Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah dapat bersiaran lagi di hari pertama tahun 2024.
Kita ucapkan selamat tinggal tahun 2023. Kita ambil yang manis-manis dan ketepikan yang pahit menghiris. Semoga yang pahit 2023 akan bertukar menjadi semanis madu pada 2024.
Penghujung 2023 kami menghabiskan cuti bersama anak-anak di Malaya dan mengambil kesempatan bertemu dan menziarahi sanak saudara. Semoga ikatan kekeluargaan bertambah erat walaupun hanya berjumpa dalam masa yang singkat.
|
Salah satu gambar kenangan di atas jambatan sungai dalam perjalanan ke Bukit Fraser. |
|
MASwings Lahad Datu - Kota Kinabalu |
Perjalanan kami bermula pada 16 Disember 2023 bersamaan hari Sabtu. Kami terbang pada pukul 4:15 petang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Itulah sahaja masa yang kami dapat kerana semua tempat duduk penerbangan dari Lahad Datu penuh pada hari tersebut.
|
Firdaus paling teruja ketika ini kerana dapat terbang dan tidak sabar hendak berjumpa dengan keluarga di Malaya. |
|
MASwings menyediakan kipas untuk para penumpang mengurangkan rasa panas sebelum pendingin hawa dihidupkan. |
|
Walaupun penerbangan hanya memakan masa selama 55 minit tetapi para penumpang disediakan kudapan berupa croissant dan kacang. |
|
Firdaus suka sangat makan croissant. |
|
Antara minuman pilihan yang disediakan. |
|
Untuk menikmat WIFI percuma, hanya sambungkan peranti ke MHconnect sahaja. |
Penerbangan ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 7:05 tetapi ditunda hingga ke pukul 7:35 malam.
|
Hidangan yang disediakan di dalam MH2631. Nasi + Kek Marble + Kacang Masin + Air Mineral. Firdaus & Encik Suami : Nasi Putih & Ayam |
|
Amie : Nasi Putih & Udang |
|
Minuman Panas |
Abang Farid tertunggu-tunggu kedatangan kami di KLIA Terminal 1. Katanya ketibaan penerbangan MH32631 agak lewat dan kira-kira pukul 10:10 malam barulah kapal terbang mendarat.
|
Beginilah keadaan di KLIA Terminal 1 pada malam 16 Disember 2023. |
Pukul 10:45 kami sudah bersedia dengan bagasi untuk keluar dari KLIA Terminal 1. Tepat pukul 11:00 Abang Farid memandu kereta yang kami sewa menuju ke kampung melalui Puncak Alam. Kira-kira pukul 12:30 malam sampailah kami ke rumah Bonda.
Kami kembali ke Negeri di Bawah Bayu pada 30 Disember 2023. Penerbangan tepat mengikut jadual iaitu pada pukul 9:35 pagi dan lebih kurang pukul 12:45 tengahari mendarat di Kota Kinabalu.
|
Encik Suami : Nasi Lemak Sambal Udang |
|
Amie : Salmon Frittata |
|
Firdaus : Murtabak Ayam & Kari
Kami bermalam di Kota Kinabalu kerana penerbangan ke Lahad Datu penuh pada hari tersebut. Keesokan harinya, 31 Disember 2023 kami sambung penerbangan pada pukul 2:00 petang dan tiba di Lahad Datu pada pukul 2:55 petang. |
|
Hidangan ringan yang disediakan dalam penerbangan MASwings ke Lahad Datu - Pie Chicken + Roti Nanas + Kacang Masin. |
Perjalanan yang bermula pada 16 Disember dan berakhir pada 31 Disember 2023 memang agak meletihkan tapi kami sangat gembira kerana sepanjang waktu diisi dengan pelbagai aktiviti. Seperti biasa, adat bercuti tentulah ada yang manis dan ada yang pahit. Tapi kami bawa pulang yang manis-manis saja.
Salam tahun baru Amie...seronok dapat bercuti bersama Bonda, anak² & keluarga..
BalasPadamSekarang ini dah ada wi-fi dalam penerbangan. Seronok dalam kapal terbang layari internet.
BalasPadamWah,tarikh yang sama Adah balik KL..Ketika cikgu mendarat di KLIA,Adah juga baru berlepas dari Tawau...
BalasPadamSeronok Daus dapat jumpa nenek,abang2 dan sedara mara di Malaya yer
Alhamdulillah.. Walaupun singkat tetap gembira bersua sanak saudara kan Amie..
BalasPadamTak sabaaar baca cerita kak Amie selama liburan 😘😄. Penuh bandara ya kak... Nampaknya memang dari pertengahan Dec tuh banyak orang berlibur.
BalasPadamwahhh.. seronoklah Firdaus dapat jumpa abang2 dan kakak. 2 minggu berjalan2 pasti ada kenangannya.
BalasPadambestnye jln2 jumpa saudara, tp mesti penat jgk kan. smpt la berehat sbelum kak amie kembali bekerja..
BalasPadamWalaupun masanya singkat tapi amat bermakna. Dapat juga pulang ke Malaya menghabiskan cuti sekolah. Firdaus dah tentulah seronok.
BalasPadamSelamat tahun baharu Kak Amie dan keluarga.
Selamat tahun baru kak amie dan keluarga...
BalasPadamSalam tahun baru 2024 :D
BalasPadam