Pages

Isnin, 11 Disember 2023

Anekdot Seronoknya Raya : Itik Panggang Sos Plum

Bismillahirrahmanirrahim.
Buku Anekdot Raya : Hikmah Aidil Fitri 1443 Hijriah sebenarnya diterbitkan pada tahun 2022, tetapi Amie terlupa untuk jadikan entri. Buku ini adalah terbitan eksklusif Syahida Hassan Enterprise (SHE) dengan nukilan pengalaman beraya dalam tempoh pandemik oleh 14 orang penulis. Hasil tulisan Amie kali ini bertajuk : Itik Panggang Sos Plum.

Hikmah Aidil Fitri 

Anekdot Seronoknya Raya : Hikmah Aidil Fitri 1443 Hijriah

Pandemik akibat wabak Covid-19 telah menukar kehidupan masyarakat seluruh dunia 180'. Kemeriahan sambutan Aidil Fitri tidak dapat dinikmati, sehingga mewujudkan suasana hiba. dua tahun umat Islam terpaksa menyambut perayaan dalam suasana terkurung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara. Setelah dua tahun wabak ini diperangi, terpancar sinar untuk tahun ini, Aidil Fitri dapat disambut kembali dengan meriah.



Itik Panggang Sos Plum mengisahkan suasana sambutan hari raya tanpa kehadiran Farid dan Fuad. Farid berada  UTP di Perak dan Fuad pula di UTHM Johor. Mereka terperangkap oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hendak beraya ke rumah nenek mereka di Selangor pun tidak boleh. Namun begitu, pada masa yang sama kerajaan mengumumkan ziarah Aidil Fitri selama tiga hari di Sabah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Kesempatan PKPB ini digunakan untuk mengadakan rumah terbuka untuk keluarga terdekat sahaja. Salah satu hidangan hari raya yang sangat digemari oleh keluarga sebelah suami ialah itik yang diolah mengikut resipi keluarganya. Mereka sudah menyediakan dua ekor itik bersaiz besar (3 kilogram setiap seekor) yang akan dimasak pada hari tersebut. 

Sewaktu hendak memasak itik, watak aku (ibu) teringat Fuad yang sangat suka makan itik. Pada masa yang sama teringat pula kata-kata arwah emak mentua: Anak-anak emak tak makan itik selain itik yang emak masak. Yang watak aku fahami maksudnya ialah: Anak-anak emak (ipar duai) tidak akan menjamah menu itik selain olahan yang sama seperti air tangan arwah emak mentua.

Arwah emak mentua akan merebus itik hingga empuk, kemudian dilumur dengan lada putih tumbuk bersama bahan perasa  dan digoreng tenggelam dalam minyak yang banyak!


Akibat teringat-ingat Fuad, akhirnya watak aku tersalah masak itik! Watak aku memasak itik mengikut resipinya sendiri yang memang turut digemari anak-anak iaitu Itik Panggang Sos Plum. Ketika para tetamu datang, aku menghidangkan semua hasil masakannya, kecuali itik panggang.  Apabila suami aku bertanya, aku mengatakan tersalah masak dan tidak ikut resipi arwah emak. 

Sempat selitkan resipi Itik Panggang Sos Plum!


Akhirnya Itik Panggang Sos Plum habis licin dinikmati para tetamu!


Tart Nona

Pihak penerbit meminta beberapa keping gambar yang berkaitan dengan anekdot Itik Panggang Sos Plum. Amie kirimkan gambar tart nona, antara kuih raya yang dihidangkan dan juga Itik Panggang Sos Plum. Resipinya ada di sini: ITIK PANGGANG SOS PLUM.

Itik Panggang Sos Plum

Gambar-gambar yang terdapat dalam Anekdot Seronoknya Raya.

Gambar Fuad ketika sambutan hari raya tahun 2022, membantu cuci pinggan di dapur sewaktu rumah terbuka raya.

21 ulasan:

  1. Ya Allah, saya terbayang sedapnya itik panggang buatan kakak 😍😍. Pakai sos plum pula. Biasanya saya makan bebek panggang dengan sos plum di resto China. Kalo yg khas lokal, bebek lebih banyak di goreng, pakai sambal bawang. Apapun, bebek memang sedap diolah macam macam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun jadi teringin untuk makan bebek panggang lagi!
      Sekarang harga bebek lumayan tahap kayangan bah.

      Padam
  2. Mbul suka itik kak amie diapain aja bagian kulitnya itu favorit mbul. Tart nona kelihatan crispy dan sweet...Tak terasa bentar lagi bakalan hari raya lagi ya kak. Semoga kita bisa berkumpul lengkap dengan keluarga tercinta amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kalau dapat kulitnya yang crispy!
      Gambar tart nona itu Kak Amie ambil belajar di kelas masakan.

      Padam
  3. Tahniah atas karyanya kak.
    Itik panggang memang ngam dengan sos plum sebagai pencicahnya.

    BalasPadam
  4. Tentu empuk daging itik direbus dahulu sebelum dipanggang. Betapa hibanya hati ibu tak dapat beraya bersama anak² masa pkp tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang empuk SK. Lagi pula itik kampung, memang liatlah kalau tak direbus terlebih dahulu.
      PKP tinggal kenangan.

      Padam
  5. Macamana nak dapatkan hasil karya Kak Amie ye?
    Sedapnya itik langgang, tapi tak reti nak masak huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ada jualan buku di Pesta Big Bad Wolf 7-23 Disember 2023. Tak pastilah ada lagi atau tidak buku yang ada karya saya. Cuba cari di reruai penerbit SHE. Karya-karya saya yang lain di bawah terbitan SYFE Management (Bulan Terbit).

      Padam
  6. wahhhhh... tahniah kak, makin banyak dah karya akak tiap tahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dana.
      Tahun ini sangat sibuk dengan kerja hakiki. Tidak dapat beri tumpuan untuk menulis.

      Padam
  7. Nampak sedap itik tu...
    Tak pernah makan n masak makanan yg ada sos plum.. sos ada beli tapi sampai expired sbb tak guna,,

    BalasPadam
  8. wahhh tahniah kak! dalam sibuk2 tu dpt juga ya hasilkan karya terbaruπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  9. Suka makan itik tapi tak byk restoran yg menyediakan masakan itik.. Kalau ada pun itik salai dan itik salai huhuu

    BalasPadam