgn kicap fuhhhhh kompem terangkat...
    pandai kak amie siang ikan ni (elak tulang)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami yang bersihkan ikan. Saya tarik ekor dan kepala bagi tegang dan kelar-kelar supaya tulang selari. Nanti bila sudah digoreng garing, tulangnya boleh dikunyah sekali waktu makan.

      Padam
  4. Main masak masak kat daour bonda yer...
    Semua menu menawan qolbu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menu untuk Bonda simple jew. Ada ikan goreng, ada sayur bening dan nasi lembik sudah mencukupi baginya.

      Padam
  5. Nasib baik SA x makan ikan lampam..kalau makan...confirm SA dh cari kat pasar dah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu saya pun tak berapa gemar makan sebab fikir tulangnya yang banyak. Tapi sekarang malah ketagih pula apabila dapat goreng garing begini.

      Padam
  6. Teringin sangat rasa sambal tempoyak Malaysia 😄😍. Saya pengen compare dengan tempoyak di sini soalnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun teringin juga merasa tempoyak di sana. Sama-sama kita compare rasanya ya Fanny. In syaa Allah akan dapat juga nanti.

      Padam