Pages

Rabu, 11 Oktober 2023

Makan Sate di Kampung Khamis

Bismillahirrahmanirrahim.
Perut rasa lapar sangat! Padahal seawal pukul 6:15 pagi sudah isi perut dengan nasi kuning. Kelas bermula pukul 6:45 pagi sehingga tengah hari. Barangkali banyak gunakan tenaga sewaktu latih tubi di kelas, jadi tenaga pun berkurangan. 

Setelah turunkan Firdaus di sekolah agama, kami singgah makan di Warung Keluarga Haji Khamis, yang terletak di jalan masuk sekolah tadi. Kami memesan lima cucuk sate, 5 cucuk tongkeng ayam, dua keping sayap panggang dan dua cucuk fish ball serta minum kopi Tenom panas.

Sepinggan sate campur tongeng ayam, fish ball dan sayap makan berdua dengan Encik Suami.


Pagi tadi Encik Suami tunaikan nafkah zahir dengan belikan kita nasi kuning lauk sambal ikan tuna dan telur rebus. Selalunya kalau bawa bekal (Encik Suami belikan) bihun goreng dan peha ayam goreng, Amie makan separuh sebelum masuk kelas, dan makan separuh lagi hingga habis pada waktu rehat. Hari ini habis sekali harung tak tinggal baki nasi kuning di awal pagi. Hendak ke kantin? Minta ampun... tak mahu cerita!

Segelas Kopi Tenom.

Sayap ayam panggang harga RM3.00 seketul. Teringat dulu harganya hanya RM1.00, kemudian nasik RM1.20. Naik lagi jadi RM1.60. Naik dan naik dan naik, sekarang RM3.00 seketul! Tak apalah. Faham juga harga bahan makanan mentah sekarang ini naik mencanak-canak tak terkawal. Lagi pun makanan di sini sedap. Makan sate tak perlu celup kuah kacang, sebab sate sudah cukup rasa, cukup bumbu. Lebih sedap makan  begitu saja tanpa kuah.

Eh, kenyang hanya makan pangang-panggangan sepinggan berdua!

Bungkuskan sate untuk Firdaus!
Balik sekolah nanti tentu suka sangat budak kecil itu sebab sate menunggu dia!


8 ulasan:

  1. Tengok orang makan tongkeng ayam tu teringin juga, tapi itulah bila nak beli takde geng pula nak makan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ada geng baru syok makan tongkeng ayam kan PH.

      Padam
  2. Sedapnya sate....
    Eh,awalnya start kelas kat sana...anak-anak di Malaya ni 6 45 ramai yang baru bangun tidur agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pukul 5:50 pagi, matahari sudah memancarkan sinarnya ke seluruh alam LD. Waktu ini kami dalam perjalanan ke sekolah, dan kedengaranlah azan dari radio Klasik Nasional. Firdaus selalu kata, sekarang waktu syuruk.

      Padam
  3. Awalnya mula kelas kak. Memang itu waktu mula kelas ke disana? Anak2 ammi pkl 7 baru keluar rumah

    BalasPadam
  4. Melihat satenya, saya jadi ingat sate ratu, yg sama2 sate merah di jogjakarta. Rasa sate dah berbumbu jadi tak payah pakai saus. ❤️. Sedaaap memang.

    BalasPadam
  5. Sedap pulak nengok sate pagi2 ni.
    Kat sini kena tunggu petang/malam baru dapat makan.

    BalasPadam
  6. Nampak menyelerakan semuanya ni, Kak Amie. Kalau dapat semua ni pagi², tentu lebih gagah menoreh nanti.

    BalasPadam