Pages

Rabu, 1 November 2023

Jom Berkenalan dengan Ikan Jepun @ Ikan Sulig

Bismillahirrahmanirrahim.
Ikan Jepun juga dikenali dengan nama:

  • Ikan Delah @ Ikan Ekor Kuning - Indonesia
  • Ikan Sulig - Sabah
  • Dalagang Bukid - Filipina
MIL panggil ikan buntut kuning! Menurut MIL isi ikan buntut kuning ini sangat sesuai dijadikan serondeng dan makan dengan kerak!


Ikan Sulig @ Ikan Jepun


Walaupun bentuknya agak leper tetapi isinya penuh, putih dan sangat lembut. Senang dibersihkan kerana sisiknya kecil dan lembut.


Siapa tak geram melihat jejeran ikan sulig segar di Eco Fresh Sri Perdana.
Goreng saja pun sudah cukup sedap!


Rembatlah dua ekor!

2 ekor ikan sulig seberat 700 gram.


Di bawah ini Amie kongsikan salah satu makanan tradisi masyarakat Melayu Cocos iaitu kepedel. Kepedel ini biasanya ditemui di dalam nasi berkat orang Cocos. Biasanya MIL gunakan isi ikan buntut kuning @ ikan sulig untuk dibuat kepedel.


RESEPI TRADISI YANG SEDAP : KEPEDEL @ CEMPEDEL

Tiba-tiba teringin makan kepedel dan serondeng ikan sulig! Mudah-mudahan mambang rajin segera terbang dari Tanah Jauhar ke LDU!

8 ulasan:

  1. sekali pandang macam ikan kerisi pun ada amie, kak ana rasa pernah makan di jadikan ikan bakar di gerai Sabahan kat KL ni, sedap isinya .

    BalasPadam
  2. nampak elok cantik ikannya kak, bulat molek depan nya tu

    BalasPadam
  3. Ikan ni pernah tengok tapi tak tau nama. Sedap nampak kepedel tu. Boleh try nanti.

    BalasPadam
  4. Saya rasa, macam tak pernah nampak ikan sulig ni di tempat saya. Nampak besar, ikannya.

    BalasPadam
  5. Ikan Jepun ni dah jadi ikan fav SA kak..

    BalasPadam
  6. Ooooo ini ka namanya ikan jepun.... Tak pernah rasa isi ikan jepun ni :)

    BalasPadam
  7. Nampak sedaaaap kak amiiii 😍😍😍. Ikan ini fav saya juga. Tapi tak pernahlah buat sendiri. Saya msh blm pandai masak ikan, dan lagi yg suka cuma saya 😅. Makanya kalo nak makan ikan, saya prefer beli saja.

    Memang sedap ikan ekor kuning nih..mama dulu sering buat ❤️. Biasa di bakar.

    BalasPadam